PBAKL 2022 dah melabuhkan tirai semalam, khabarnya dengan lebih 1.2 juta pengunjung sepanjang penganjuran.
Jadilah aku ke sana sekali saja, tak sanggup juga nak bersesak. Bagilah peluang orang yang dah lama tak dapat datang ke pesta buku nak berbelanja buku sakan.
Tahun sebelum ini, hanya orang sekitar Lembah Klang saja yang boleh hadir. Tahun ini, nampaknya meriah betul dengan orang dari serata Malaysia. Tambahan pula cuti sekolah, ibu bapa ambil peluang bawa anak-anak.
Kali ini, aku masuk dewan ITBM saja dan terasa nak baca kisah hidup / memoir / biografi.
Jadi aku capai empat naskhah ini.
1. Kehidupan Kedua Memoir Penghidap Kanser, Endri Kurniawati
2. Mahdzir Khalid, Semua Kita Serupa, Zinitulniza Abdul Kadir
3. Kembara Ilmu Seorang Pensyarah Fizik, Muhammad Yahaya
4. I Wuz 'Ere, Memoirs of STAR '86, Ainul Azam, Mudzaffar Alfian, Khairul Ridzwan, Atan Mustafa
Sebenarnya tiga judul pertama ni dah lama 'add to cart' di Shopee ITBM. Tapi tak terbeli-beli.
Yang judul keempat tu, sebab harga terlajak murah.
Itu yang nampak je ada depan mata, terus sauk je.
Kenapa nak baca kisah hidup orang?
Setiap pengalaman hidup orang lain, pasti ada pengajaran dan iktibar untuk kita juga. Banyak perkara kita boleh belajar dan ambil sebagai panduan.
Dan, kita pun boleh tulis kisah hidup kita sendiri sebagai rujukan/kenangan untuk anak dan keluarga, kalaupun bukan untuk bacaan umum.
Cukuplah empat ini, aku gunakan sebagai rujukan untuk menulis secebis kisah hidup sendiri juga di samping personal coaching seorang sahabat penulis yang mahu menghasilkan buku pertama.
Mudah-mudahan semua naskhah ini membantu.
Encik suami ada juga memborong tapi belum sempat merisik apa hasil tuaiannya. Tapi selalunya aku suka baca juga. Rasanya ada buku terbitan Jiwa, UUM Press dan DBP.
Biasalah dia suka karya yang sastera sikit. Aku macam biasa, tumpang baca saja.
#pbakl2022
=================================
Perlukan servis penyuntingan, penterjemahan, pembacaan pruf?
Boleh hubungi Hif Editorial Services atau KLIK SINI untuk berikan butiran manuskrip dan dapatkan sebut harga.
No comments:
Post a Comment
Ada apa-apa nak tanya?