24.2.22

Projek Anekdot Sekolah Penulisan Ramadan: Siri Apa Khabar Hari Ini?


Projek Muafakat Penerbitan oleh Sekolah Penulisan Ramadan ini sudah lama dimulakan, sejak tahun 2020.

Disebabkan pandemik Covid-19, banyak urusan tertangguh dan proses penyuntingan dan penyelenggaraan juga mengambil masa yang lebih lama daripada biasa.

Namun, alhamdulillah akhirnya awal tahun 2022 ini, mendapat khabar gembira bahawa siri ini akan tiba ke tangan bulan Mac ini.

Siri Apa Khabar Hari Ini? merupakan yang pertama terbit di bawah projek Muafakat Penerbitan SPR.

Siri-siri lain akan menyusul.




Saya terlibat sebagai salah seorang penyumbang karya dalam siri ini.

Karya saya bertajuk 'Kerana Nyamuk', berkisahkan pengalaman saya terpaksa berdikari sementara ketika suami mengalami demam denggi hingga dimasukkan ke wad.

Cabaran memandu kereta di jalan raya yang saya tak biasa, terpaksa ke klinik setiap hari untuk ujian darah (saya juga suspek denggi) dalam masa yang sama perlu memantau kelas online anak yang baru bermula.

Semuanya serba kekok, mujur ada bantuan-bantuan yang datang memudahkan segala urusan.

Menulis anekdot bersama barisan penulis hebat, diselenggara oleh pasukan editorial yang hebat juga, memberi pengalaman baharu buat saya.

Siri Apa Khabar Hari Ini? diselenggara oleh Tuan Hafiz Latiff dan Tuan Zamri Mohamad.

Akan terbit Mac 2022.

Pratempahan sudah dibuka. Boleh KLIK DI SINI untuk menempah.





No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?