1.2.22

Pertama Kali Makan Yee Sang, Hidangan Istimewa Tahun Baru Cina

Pertama kali rasa yee sang masa belajar di ELS Language Centre, Kolej Han Chiang, Pulau Pinang. Masa tu ambil kursus Bahasa Inggeris.

Saja pusat bahasa tu raikan semua pelajar, termasuk pelajar bukan Cina dan antarabangsa untuk sama berkongsi kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina.

Saya kurang ingat bahan-bahan dalam yee sang yang dihidangkan tu secara detail, tapi yang pasti  pihak pusat bahasa pesan yang versi halal sebab ada pelajar muslim.

Namun kalau dilihat dari segi bahan-bahan dalam yee sang, ala vegetarian pun sebab kebanyakannya terdiri daripada sayur yang diparut halus.

Konsepnya macam kerabu pun ada. 

Ditambah isi ikan, buah seperti limau bali dan diperasakan dengan beberapa jenis sos.

Cara nak makannya, duduk keliling pinggan besar tu, masing-masing ambil penyepit, gaul yee sang tu sama-sama. Lepas tu angkat yee sang tu tinggi-tinggi, untuk lebih bertuah dan -

lebih kaya! 

Kepercayaannya begitulah, kalau tak silap saya.

Seronok juga belajar di situ walaupun dikelilingi kawan yang berbeza bangsa. Saya bukan sahaja belajar bahasa Inggeris, tapi budaya bangsa lain juga.

Untuk mereka yang sedang 'makan besar', yang meraikan Tahun Baru Cina -

Gong Xi Fa Cai!




Foto: imoney .com

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Perlukan servis penyuntingan, penulisan atau penterjemahan? E-mel ke hifeditorialservices@outlook.com

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?