13.6.22

Tugas Editor Pengurusan Buku

Selama ini, memang follow Puan Sri Diah tentang perkembangan kelas-kelas penulisannya, buku-buku yang terhasil daripada bimbingannya serta perkongsiannya seputar menulis kisah hidup dan industri swaterbit atau 'print-on-demand'.


Pernah sekali hadir ke Kampung Buku dan Puan Sri adalah salah seorang speaker. Itulah pertama kali dapat bersemuka dengan beliau. Kemudian kali kedua di Bengkel Penyelenggara Buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur edisi 2022. 


Sesi pengenalan oleh Puan Syukrina.

Apabila melintas makluman tentang bengkel ini, terus tergerak hati nak daftar. 

Satu, sebab memang dah lama nak belajar untuk urus penerbitan buku sendiri.

Dua, untuk upgrade servis di Hif Editorial Services.

Tiga, ada alasan untuk ke pesta buku sebab bengkel dibuat pada hari ketiga PBAKL 2022.

Alhamdulillah. 

Bengkel yang sangat membuka mata dan mencerahkan lagi perjalanan untuk menambah baik servis editorial yang sedia ada.

Sesi bersama Puan Sri Diah, pengasas siri buku Kisah Hidup.

Selama ini memang nak belajar tapi tak tahu nak tuju ke mana, ke cikgu mana. Ada tu pula, tak mampu nak beri komitmen dari segi masa dan yuran.

Jadi bengkel ini tiba tepat pada masanya.

Kami diberi penerangan tentang cara menyelenggara dan menguruskan penerbitan sesebuah buku hingga terbit. Jadi individu yang menguruskan semua proses dari awal hingga buku bercetak sedia di tangan adalah editor pengurusan. 


Antara tugasan editor pengurusan:

1. Mendapatkan manuskrip. Kalau projek muafakat atau antologi, perlu kumpulkan manuskrip semua penulis terlibat.

2. Edit dan semak semua manuskrip. Pastikan semua spesifikasi projek dipatuhi seperti bilangan muka surat, bilangan perkataan, tema karya. Boleh dilakukan sendiri atau upah editor. 

3. Buat layout setting. Perkara ini juga boleh dibuat sendiri atau ambil khidmat pereka grafik. 

4. Sediakan konsep cover. Boleh upah pereka grafik yang sama untuk layout atau pereka lain. Kalau mampu, buat sendiri pun boleh.

5. Susun semua manuskrip. Tambah atau buang mana-mana bahagian yang perlu.

6. Mohon ISBN dan segala proses berkaitan.

7. Cari pencetak. Dapatkan sebut harga.

8. Uruskan percetakan. Buku yang siap terbit sedia untuk sampai ke tangan.

Nampak macam mudah tapi perlu diambil perhatian, setiap proses memerlukan kos dan masa. Ini yang penulis pemula perlu faham dan hadam.

Untuk menjimatkan kos penerbitan, boleh terbit buku secara antologi, apabila kos ditanggung bersama semua penyumbang karya. Sangat sesuai bagi penulis yang baru berjinak-jinak merasai pengalaman memegang buku sendiri.

Selain itu, dapat juga belajar proses menghasilkan buku secara swaterbit (self-published).

Setakat ini, aku hanya boleh bimbing untuk hasilkan e-book. Untuk terbitkan buku, aku juga baru nak belajar. Namun, asasnya tetap sama - 

perlu konsisten menulis.

Perlu tahu apa yang nak ditulis.

Kalau perlukan bimbingan asas untuk menulis karya pertama, jom buat sama-sama.

Sesi secara personal coaching, belajar Asas Blog dan Penulisan. Secara bersemuka atau online.

Sesi lanjutan untuk susun bahan dan terbit e-book pertama secara online dengan Puan Masayu Ahmad (bekas wartawan Karangkraf).

Mahu sertai, boleh klik SINI.

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?