Tiga judul buku ni terbit hasil semasa dan pasca PKP.
Dah lama kan 😅
Tapi menjelang PBAKL yang kurang sebulan lagi ni, saya nak let go buku yang berbaki ni pada harga yang sangat penuh kasih dan sayang.
Selain nak beri laluan kepada buku-buku (baharu) yang lain pula.
RAK BUKU RUANG TAMU - saya berkongsi kisah rak buku mini bawah tangga rumah. Ada lagi 38 kisah semua seputar kecintaan pada buku.
ANAK KEDUAMU - catatan kenangan pemilihan nama, melahirkan dan membesarkan anak kedua saya, saya dedikasikan kisah ini untuknya.
APA KHABAR HARI INI? - secebis kisah semasa PKP apabila terpaksa berulang-alik klinik dan hospital tapi bukan sebab Covid-19, pengalaman yang mengajar makna berdikari dan yakin diri.
Semua judul berbentuk antologi. Projek solo, setakat ni e-book saja.
Akan datang, belum pasti.
Ketiga-tiga judul ini ada 'cerita' yang tersendiri pada saya. Yang pasti, semuanya melakar kenangan manis walaupun masa tu terkurung PKP 😁
Sempena PBAKL 2025, saya nak habiskan stok buku yang ada dengan harga rendah saja.
RBRT RM15
AK RM10
AKHI RM5
Harga tak termasuk pos.
Boleh KLIK SINI untuk order.
No comments:
Post a Comment
Ada apa-apa nak tanya?