2.1.21

Selamat Datang 2021

2020 yang penuh drama dan segala yang tak dijangka akhirnya melabuhkan tirai.
2020 yang penuh pengalaman dan cabaran baru, mengajar kita makna reda.

2020 akhirnya berlalu pergi, menjadi tahun yang penuh kenangan untuk semua penduduk dunia.

1 Januari 2021.




Kita masih belum menang. Bahkan kes positif makin banyak. Mahu tak mahu, kita perlu menjalani hidup dengan norma baru. Jaga diri sendiri dan keluarga. 

Kami luangkan masa cuti tahun baru ini di rumah adik. Makan dan masak sama-sama. Sembang-sembang panjang.

Dapat juga ambil angin luar, tidaklah terperuk kemurungan saja dalam rumah. Anak-anak paling seronok, Pak Su Li bawa ke taman. Layankan ke kedai. 

Sekali-sekala bagi anak menakan gembira.

Istimewa lagi kali ini, adik menyambut kedatangan kami dengan nasi kukus, ayam goreng garing, gulai ikan jenahak, pulut dengan pekasam telur sotong dan tauge goreng.


Esoknya, sarapan roti jala dengan kuah gulai. Makan tengah hari, nasi kukus, sambal udang petai, sup daging, telur dadar daun merunggai, dan ayam goreng lada hitam.


Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?