Vibe tak kena.
Ada urusan di agensi kerajaan, jadi maklumlah waktu menunggu yang agak panjang -
kita terbawa pula buku yang mood sedih tentang kehilangan dan kerinduan.
Asalnya capai buku ni sebab nipis dan ringan. Tapi tak mengapalah. Sekurang-kurangnya masih dapat isi masa menunggu.
Puisinya sedap dibaca, tak terlalu berbunga, tak terlalu tersirat, tak terlalu berat -
tapi emosinya masih sampai.
Nak merawat sepi, boleh cuba tulis puisi.
Write to heal boleh jadi terapi.
Melepaskan sesak dada, meluahkan emosi terpendam, dapat meringankan beban.
Penulis kehilangan isteri akibat kanser pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.
Rupa-rupanya sebelum ni saya pernah terbaca perkongsian penulis ini berkenaan isterinya, sejak mula kahwin hinggalah si isteri akhirnya pergi menghadap Ilahi.
Rasanya agak viral juga kebanyakan hantarannya di Facebook. Tapi terkini saya tengok Facebooknya agak sepi tapi ada rakan saya maklumkan penulis aktif di Instagram.
Penulis pernah menerbitkan karya bestseller Bersendiri Ke Pantai, tapi saya belum berpeluang membacanya lagi.
Nak kena carilah lepas ni.
Tajuk: Menanti Mentari
Penulis: Kamal Effendi
Penerbit: White Coat
No comments:
Post a Comment
Ada apa-apa nak tanya?