9.6.22

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022

Awal ke PBAKL tahun ini, asbab aku ada bengkel pada hari ketiga.
Rancangan asal, hanya aku seorang saja ke sana dengan LRT tapi kesudahannya suami kata baik semua ikut, terus ke sana dengan kereta.

Okeylah. Boleh saja, janji sampai.
Kali ini suami cuba parkir di Sunway Putra Mall, yang terletak bertentangan WTC. Sebelum ini, semasa anak-anak masih kecil, kami parkir di ruang bumbung WTC. Tak ingat Aras 3 atau 4. Yang pasti, sangat dekat dengan pintu masuk dan tak perlu berjalan jauh, cuma kereta akan panas sikit.
Selain bumbung, kami pernah juga parkir di ruang bawah (basement). Pun senang juga, hanya naik tangga sikit saja dah sampai lobi. Cuma ruang parkir terhad. Kalau datang awal, insya Allah ada. Lambat, ikut rezekilah.
Sewaktu kami sampai di mall, masih awal lagi. Jadi, ruang parkir banyak lagilah. Trafik sekitar pun masih lancar. Kami sampai sekitar jam 9 pagi, sebab bengkel aku bermula jam 10 pagi.
Sarapan dahulu di Riverside Restaurant dalam WTC sebab di mall banyak kedai belum buka.
Masa kami sampai, banyak pegawai tentera tengah bersarapan juga. Yang berpangkat tinggi pun ada. Hairan juga, kenapa ada banyak sangat tentera di pesta buku...
Rupa-rupanya ada pelancaran autobiografi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang bertajuk, Soldier to King, The Journey. Patutlah banyak tentera memenuhi tempat duduk di pentas utama. Meraikan pelancaran buku hebat ini.



Selesai bersarapan, aku gerak dulu ke Bilik Kuala Lumpur di Aras 5. Anak-anak lepak di ruang legar situ juga, dekat dengan tandas dan ramai orang lalu-lalang. Semua dah siap bawa air dan makanan ada abahnya belikan sementara menunggu aku selesai bengkel.
Habis bengkel jam 1, orang dah mula ramai dan sesak. Tak sempat nak singgah banyak reruai atau pavilion, melainkan ITBM saja sebab suami terjah masuk.
Capai beberapa memoir dan biografi, terus ke kaunter bayaran. Tak sempat nak belek-belek sangat sebab lapar dan nak cepat balik.
Di mall, kebanyakan tempat makan penuh. Maklumlah dah waktu makan tengah hari. Kami hanya tapau Hokkaido Cheese Toast, kek cawan mini dan durian crepe. Makan tengah hari, balik beli di kedai nasi campur dekat dengan rumah. Haha
Walaupun teringin nak ke PBAKL sekali lagi, tapi rasanya cukuplah sekali saja tahun ini.
Sebetulnya, aku paling suka ke sana sendirian dengan tren. Ataupun berdua saja dengan suami. Pergi pagi- pagi, tengah hari gerak balik. Tapi lain kalilah.
Sejak 2, 3 tahun ni tak memborong buku sangat melainkan ada buku yang memang harga terbabas gila atau yang aku tak dapat jumpa online.
Tak apalah, buku di rumah pun banyak lagi belum berusik. Jadi tak payah nak beli semua yang ada depan mata!

#klibf2022 #wtckl

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perlukan servis penyuntingan, penulisan atau penterjemahan? 

Follow Facebook: HIF EDITORIAL SERVICES


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?