7.2.22

Roti Bakar Nostalgia



Roti benggali bakar.


Panas-panas disapu mentega, ditabur gula.

Boleh juga disapu seri kaya, jem atau diletak susu pekat manis.

Mahu lebih beraroma, sapu mentega bawang putih atau gula kayu manis.

Zaman arwah ayah minum di kopitiam, kalau tak salah, ini dipanggil roti kahwin. 

Pernah dengar tak?

30 tahun dulu, makan minum di kopitiam Cina, makan tosei di kedai India pun tak ada masalah.

Mungkin sebab kurang cakna atau selagi kedainya tak menjual makanan tak halal, singgah saja.

Pernah juga di Sungai Petani, kami biasa makan laksa Melayu dan capati India yang menumpang di restoran Cina. Restoran tersebut tak menjual makanan, hanya air. Begitu kerjasama niaga yang ditunjukkan.

Di pekan lama di kampung, ayah biasa juga beli air teh bunga yang diproses sendiri dan dijual oleh orang Cina. 

Kalau sekarang agaknya, saya fikir dulu. Kalau was was, saya tinggalkan saja.

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?