Biodata Penulis



Hifzaila Hafni
Editor, penterjemah, penulis


Berpengalaman sebagai editor sains lebih 15 tahun dan pernah berkhidmat di dua buah 
syarikat penerbitan buku pendidikan. Kini bergerak sebagai editor bebas.

Pernah menyunting, membaca pruf dan menterjemah naskhah daripada Sasbadi, Oxford Fajar, Myteach dan ITBM. 

Pernah juga menjadi penulis upahan (ghostwriter) bagi portal web tempatan.

Mempunyai Sijil dalam Penterjemahan Asas, Penyuntingan Naskhah Terjemahan 
dan Pembacaan Pruf Teks Terjemahan daripada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), yang diperolehi pada tahun 2018.

Pernah muncul di majalah Keluarga (Mei 2016) Edisi Hari Ibu dan 
Mingguan Wanita (Ogos 2016) melalui kolum Bekerja Di Rumah oleh Puan Masayu Ahmad.

Beberapa artikel berkenaan pemakanan, keibubapaan dan keluarga juga pernah disiarkan 
di laman web The Vocket, Mingguan Wanita Online dan Mamanet.com.

Kini penulis selesa bergerak sebagai editor, penulis dan penterjemah bebas melalui Hif Editorial Services dan menjual buku terbitan tempatan melalui Hif Bookstore.

Turut aktif sebagai Pembantu Pengajar Kelas Online Tulis dan Terbit Ebook.

Telah menghasilkan dua e-book setakat ini iaitu 
Kuasai Asas Suntingan dan Strategi Lancar Menulis.

Penglibatan dalam projek antologi:

1. Projek Lavender 1 (2018) - Himpunan kisah kanser, Pemenang Anugerah Buku Negara 2019, Kategori Umum Inspirasi, terbitan Dua Penulis PLT

2. Rak Buku Ruang Tamu (2022) - Himpunan kisah para pencinta buku, terbitan Dua Penulis PLT dan Metromedia Solutions

3. Apa Khabar Hari Ini? (2022) - Siri Anekdot Inspirasi, Muafakat Penerbitan Sekolah Penulisan Ramadan dan MyMove 




No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?