11.2.22

Kari Ayam Pekat Tanpa Santan


Gulai kari ayam pekat.



Guna 1 pek Ayam Bismi.
Setiap ketul dipotong kecil. Jadi nampak banyak.
Sebahagian besar untuk makan hari ini. Sebahagian lagi diasingkan dan dibekukan.




Bila bila mahu cecah dengan roti, capati atau paratha, kuah kari dah tersedia. Panaskan saja.
Saya jarang masukkan santan dalam gulai kari. Hanya tambah sedikit minyak kelapa untuk bagi aroma yang hampir sama dengan gulai bersantan.
Dah nak mula masak baru sedar halia dan daun kari segar tak beli.
Mujur ada emping daun kari dan serbuk halia Rempah Mak Siti.
Tabur saja semasa menumis.
Senang kerja.

Untuk pekatkan kuah kari, boleh lebihkan rempah atau tambah bawang besar kisar. Air letak sedikit demi sedikit untuk dapatkan kepekatan yang disukai.

=========================================================================

Follow Facebook Dapoq Sempoi untuk lebih banyak resipi dan tempat makan yang sedap.


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?