3.4.22

Ejaan Tepat: Ramadan dan Tarawih


Alhamdulillah bertemu lagi dengan Ramadan, bulan mulia yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia.



Tahun ni akhirnya dapat menjalani suasana Ramadan yang berbeza berbanding dua tahun lepas. Lebih banyak kelonggaran bersolat tarawih, berniaga di bazar Ramadan dan pengoperasian kedai makan untuk sahur dan berbuka.

Syukur tahun ini dapat melakukan ibadah puasa dengan norma baharu.

Selamat berpuasa semua! 

Semoga ibadah kita tahun ini dipermudahkan, diganjari pahala dan mendorong kita menjadi insan yang lebih baik.

Nota Bahasa

1. Ramadhan ❌
Ramadan ✅


2. Terawih ❌
Tarawikh ❌
Tarawih ✅

Sumber: PRPM

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

=====================================================================

Ingin ikuti lebih banyak perkongsian bahasa, ejaan tepat dan asas penyuntingan kendiri?

Follow Facebook: Hif Editorial Services

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?