15.2.22

Terapi Menulis untuk Merawat Jiwa



Di sebalik ketenangan seseorang, kita tak tahu 'peperangan' apa yang ada dalam dirinya.
Ada orang mudah berkongsi rasa dengan orang lain, tapi ada juga yang memilih untuk memendam.
Memendam perasaan, boleh jadi disebabkan banyak hati yang perlu dijaga. Atau untuk mengelak situasi yang lebih buruk berlaku.
Yang menghadapinya sahaja yang faham.
Namun, apabila tak diluah, mulalah bersarang dalam minda dan berserabut kepala.
Mula fikir macam-macam.
Mudah naik angin. Mudah stres.
Atas sebab itu ada orang memilih untuk menulis. Bukan semua orang mampu bercakap, bersuara.



Jadi penulisan dijadikan terapi. Melepaskan beban hati.
Tulis sahaja di mana kita rasa selesa.
Tak bersedia berkongsi, boleh set 'Only Me' jika menulis di Facebook.
Catat dalam diari, jika selesa begitu.
Boleh juga buat blog khas untuk bacaan kita sahaja. Set private.
Begitulah. Setiap orang ada perjuangan (struggle) masing-masing.
Yang penting hormati hidup orang lain dan beri ruang untuk diri sendiri juga.



Sumber: introvertdear


=====================================================================

Mengubat rindu, merawat luka, meringankan beban melalui penulisan.

Luahkan melalui blog.

Belum ada blog? 

Boleh mulakan dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan (Bersemuka/Online).

KLIK SINI untuk mendaftar.

Kelas secara personal coaching.





No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?