15.6.20

Ulasan Buku: Sebenarnya... oleh Charles Mohan, Syarafudin Sulaiman

Suka baca cerita pasal wartawan sebab mereka ada banyak story di sebalik apa yang dilaporkan.


Penulis buku Sebenarnya... ini, Charles Mohan merupakan wartawan NTV7. Saluran tv ini boleh dikatakan antara kegemaran saya suatu ketika dulu. Banyak program yang segar dan lain daripada stesen tv lain waktu itu. Jadi NTV7 memang unik dan 'out of box' sampailah suatu masa ada media yang ambil alih dan hala tuju pun dah berubah.

Charles banyak kongsi tentang pemimpin negara yang dia sempat cover semasa pilihan raya dan kes tertentu. Paling menarik pasal kekaguman dia pada Tuan Guru Nik Aziz. Bab pertama lagi. Banyak halaman pula tu. Dia menceritakan sisi TGNA yang 'mungkin' orang tak tahu tapi itulah pemerhatian dia sepanjang dia ikuti perkembangan TG.

Ada juga cerita dan pendapat peribadinya tentang PM dan TPM terdahulu, kes-kes berprofil tinggi yang dia kendalikan, cabaran menjadi wartawan jenayah dan politik. Juga isu-isu kemanusiaan yang kadangkala kita terlepas pandang.

Buku 13/52

#zailareads #malaysiamembaca #goodreadsmalaysia #readingchallenge2020
#cabaranmembaca2020

16.5.20

Pencipta dan Penulis Lirik Lagu 'Kami Guru Malaysia' - Cikgu Hashim Ahmad

Teks: Hifzaila Hafni
Kredit foto: Facebook Music Addicts Malaysia

Setiap kali tiba Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun, mesti terngiang-ngiang lagu tema ini di telinga.

Suka dengan melodi dan liriknya. Kalau dulu masa sambutan Hari Guru di sekolah, mesti sing along dengan cikgu-cikgu.

Terdetik nak tahu siapa pencipta dan penulis lirik lagu yang legend ni. Terjumpa maklumat di Facebook page: Music Addicts Malaysia.

Melalui post MAMY TRIVIA:

Pencipta dan penulis lirik lagu Kami Guru Malaysia ialah Saudara Hashim Ahmad.

Beliau merupakan bekas guru di Kedah dan lagu itu dipertandingkan dalam Pertandingan Menulis Lagu & Lirik Guru Malaysia tahun 1988.


Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad..
Sek. Keb. Langkasuka, Yan, Kedah.
Al-Fatihah.


Lirik lagu 'Kami Guru Malaysia'

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Adaptasi & Kredit: Mahadzir Mad Said & Fali Azman (diterbitkan di Facebook Music Addicts Malaysia, 16 Mei 2020)

#ChivasAlexandria

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. 

Selamat Hari Guru untuk semua pendidik!

#hariguru2020 

Menjadi Penulis yang Berfikir dan Bekerja Cara Editor

Teks: Hifzaila Hafni
Poster: Virtual Summit Sekolah Penulisan Ramadan 2020

(1)

Jarang dapat dengar perkongsian daripada editor.

Pagi ini, alhamdulillah diberi kesempatan mendengar kuliah dari mula hingga akhir, sambil basuh baju dan suap anak kecil makan.

Ambil nota? Nanti bila ulang dengar.

Kuliah Kluster Penerbitan bertajuk Berfikir dan Bekerja Seperti Seorang Editor.


Dibentangkan oleh Puan Mazniza Mohd Nor.

Kenapa penulis perlu cakna tugas editor?

Apa sebab manuskrip yang dihantar ke rumah penerbitan tidak boleh diterbitkan segera?

Apakah ciri-ciri manuskrip yang mesra editor/rumah penerbitan?

Sebagai editor yang menulis, saya juga banyak belajar ilmu baharu hari ini. Alhamdulillah.

