4.2.22

Ulasan Buku: Cikgu Bankrap oleh Zaharoh Fajar Nina



"Mendidik adalah BERSABAR. Mendidik adalah mengajarkan bagaimana keburukan boleh dibersihkan dengan kebaikan. 

Mendidik adalah menjelaskan dengan penuh kasih sayang namu n tegas bahawa salah tetap salah dan benar tetap benar."

Benarlah menjadi guru itu merupakan suatu tanggungjawab yang besar dan amanah yang perlu ditunaikan sebaiknya.

Banyaknya yang guru perlu ambil berat dan peduli, bukan sekadar mengajar dalam kelas sahaja tapi juga 'mendidik' dan membimbing dari segi adab, akhlak dan sahsiah - yang mana lebih penting untuk pembangunan jati diri yang kuat.

Dalam buku ini, penulis turut berkongsi doa-doa dan amalan yang boleh dilakukan oleh guru dan ibu bapa dalam membesarkan anak yang kuat mental, fizikal dan rohani. 

Juga panduan untuk guru sendiri, dalam mendidik sabar dan tenang bila berhadapan murid yang bermasalah.

Semoga Allah kurniakan guru-guru kita kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak, dalam membentuk generasi yang berjaya masa hadapan.


Tajuk: Cikgu Bankrap
Penulis: Zaharoh Fajar Nina
Penerbit: Mustread SB
Harga: RM25
ISBN: 9789672038559
Bil halaman: 240



#zailareads #cabaranmembaca2020 #readingchallenge2020 #malaysiamembaca

Lebih banyak buku di HIF BOOK STORE. KLIK SINI.

==================================

Perlukan servis penyuntingan, penterjemahan atau penulisan, boleh e-mel ke:

hifeditorialservices@outlook.com


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?