23.2.22

Ulasan Buku: Aku Seorang Pensyarah: Kembara dan Tips Mengenal Alam Akademia oleh Wan Iryani Wan Ismail


Selesai buku kelima. 


Kembara penulis dari USM ke Cape Town, kemudian kembali berbakti di Malaysia.

Merupakan pelajar Malaysia pertama melanjutkan pengajian PhD di Afrika Selatan.

Dr Wan Iryani Wan Ismail merupakan seorang pensyarah dalam bidang Biologi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Fokus penyelidikannya adalah madu. 

Dalam travelog ini, Dr Wan berkongsi pahit manis, jerih payah menjadi seorang pensyarah dan penyelidik yang berdaya saing.

Paling mahal, perkongsian pengalaman ketika bersendirian di Cape Town dalam keadaan sarat mengandung anak kedua. 

Ditambah dengan pelbagai situasi dengan penyelia dan penyelidikan itu sendiri.

Bukan kaleng-kaleng punya cabaran. Tapi itulah yang membuatkannya lebih kuat dan terus memperjuang apa yang dia percaya mampu memanfaatkan masyarakat.

Buku ini padat dengan panduan untuk pensyarah; persediaan melanjutkan pengajian, semasa dalam pengajian, perancangan untuk bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan serta tugas-tugas yang harus digalas setelah bergelar pensyarah.

Profesion ini bukan hanya tertumpu kepada mengajar dalam dewan kuliah sahaja, bahkan merangkumi banyak tugas penyelidikan, pentadbiran, penulisan dan penerbitan.

Berat juga beban pensyarah, tapi begitulah cabaran memandaikan anak bangsa dan menyebarkan ilmu kepada umat.

Saya paling suka perkongsian tentang penulisan dan penerbitan. Bagaimana Dr Wan berusaha menghasilkan jurnal, artikel yang dapat membantu pembuat dasar dan masyarakat umum memahami tentang madu khususnya. 

Bagaimana mengurangkan salah faham dan meningkatkan kefahaman umum tentang madu tulen dan tiruan. 

Adik-adik yang bercita-cita mahu bergelar pensyarah, patut baca naskhah ini sebagai persediaan. 

Yang sedang berjuang dengan PhD, yang sudah bergelar pensyarah juga digalakkan membaca untuk menambah baik prestasi.

Semoga semua usaha penyelidikan Dr Wan Iryani berkenaan madu ini berkembang maju dan dipermudahkan.

*******

Tajuk buku: Aku Seorang Pensyarah: Kembara dan Tips Mengenal Alam Akademia

Penulis: Wan Iryani Wan Ismail

Penerbit: Penerbit UMT

Buku 5/24

*******
Ulasan oleh: Zaila Hafni

#ulasanbukuhif #cabaranmembaca #goodreadsmalaysia #zailareads #zailareads2022

=======

Mahu belajar asas blog dan penulisan?

Bagaimanakah cara mengasah bakat menulis dengan menulis di blog dan membangunkan sebuah manuskrip?

Boleh KLIK SINI untuk maklumat kelas Asas Blog dan Penulisan.

Personal coaching secara bersemuka atau online.




No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?