16.8.23

5 Sebab Blog Mudahkan Penulis Pemula

Banyak platform yang boleh digunakan untuk penulis pemula mengasah bakat, mencari momentum dan mengumpul bahan penulisan.

Ada yang senang menulis di media sosial, ada yang selesa memilih menulis secara manual dalam diari atau buku nota, ada juga yang rasa mudah menulis di Words.

Apa cara sekalipun, yang penting terus konsisten menulis.

Namun, blog merupakan satu platform yang sangat bagus untuk dimanfaatkan jika mahu serius menulis.

Boleh saja guna media sosial yang lain, tapi untuk menghimpun dan menyusun bahan dengan lebih sistematik, mudah diurus dan lebih kemas, pindahkan bahan ke blog.


Foto: Nomadic Chic


Apa kelebihan blog untuk penulis pemula?

1. Platform percuma dengan pelbagai widget untuk memudahkan perancangan dan penyusunan bahan penulisan.

2. Boleh menulis tak kira bab. Hari ini ilham datang untuk Bab 1, tulis untuk Bab 1. Esok datang ilham untuk Bab 4, tulis untuk Bab 4. Susun kemudian. 

3. Boleh edit sebanyak mana diperlukan. Edit teks, masukkan gambar, video, pelbagai features boleh dimanfaatkan untuk hasilkan post yang menarik.

4. Boleh dijadikan medium membina tribe pembaca atau bakal pembeli (jika berniat untuk menerbitkan karya).

5. Menaikkan penjenamaan diri dan meletakkan tapak di carian Google melalui blog. 

Mula langkah pertama menjadi penulis, dengan membina blog sendiri.

Daripada blog, berkembang menjadi manuskrip, seterusnya diterbitkan dalam bentuk zine, buku atau e-book.

Untuk belajar lebih lanjut teknik menulis menggunakan blog, boleh sertai Kelas Asas Blog Penulisan secara Personal Coaching (Bersemuka/Online) bagi Edisi 2023.

Slot coaching dibuka, boleh TEKAN SINI untuk booking dan info kelas.


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?