12.4.22

Nak Marah Tapi Kena Sabar


Nak marah, tapi kena sabar.
Rasa nak marah, tapi kena sabar.


Salah satu trend TikTok yang sangat berkesan pada saya. Jika trend lain sekadar ikutan, tiada impak, hanya untuk views dan like tapi yang ini sangat membantu saya mengawal diri apabila anak-anak buat perangai.

Anak menjerit, saya ucap kata-kata ini depan mereka.

Anak bergaduh sesama sendiri, saya sebutkan lagi.

Anak buat sepah, pun begitu juga saya ulang-ulang sebut.

Sebenarnya dalam tak sedar didik diri sendiri bersabar dengan kerenah anak-anak. Lagi lagi dalam bulan puasa ini, setiap inci perkara pun sangat menuntut kesabaran. 

Anak-anak dah memang fitrah begitu. Kita yang dewasa inilah yang harus sabar dan tenang mendidik. Namun, tentunya didik diri sendiri dulu barulah jadi ikutan dan teladan.

Anak tanya semalam, kenapa saya tak marah semasa abangnya mengamuk semalam.

Saya jawab begitulah. Nak marah, memang ummi nak marah tapi ummi kena sabar. Sambil tersenyum.

Hati saya lega. Anak pun mudah tenang.

Nak buatnya tak senang juga. Tapi mak-mak ni yang pertama sekali kena kawal emosi walaupun ya Allah susahnya!

Elok jugalah ada trend ini, ada modal bertenang sekejap.

Perkara yang elok di media sosial, bolehlah dimanfaatkan. Yang tak elok, lebih baik tinggalkan.


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?