8.4.22

Apa Khabar Hari Ini?


Alhamdulillah, buku antologi kedua sudah tiba di tangan.

Projek Muafakat Penerbitan, Sekolah Penulisan Ramadan ini saya sertai sebagai menyahut cabaran menyumbang karya bersama-sama alumni SPR yang lain.

Projek ini merupakan yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh SPR dan MyMove, jadi saya pun tak mahu ketinggalan melibatkan diri.

Terdapat lima judul yang diterbitkan. Karya saya terpilih untuk dimuatkan dalam judul yang pertama terbit, Apa Khabar Hari Ini?

Tema penerbitan siri ini adalah inspirasi dan motivasi. Jadi setiap karya mempersembahkan kisah berkaitan dengan hikmah yang tersendiri bagi setiap penulis dan mereka yang membaca.

Karya saya bertajuk 'Kerana Nyamuk'. Saya berkongsi pengalaman menjadi suspek demam denggi, dalam masa yang sama terpaksa menjaga suami yang juga terkena demam denggi sehingga dimasukkan ke wad.

Maka bermulalah perubahan dalam jadual harian saya, selain terpaksa bertenang mengendalikan kesihatan sendiri dan memantau anak yang baru memulakan sesi PdPR. Waktu itu belum biasa lagi dengan PDPR, situasi agak kelam kabut dan serabut bagi saya.

Namun, Allah hadirkan orang yang baik-baik untuk membantu sekaligus memudahkan segala urusan.

Begitulah setiap perkara yang kita rasa sukar sebenarnya ada ibrah yang Allah mahu tunjukkan. Bersangka baik dengan Allah dan teruskan hidup.

Boleh baca lagi dalam naskhah ini. 

Untuk dapatkan buku Apa Khabar Hari Ini? boleh KLIK DI SINI.



No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?