8.2.22

Tosai, Thosai, Thosei atau Tose?


Tosey ❌
Tosei ❌
Thosai ❌
Thosei ❌
Dosa ❌ 
Tose ✅


Setelah lama dok makan tose baru hari ni tergerak nak semak PRPM ejaan yang tepat.

Kalau di kedai mamak atau kedai India, macam-macam versi ejaan kita boleh nampak.

Merujuk PRPM, ada dua definisi tose:

1. Sejenis makanan India yang dibuat daripada beras dan dimakan bersama kuah dal dan sebagainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

2. Penganan yang dibuat daripada tepung beras dan agak masam rasanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Berbanding kuah dal, saya lebih gemar cecah tose dengan kuah kelapa. Cuma susah sikit nak jumpa kedai yang buat kuah kelapa sedap. 

Selama ni saya panggil kuah kelapa tu cutni, tapi semak di PRPM, rupanya cutni maknanya lain.

Ada siapa tahu kuah kelapa tu namanya apa?

#notaeditorhif #asasblogfebruari2022

===================================================================

Follow Facebook Hif Editorial Services untuk lebih banyak perkongsian tentang bahasa, ejaan tepat dan asas suntingan kendiri.


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?