30.1.23

Manuskrip Kisah Hidup OKU Pendengaran Bergelar Doktor Perubatan

Entri pertama tahun 2023, itupun dah penghujung bulan Januari ya.

Kadang-kadang banyak nak ditulis tapi kesudahannya terbang di angin lalu.

Sekilas bulan pertama tahun ini, alhamdulillah selesai satu tugasan yang diterima sejak Disember 2022 - menyunting manuskrip kisah hidup. 

Kisah yang menarik dan memang patut dibukukan sebagai motivasi dan inspirasi pembaca. Mulanya tak yakin juga takut tak mencapai apa yang diharapkan oleh klien, tapi alhamdulillah nampaknya klien berpuas hati.

Sebenarnya manuskrip yang diterima agak kemas dan tersusun. Manuskrip begini amat digemari editor. Kami sebenarnya dapat tahu kalau penulis ada membuat penyuntingan kendiri atau tidak sebelum menghantar kepada editor. Biasanya kesalahan utama atau ejaan akan hampir jarang jumpa jika penulis menyemak dahulu. 

Tugas editor sebenarnya lebih kepada aspek tatabahasa, struktur ayat dan aliran cerita. Tidak ketinggalan pemerangganan yang pada saya sangat penting untuk keselesaan mata pembaca.

Saya boleh simpulkan manuskrip kali ini sangat senang diedit, dan penulis amat jelas dengan apa yang dia mahu. Penulis juga ada memaklumkan sendiri aspek apa yang dia mahu editor beri perhatian lebih. Satu perkara yang saya puji penulis ini, dia sangat terbuka menerima komen penambahbaikan.

Menjadi penulis pemula kelihatan sukar pada mulanya, namun apabila sudah mendapat rentak dan tahu apa yang perlu dilakukan, prosesnya akan menjadi mudah.

Manuskrip ini berkisar perjuangan seorang OKU pendengaran untuk menggenggam ijazah doktor perubatan. Kedengaran mustahil bukan? Namun ada yang berjaya. Bolehlah dapatkan naskhah ini apabila berjaya diterbitkan kelak. 


Kredit: Orami


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlukan servis penyuntingan, penulisan atau penterjemahan? E-mel ke hifeditorialservices@outlook.com

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?