31.10.22

Menterjemah Teks Arkeologi yang Mencabar

Alhamdulillah selesai satu tugasan menterjemah.

Teks kali ini agak mencabar, tentang arkeologi. Berkenaan batuan, zaman prasejarah, seni bina, geografi dan sosiologi.

Mencabar dari segi mencari padanan yang sesuai untuk perkataan dalam Bahasa Inggeris. Mujur ada juga beberapa entri dalam Daftar Istilah Arkeologi di PRPM, sedikit sebanyak membantu proses menterjemah menjadi lebih lancar.

Dapatan di Google juga banyak membantu memberi gambaran lebih jelas dan penerangan yang lebih terperinci tentang sesuatu konsep atau istilah. 

Begitulah. Menterjemah bukan sekadar dari satu perkataan ke satu perkataan saja, namun teks terjemahan perlu dibaca berulang kali untuk memastikan ayatnya sedap dibaca dan maksudnya sampai.

Biarpun ada alat bantu terjemah, namun 'human touch' tetap penting untuk menjadikan teks terjemahan tersebut 'hidup'. 

Teruja dapat bersama rakan penterjemah menyelesaikan tugasan ini. Lebih teruja apabila teks yang diberikan merupakan hasil tulisan senior di universiti, yang sangat aku kagumi. 


Ternyata hasil tulisannya mudah diterjemah dan ditulis dengan baik, seperti yang aku jangkakan.

Usai tugasan ini, kembali semula kepada tugasan menyunting teks Kimia Tingkatan 5. Juga tugasan yang mencabar namun banyak yang aku belajar melalui proses penyuntingan naskhah ini. Pelan-pelan kayuh.

Seterusnya tugasan menyunting naskhah berkenaan pembangunan mapan. Manuskrip dan bayaran deposit sudahpun diterima. Kerja menyunting akan bermula awal November, insya Allah.

Syukur apabila ditawarkan tugasan biarpun kecil dan jadual padat. Semoga dipermudahkan dan tugasan diselesaikan dengan baik.

*******

Perlukan servis editorial seperti penyuntingan/editing, penterjemahan atau upah menulis?

Boleh KLIK SINI untuk berikan butiran manuskrip dan dapatkan sebut harga daripada Hif Editorial Services. 


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?