4.1.21

Kepentingan Penulisan Terapi

Saya memulakan tahun baru ini dengan menghadirkan diri dalam sesi Coaching Penulisan Terapi oleh Puan Suzanariah Suliman (Kak Su).

Sesi ini dijalankan secara percuma melalui aplikasi Zoom.

Alhamdulillah selesai sesi permulaan pada 2 Januari 2021. 

Kenapa perlu buat penulisan terapi?

Kita ni, sebenarnya sedar atau tak, menghadap turun naik emosi setiap hari. Kalau emosi positif lebih banyak, syukur. Yang kita bimbang apabila emosi negatif tu berlebihan atau terbawa-bawa membuatkan tugasan seharian terganggu. 

Kualiti hidup pun boleh terjejas.

Kita perlu syukur juga dengan emosi sedih, marah, takut di samping emosi positif. Syukur Allah hadirkan emosi-emosi negatif untuk kita berusaha membaiki diri.

Allah hadirkan sesuatu dalam hidup kita mesti ada sebabnya.

Ubah emosi negatif tadi supaya kita jadi lebih tenang dan berlapang dada.

Kak Su berkongsi 9 langkah menulis jurnal terapi, yang 3 langkah awal adalah penting untuk menentukan langkah seterusnya.

Yang penting, perlu mencari input untuk masalah yang kita hadapi (sumber buku, kuliah dan sebagainya) dan catat info yang perlu.

Lebih penting, proses input tadi dan rancang tindakan yang selari supaya kita dapat membaiki emosi negatif dan meningkatkan emosi positif.

Akhir sekali, output yang kita mahu capai adalah rasa reda dan menerima takdir yang telah Allah tentukan dalam hidup kita, setelah kita berusaha.

Kenal pasti pernyataan masalah.
Fahami emosi yang dialami.
Berlapang dada dan reda.
Rancang tindakan.



No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?