16.5.20

Menjadi Penulis yang Berfikir dan Bekerja Cara Editor

Teks: Hifzaila Hafni
Poster: Virtual Summit Sekolah Penulisan Ramadan 2020

(1)

Jarang dapat dengar perkongsian daripada editor.

Pagi ini, alhamdulillah diberi kesempatan mendengar kuliah dari mula hingga akhir, sambil basuh baju dan suap anak kecil makan.

Ambil nota? Nanti bila ulang dengar.

Kuliah Kluster Penerbitan bertajuk Berfikir dan Bekerja Seperti Seorang Editor.


Dibentangkan oleh Puan Mazniza Mohd Nor.

Kenapa penulis perlu cakna tugas editor?

Apa sebab manuskrip yang dihantar ke rumah penerbitan tidak boleh diterbitkan segera?

Apakah ciri-ciri manuskrip yang mesra editor/rumah penerbitan?

Sebagai editor yang menulis, saya juga banyak belajar ilmu baharu hari ini. Alhamdulillah.

(2)

Dalam kuliah Puan Mazniza tadi, ada disebutkan penyuntingan mengikut 'in-house style'.

Ya, setiap rumah penerbitan ada manual penyuntingan mereka sendiri. Maka penulis atau editor bebas yang bekerja dengan mereka perlu hormat dan patuhi.

Mungkin ada sesetengah penulis tidak atau kurang setuju dengan sesetengah style yang digunakan, namun harus akur kerana itu merupakan standard sesebuah rumah penerbitan untuk semua buku terbitannya.

Saya tak adalah 'in-house style' sebab tak terikat dengan mana-mana penerbit, jadi saya ikut Gaya Dewan dan rujuk PRPM. 

Ya, kadang-kadang mungkin ada ejaan atau perkataan yang kelihatan pelik, tapi betul dan tepat penggunaannya. Cuma kita kena biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Sekolah Penulisan Ramadan

#vsspr2020 #notaeditor

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak tanya?