2.12.21

Editor Zaman Teknologi

Jika dulu, bertimbun lembaran pruf di atas meja, di bawah meja. Bayangkan kalau buku tebal, dicetak pula sebelah halaman sahaja, berapa banyak kertas yang digunakan. 

Kini, semuanya boleh dilakukan tanpa pruf dicetak, hanya menggunakan pdf.

Saya yang sudah terbiasa dengan penyuntingan manual, terpaksa beradaptasi dengan teknologi yang lebih mesra alam sekitar serta menjimatkan banyak masa, tenaga dan wang.

Kini, lembaran pruf hanya disemak melalui pdf dan disunting terus pada skrin tablet. Fail pruf yang bersaiz besar tak mampu dihantar melalui e-mel, maka perkongsian fail melalui cloud sangat memudahkan.

Terkial-kial juga pada mulanya, kekok menggunakan stylus, yang menggantikan pen merah. Nampak sama tapi lain, menulis di kertas tak sama seperti menulis di skrin. 

Namun syukur dapat juga belajar teknik baru. Cabaran baru yang perlu diharungi mengikut perkembangan teknologi.

Tak ikut, tak dapat beradaptasi, ketinggalanlah jawabnya. 

Mudah-mudahan pengalaman ini menjadi titik perubahan untuk menjadi editor/penulis yang lebih efisien.


No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?