Banyak sebab orang mula atau pilih untuk menulis.
Antaranya untuk melegakan perasaan, mengurangkan tekanan, melepaskan kerinduan dan meringankan beban yang ditanggung.
Bukan mengharapkan apa-apa daripada yang membaca, hanya berkongsi dan meluahkan.
Namun jika perkongsian itu dapat memberi manfaat kepada yang membaca, sama-sama kembali bersemangat.
Bukan mudah nak bercerita tentang kesayangan kita yang pergi tanpa diduga.
Saya sendiri berkali-kali padam, tulis, padam, tulis kalau berkenaan arwah ayah, emak atau kakak saya.
Tak kuat nak ingat kembali dan catat semua memori.
Namun, jika kenangan itu dikongsi, sekurang-kurangnya kita dapat merasai dia dekat walaupun hakikatnya kita berbeza alam.
Mengenang mereka yang sudah tiada bukan bermakna tak boleh move on, tetapi untuk mengubat hati.
Naskhah Setelah Engkau Pergi ini...
mendorong isteri lebih menghargai suami ketika masih ada.
mengingatkan bahawa kematian boleh berlaku bila-bila masa sahaja, di mana sahaja.
menyedarkan bahawa himpunan penulisan dan catatan indah yang ditinggalkan mampu mengubat kerinduan dan menguatkan hati.
Tajuk: Setelah Engkau Pergi
Penulis: Nur Mawarnafastari
Penerbit: Bonda Nor Resources
Buku ini merupakan kesinambungan daripada buku Diari Seorang Diplomat: Hikmah yang Tersirat oleh Wan Ahmad Fadzil terbitan Galeri Ilmu.
Buku 3/24
Salam 1 Rejab.
Hif
3.2.22
===============================================================
Minat menulis blog tapi tak tahu cara nak mula?
Sertai Group Telegram Kelas Blog dan Penulisan DI SINI.
No comments:
Post a Comment
Ada apa-apa nak tanya?