6.2.22

Balik Kampung



"Masing-masing ambil baju, seluar, masuk dalam beg. Pilih sendiri nak bawa baju apa, janji cukup 5 helai."

Ummi beri arahan. Pagi ini nak balik rumah Wan.

Biasa ummi yang siapkan beg baju tapi tadi sengaja minta anak-anak buat sendiri sebab ummi ada urusan kelas Asas Blog dan Penulisan 2022.

"Ummi, baju tak cukup 5."

"Ummi, baju malam je ada."

"Ummi, nak bawa 3 je boleh."

Layankan. Ummi angguk saja.

Tapi, sebelum gerak balik, dah tentu ummi buat QC dulu.

Tambah dan tukar apa yang patut tapi keseluruhannya ummi puas hati. Dah boleh diharap packing baju sendiri dah.

Sampai rumah Wannya tadi dah nak hampir jam 12, jadi teruslah beli lauk makan tengah hari. 


Terung cili
Sup cendawan
Ayam balado
Bendi goreng
Sambal kering bilis kacang tanah

Jadi hari ini dapur Wan tak payah berasap. Rehat rehat je sambil sembang.

Ralit meratah bendi goreng. Bendi segar, rangup. Sedap betul ditumis dengan cili, bawang, ikan bilis.

=================================

Asah bakat menulis melalui blog.

Tak tahu cara nak mula?

Jadikan blog tempat latihan menulis, sekaligus hasilkan manuskrip untuk terbit sebagai buku pertama.

Caranya?

Sertai personal coaching Asas Blog dan Penulisan, secara bersemuka atau online.

KLIK SINI untuk dapatkan maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?