Skip to main content

Posts

Featured

Terima Kasih 2025, Selamat Datang 2026!

2025 berlalu agak pantas bagi aku. Ada sukacita dan dukacita, kedua-duanya aku terima dengan berlapang dada. Aku akhiri tahun ini dengan projek buku latihan sekolah subjek yang aku tak pernah buat sebelum ini (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) yang bagi throwback pengalaman aku menyunting masa dulu-dulu secara manual. Dan projek menterjemah komik Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu, yang aku sangat enjoy juga sebab ini pengalaman pertama. Alhamdulillah. Apapun, seperti tahun-tahun sebelum ini, harapan aku adalah supaya tahun baharu yang menjelang akan membawa lebih banyak rahmat dan rezeki untuk aku sekeluarga. Mudah-mudahan Allah lorongkan perkara yang baik-baik, semoga Allah permudahkan jalan aku mencari rezeki melalui jalan yang aku pilih ini, dan supaya aku lebih konsisten dan berdisiplin. Semoga aku rajin update blog juga! Bak ucapan tahun baharu 2026 Khairulaming, get out of your comfort zone. Terima kasih 2025 atas segala pengalaman. Semoga yang manis-manis sahaja sepanjang 2026 ...

Latest posts

Panduan Ringkas untuk Penulis Pemula

Selamat Hari Lahir, Emak

Ulasan Buku: Bila Siren (Hati) Berbunyi

Buku yang Ada Karya Saya

Menanti Mentari, Sebuah Catatan Kehilangan dan Kerinduan

Ejaan Tepat Makanan Popular Malaysia

Kenapa Saya Jadi Editor Bebas (Freelance Editor)?

5 Sebab Blog Mudahkan Penulis Pemula

Penterjemahan Sari Kata - Seronok Tapi...

Manuskrip Kisah Hidup OKU Pendengaran Bergelar Doktor Perubatan