20.6.22

Ulasan Buku: Mahdzir Khalid, Semua Kita Serupa oleh Zinitulniza Abdul Kadir


Dalam banyak-banyak buku yang aku beli masa di PBAKL 2022 lepas, yang ini menjadi pilihan pertama. 

Biografi Dato' Sri Mahdzir Khalid, Menteri Besar Kedah dari tahun 2005 hingga 2008.

Kisah hidupnya ditulis oleh Zinitulniza Abdul Kadir, terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).


Halaman inilah yang membuatkan aku terus capai buku ini masa di Pesta Buku.

Apa kaitan DS Mahdzir dengan Pak Lah?


Pak Lah boleh dikatakan 'dekat' sebab beliau merupakan Ahli Parlimen kampung aku selama beberapa tahun. Keluarga masing-masing pun saling kenal. Jadi siapa saja tokoh yang berkaitan dengan Pak Lah, aku memang sangat minat nak tahu.

Ternyata, pilihan tepat aku beli buku ni sebab bukan saja aku mengenali peribadi DS Mahdzir, bahkan Pak Lah sekali.

Satu nasihat Pak Lah yang dikongsi oleh DS Mahdzir, yang pada aku sangat baik bukan sahaja dalam bidang politik tapi bidang lain juga.


Satu lagi kisah kejatuhan teruk kerajaan BN di Kedah, yang memberi tamparan hebat kepada team DS Mahdzir.



Biarpun dicaras, dibuang, ditolak beberapa kali akibat kepentingan politik orang atasan, tapi DS Mahdzir anggap semua itu cabaran asam garam politik.

Asalkan niat ikhlas dan tujuan jelas, dia teruskan saja perjuangan.




Bacaan yang ringan namun berisi padat. 

Antara 5 pengajaran yang aku dapat melalui buku ini:

1. Circle of friends mampu mempengaruhi gaya hidup kita. DS Mahdzir memang minat bidang politik sejak zaman universiti, masa di USM, beliau bergiat aktif dalam persatuan mahasiswa. Mula mengenali Pak Lah dengan lebih rapat asbab GPMS.

2. Penampilan mampu memberi persepsi tentang peribadi seseorang. DS Mahdzir akan perhatikan tali pinggang setiap orang yang berurusan dengan beliau. Ada apa dengan tali pinggang? Ada rahsianya.

3. Bermain golf dapat mengenali keperibadian seseorang dengan lebih dalam. Sama ada penyabar atau terburu-buru.

4. Bekerja dengan niat ikhlas, peluang akan datang sendiri dengan izin Allah. Diberi peluang bertanding dalam pilihan raya, memimpin negeri dan dilantik sebagai menteri.

5. Jika sudah ditentukan rezeki, akan sampai ke tangan kita juga. Lambat atau cepat saja.

Selain tertarik dengan perjalanan karier politik DS Mahdzir, aku sangat kagum dengan hasil penulisan Zinitulniza ini. Sangat berpengalaman dan setiap peristiwa penting berhubung jatuh bangun DS Mahdzir digarap dengan baik sekali.

Naskhah ini sangat disarankan bagi ghostwriter atau penulis yang ingin menulis biografi tokoh sebagai rujukan.

Ulasan oleh: Zaila Hafni

======================================================

Perlukan khidmat penyuntingan, penterjemahan atau pembacaan pruf?

Boleh hubungi Hif Editorial Services >> KLIK SINI untuk berikan butiran manuskrip dan dapatkan sebut harga.

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?