22.1.24

Kenapa Saya Jadi Editor Bebas (Freelance Editor)?

Saya membayangkan kehidupan bergerak sebagai editor atau penulis bebas setelah bersara daripada kerja sepenuh masa di pejabat.

Sebagaimana saya melihat rakan sekerja yang sudah berpencen tapi masih berupaya bekerja sendiri - antara motivasi saya untuk buat sesuatu selepas tidak lagi masuk ke pejabat dan mengharung kesesakan lalu lintas setiap pagi dan petang.

Saya turut membayangkan usia-usia tua saya diisi dengan kerja-kerja menulis dan mengedit. 

Namun tak sangka Allah hadirkan situasi ini lebih awal.

Saya dan rakan-rakan sepejabat terpaksa melepaskan jawatan setelah syarikat membuat keputusan untuk menutup operasi mereka di Malaysia. Saya yang ketika itu sedang mengandung enam bulan, anak pertama.

Nak cari kerja lain, kena tunggu selepas habis pantang.

Cari... cari... akhirnya selepas anak mencecah sembilan bulan, saya kembali bekerja di pejabat.

Sukar. Sekurang-kurangnya pada saya.

Lain situasinya apabila sudah ada anak kecil dan komitmen keluarga. Persekitaran kerja juga berbeza, ditambah dengan situasi hidup lain yang muncul tanpa diduga.

Kesudahannya saya hanya mampu bertahan selama kurang dua tahun. Saya menghantar notis berhenti kerja semasa mengandung lapan bulan, anak kedua.

Sejak itu, saya bergerak sendiri sebagai editor bebas hingga kini, sudah hampir 10 tahun.

Mahu kembali bekerja sepenuh masa di pejabat? Mungkin tidak, jika ditanya sekarang.

Tuntutan keluarga dan anak-anak, kesihatan mental lebih utama pada saya biarpun tiada gaji tetap bulanan agak memeritkan.

Namun, saya bersyukur masih boleh beroperasi dari rumah dan menggunakan kemahiran serta pengalaman yang saya ada untuk menjana pendapatan.

Tidak indah, tapi itu yang terbaik buat masa ini.



Kredit: Cottonbro Studio (Pexels)




Perlukan servis penyuntingan, penulisan atau penterjemahan? 
 E-mel ke hifeditorialservices@outlook.com

Like dan Follow Facebook Hif Editorial Services 


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?