(2)

Dalam kuliah Puan Mazniza tadi, ada disebutkan penyuntingan mengikut 'in-house style'.

Ya, setiap rumah penerbitan ada manual penyuntingan mereka sendiri. Maka penulis atau editor bebas yang bekerja dengan mereka perlu hormat dan patuhi.

Mungkin ada sesetengah penulis tidak atau kurang setuju dengan sesetengah style yang digunakan, namun harus akur kerana itu merupakan standard sesebuah rumah penerbitan untuk semua buku terbitannya.

Saya tak adalah 'in-house style' sebab tak terikat dengan mana-mana penerbit, jadi saya ikut Gaya Dewan dan rujuk PRPM. 

Ya, kadang-kadang mungkin ada ejaan atau perkataan yang kelihatan pelik, tapi betul dan tepat penggunaannya. Cuma kita kena biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.

Sekolah Penulisan Ramadan

#vsspr2020 #notaeditor

15.5.20

Beza KARENAH dengan KERENAH

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: DBP

Dengan satu huruf sahaja mampu mengubah maksud sesuatu perkataan.

Mari kita cakna penggunaan perkataan yang betul, supaya dapat digunakan dalam ayat dengan tepat.

Karenah lawan kerenah.

Nak highlight-kan sikit penggunaan karenah/kerenah yang kita biasa guna:

KERENAH BIROKRASI - BETUL
KARENAH BIROKRASI - SALAH

Info tambahan (sumber PRPM):
Definisi kerenah: /kerénah/ ragam; tingkah; kemahuan: Dia naik darah melihat ~ adiknya itu. ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).


Biasakan yang betul, betulkan yang biasa!

===================================

Memerlukan seseorang untuk menyemak artikel atau manuskrip anda?

Boleh hubungi HIF EDITORIAL SERVICES untuk perundingan.

Layari www.serviseditorial.wordpress.com 

E-mel ke hifeditorialservices@outlook.com untuk dapatkan quotation.



4.5.20

Cakna Istilah Semasa: Face Mask, Half-face Mask, Hazmat Suit



Saya kira bidang kesihatan awam merupakan bidang yang paling banyak diperkatakan sekarang ini. Mari kita semak terjemahan yang betul bagi perkataan berikut:


Face Mask = Pelitup Muka

Half-face Mask = Pelitup Separuh Muka

Hazmat Suit = Sut Hazmat



Gunakan istilah yang betul!

================================================

Sebarang pertanyaan tentang servis editorial, boleh e-melkan ke:
hifeditorialservices@outlook.com





Ulasan Buku: A Community Doctor in Miri (A Memoir of A Public Health Doctor)

Teks & Foto: Hifzaila Hafni



Dihantar bertugas di kawasan pedalaman, cabaran yang besar bagi seorang doktor muda.
Berhadapan dengan jenis kemalangan dan penyakit yang berbeza daripada hospital bandar.
Perkongsian pengalaman, cabaran dan isu bukan sahaja berkaitan kesihatan tetapi juga pengurusan perkhidmatan kesihatan.
Bacaan yang sesuai untuk doktor pelatih dan mereka yang berminat dengan kerjaya ini. Catatan oleh seorang pegawai perubatan kanan, penulis merupakan Penolong Pengarah Kesihatan Awam Negeri sebelum bersara.
Dalam buku ini, diterangkan juga perkembangan dan pembangunan perkhidmatan kesihatan di negeri Sarawak sejak tahun 80-an.
Bab tengah saya banyak langkau sebab terlalu detail bab pengurusan.
Bab hujung enjoy sikit baca sebab penulis berkongsi pengalaman sewaktu berdepan pandemik cholera, malaria, H1N1 dan Chikugunya.
Tajuk: A Community Doctor in Miri: 1983-2014 (A Memoir of a Public Health Doctor)
Penulis: Faizul Mansoor
Penerbit: The Inspiration Hub Publishing