16.2.22

Dendeng Minang Makcikmanes, Lembut Pedas Manis Secukup Rasa, Harus Cuba!

Dengan teknologi makanan yang semakin berkembang, banyak makanan boleh disimpan lebih lama dengan selamat. Hidangan sedia dimakan begini, selain dijadikan stok kecemasan, boleh juga dijadikan bekalan dalam perjalanan jauh atau mengembara. 

Dendeng iaitu hidangan daging yang dimasak sempurna bersama rempah merupakan makanan yang sering menjadi bekal pengembara di Indonesia pada zaman dahulu. Kini ia semakin diterima di Malaysia juga. Semakin ramai pengusaha makanan menjadikan dendeng sebagai produk sedia dimakan bila-bila masa.

Uniknya resipi dendeng pada kepingan dagingnya yang tipis. 

Daging tersebut direbus terlebih dahulu, kemudian dihiris nipis dan diketuk. Seterusnya ia dimasak bersama rempah terpilih. Rasanya seakan-akan rendang namun dendeng lebih kering teksturnya dan lebih gelap rupanya kerana ditambah kicap.

Proses membuat dendeng ini memang sedikit rumit dan mengambil masa. Jadi, dengan adanya dendeng sedia dimakan, sangat memudahkan penggemarnya untuk makan tak kira masa.

Salah satunya Dendeng Minang oleh Makcikmanes, yang diusahakan oleh Puan Satirah Hamid.

                                                        

Ia merupakan 100% buatan sendiri (homemade) dengan menggunakan resepi asli daripada
Guru Minang.

Menggunakan hanya daging yang berkualiti tinggi dan dimasak sehingga lembut bersama rempah-ratus dan ramuan tradisi adalah rahsia dendeng ini menawan selera walaupun baru mencuba kali pertama.




Rasanya yang enak penuh aroma wangi rempah ratus dan tidak pedas ini sesuai dimakan oleh semua peringkat umur.

Setiap pek tahan selama 6 bulan jika tidak dibuka. Selepas pek dendeng dibuka, jika masih ada lebihan, boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkannya rosak.

Dendeng ini sangat sesuai dan sedap dimakan bersama nasi putih, nasi himpit, pulut atau roti.

Boleh juga dijadikan menu pantas ketika bersahur atau berbuka pada bulan Ramadan.

Tiba bulan Syawal, boleh dihidangkan bersama ketupat dan lemang sebagai santapan hari raya.

Dendeng ini dipek dalam plastik kerajang aluminium (aluminium foil) empat lapis dan telah melalui proses retort untuk mengekalkan kesegaran dan aromanya. Makanan tahan lebih lama dan dijamin selamat.

Cara untuk menghidang dendeng Makcikmanes:

1. Rebus pek dalam periuk selama 5 minit. Angkat, tos dan koyakkan pek. Boleh terus dimakan.

2. Koyakkan pek dan masukkan dendeng ke dalam mangkuk tahan panas dan panaskan sebentar dalam ketuhar gelombang mikro.

3. Koyakkan pek dan masukkan dendeng ke dalam mangkuk hidang. Sedia dimakan.

Untuk mencuba dendeng yang lembut, cukup rasa rempah, pedas dan manis ini, boleh TEKAN SINI.

Makcikmanes juga memasarkan sambal-sambal dibawah label Sambal Dhuha, yang terdiri daripada:

Sambal Bilis Rangup
Sambal Bawang Bilis
Bawang Bilis Tiada Cili
Bawang Bilis Halia
Bawang Bilis Lada Hitam
Bawang Goreng Rose Rangup
Serunding Halia

Untuk memesan, boleh TEKAN SINI.



Jika berminat untuk menjadi stokis Sambal Dhuha Makcikmanes, boleh hubungi pihak Makcikmanes melalui Instagram MAKCIKMANES dan Facebook SAMBAL SEDAP DHUHA .

Boleh juga hubungi di WhatsApp, KLIK DI SINI .











Untuk pembelian dendeng dan mana-mana sambal, boleh terus ke:

 SHOPEE MAKCIKMANES, KLIK SINI.

*Entri ini berbayar.*

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?