1.2.22

Ulasan Buku: Diet Mak-mak oleh Ruqayyah Muhd

Buku ini saya beli sebab tertarik dengan tajuknya - Diet Mak Mak. 




Tapi tak sangka rupa-rupanya buku ini menyasarkan ibu hamil. Tapi ibu yang tak hamil ni berminat juga baca sebab topik diet kan.

Kita sisihkan bahagian hamil, fokus pada maklumat nutrisi, penyakit yang sering dialami ibu-ibu, amalan pemakanan yang baik untuk jadi ibu sihat dan penjagaan diri ibu dari segi mental dan fizikal.

Ditulis oleh Kakak Diet tersohor, Puan Ruqqayah Muhd, buku ini memang padat dengan info pemakanan yang sesuai untuk ibu hamil. 

Disertai dengan senario yang sering diperhatikan di wad dan klinik, Puan Qay menerangkan sesuatu senario itu dengan hujah dan fakta yang mudah difahami. 

Saya fikir kebanyakan ibu juga mengalami perkara yang sama. Jadi boleh 'relate' sebab kena batang hidung sendiri kan! 

Contohnya bab minum air gula, bab memilih makanan pantang, bab penyusuan, apabila anak kena jaundis dan sebagainya.

Ada juga bab yang menjelaskan beberapa salah faham kebanyakan ibu tentang makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan semasa pantang, penjagaan kesihatan diri jika didiagnos diabetes gestasi, darah tinggi gestasi atau anemia.

Contoh jadual makan juga diberikan sebagai panduan. Berapa kalori yang diperlukan dalam setiap trimester dan jenis makanan yang dapat membantu ibu mendapat nutrien yang cukup semasa hamil.

Apapun yang penting, semasa hamil, jaga diri. Keadaan setiap ibu tak sama dengan ibu lain. Berjumpa doktor dan jujur dengan status kesihatan sendiri. 

Puas baca buku ini. Walaupun penyampaiannya santai tapi mesejnya sampai. 

Saya sangat sarankan ibu hamil baca buku ni supaya maklumat tentang pelbagai masalah semasa hamil diperolehi dengan tepat. Sekaligus dapat memastikan kehamilan dapat dilalui dengan tenang hingga melahirkan.

Tajuk: Diet Mak Mak
Penulis: Ruqayyah Muhd
Penerbit: Akademi Bonda Nor, Galeri Ilmu

Buku 2/24

***

Nota tepi:

Yang nak mula tulis blog untuk bisnes, buku atau e-book tapi tak tahu cara nak mula, boleh sertai KELAS ASAS BLOG DAN PENULISAN.

Tekan pautan berikut untuk kenal pasti tajuk blog yang nak ditulis:


***

#ulasanbuku #reviewbuku #zailareads #malaysiamembaca #cabaranmembaca2022 #goodreadsmalaysia


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Perlukan servis penyuntingan, penulisan atau penterjemahan? E-mel ke hifeditorialservices@outlook.com

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?