Posts

Showing posts from March, 2017

Ulasan Kelas Blog Latih Tubi 44 Entri 20 Hari

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Akademi Bekerja Di Rumah

Bismillah.

Alhamdulillah akhirnya berjaya selesai latih tubi menulis 44 entri dalam 20 hari (sebenarnya terlebih 2 hari). Ini sebenarnya ulang kaji menulis bagi pelajar lama ABDR yang mahu aktif semula berblog.

Dalam kelas blog penulisan yang dibimbing oleh Puan Masayu Ahmad ini, setiap pelajar berdaftar diwajibkan menjawab 8 soalan analisa dahulu. Jawapan-jawapan inilah yang akan menentukan arah tuju, fokus serta tema blog.

Pelajar lama yang mahu blog tampil lebih segar dengan konten berkualiti, menaikkan trafik dan mahu buat penjenamaan semula boleh request untuk sertai kelas bersama dengan pelajar baru. Masing-masing dapat belajar dan berkenalan antara satu sama lain.

Berada dalam kelas blog penulisan ini, untungnya dapat mengenali mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang kerjaya dan pengalaman. Segala ilmu dan pengalaman dikongsi melalui penulisan yang memberi manfaat. Dalam kumpulan kelas bulan Mac ini, ada pakar ayat…

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Epic Marketing
Beberapa minggu sudah, ada seorang bertanya di Whatsapp tentang promo 3 ebook padaRM50 tu. Tanya punya tanya, nak hampir close sale dah --
Tak jadi. 
Sebab dia ingat buku fizikal.
Oh tak apalah. Lain kali katanya.
Saya pun ok sahaja. Memang biasa terima respon begini. Terkadang orang tak perasan yang saya jual tu ebook, bukan buku fizikal. 
Jadi perbualan kami pun berhenti setakat tu sahajalah. Tak apa, bukan rezeki saya nampaknya.
Tup tup, 2 hari lepas. Dia mesej saya semula bertanya kalau promo tu masih ada. 
Ya, masih. Dan dia terus nak bank in.
Allahuakbar. Pagi-pagi pula terima mesej begitu, berbunga hati saya.
Alhamdulillah direzekikan juga. Memang betul rezeki tak pernah salah alamat.


Mudah-mudahan dapat beroleh motivasi dan inspirasi daripada ebook yang dibeli. Mahu berhenti kerja satu hari nanti katanya.



Perpustakaan Mini

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: AMP TaskicanDua hari lepas, encik Poslaju hantarkan barang. Buku yang saya pre order dah siap cetak. Buku parenting yang terlajak laris sangat tu - How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi BM.Suami yang tolong ambilkan bungkusan sebab saya tengah tidurkan tuan puteri dalam bilik. "Apa ni?" suami tanya."Buku" jawab saya."Hmmm. Buku lagi? Lepas ni ummi boleh buka library la untuk jiran-jiran" "Haha. Boleh jugak"Suami memang faham sangat passion saya pada buku. Isteri dia ni, tak perlu nak tayang beg tangan, baju, tudung, kasut; tak terliur sangat. Tapi jangan kalau buku. Selalu dia tak tahu pun celah mana saya dapat info buku sekian-sekian ni. Tup tup ada je sampai kat rumah. Saya rasa seronok tengok banyak buku di rumah. Buku-buku tersusun. Macam-macam warna, macam-macam tajuk. Mujur suami pandai susun atur. Dia pun sebenarnya kaki beli buku juga. Tapi selalunya saya yang habiskan baca buku y…

Buku yang Sesuai untuk Anak Kecil

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: GoogleNak pilih buku yang sesuai untuk anak, rambang mata juga mak-mak ni. Maklumlah, banyak betul pilihan. Bukan setakat anak, mak pun suka!Buku yang bagaimana sebenarnya yang sesuai untuk anak umur 2 ke 5 tahun ye? Ini pengalaman saya.1. Untuk anak di bawah umur 2 tahun, boleh kenalkan dengan buku kain, buku yang warna-warni, ada ilustrasi besar-besar. Baru dia minat. Busy book pun ok nak kenalkan pada umur ni. Tapi saya tak sempat buat busy book ni untuk anak. Kalau ada yang nak beli, ada je orang yang buatkan dan jual.2. Anak yang berumur 2 tahun ke atas, boleh mula kenalkan dengan buku cerita. Ibu bapa boleh bacakan kat anak. Tapi tetap juga buku perlu warna-warni, ilustrasi yang menarik. Selalu yang mudah nak tarik perhatian anak, buku kisah haiwan. Sebab menarik. Boleh buat bunyi, boleh anak kenal jenis haiwan. Saya ada satu buku, haiwan dan anak. Siap boleh tekan butang, nanti keluar bunyi anak haiwan tu. Seronok!3. Anak yang dah umur 3 ke 4 tahun, b…

Buku Parenting Laku Keras Siap Cetak

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto: BookcafeSeronok rasa bila tengok gambar buku-buku 'How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk' yang sudah siap dicetak.Ini adalah cetakan kedua, setelah cetakan pertama laku keras sampai saya pun tak sempat order untuk diri sendiri.Bukunya agak tebal, lebih setengah kilogram. Banyak ilmu kat dalam ni. Tak sabar juga nak baca.Semoga buku ni tiba dengan selamat pada saya dan mereka yang telah memesan secara pre order tempoh hari.

Entri 44: Membaca untuk Menulis

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Berita Harian
Ya, untuk menulis perlu banyak membaca. Bahkan perlu banyak sangat membaca. Tak kiralah buku apa, yang penting baca.
Sebab apa?
Melalui pembacaanlah, penulis dapat idea. Idea baru, idea yang nak dikembangkan, idea yang nak dibincang atau dibandingkan. 
Selalu kita dengar penulis jadi 'lost' atau kosong, boleh berehat sekejap sebelum menulis semula. Tambahkan bahan bacaan.
Saya masih ingat, sewaktu belajar dulu, semasa di tahun akhir kami dikehendaki menyiapkan laporan projek akhir. Ada masanya tak boleh nak sambung menulis, tak tahu apa yang nak ditulis.
Nasihat pensyarah mudah sahaja: cari jurnal dan baca. Baca sebanyak mana jurnal yang berkaitan dengan topik laporan masing-masing. Dari situ pasti ada banyak idea yang datang.
Jadi, mahu menulis - membacalah!

Entri 43: Melayu Malas Berusaha?

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniSalah satu buku 'ilmiah' dan buku yang memaksa saya berfikir adalah buku Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, oleh Za'ba. Saya terjebak menjadi salah seorang pemilik buku ni sebab satu, ada seorang kawan saya tanya kalau saya ada jual buku ni. Malangnya tiada pada waktu itu. Tapi siapa tahu selepas itu, saya terbaca di dinding Facebook Tuan Mohd Ariffuddin tentang buku ini.Dia berkongsi tentang pentingnya setiap orang Melayu baca buku ini. Saya jadi teruja lah juga nak baca. Selepas saya order untuk kawan saya, saya pos status di Facebook, rupanya ada kawan saya yang lain mencari juga. Seterusnya semakin bertambah bilangan orang yang mencari dan membeli. Alhamdulillah murah juga rezeki saya waktu itu dek buku 'mahal' ini.Saya juga beli senaskhah untuk rujukan sendiri, ternyata berbaloi.Ini salah satu halaman dalam buku PBPDS, tentang usaha. Betapa orang Melayu ini malas berusaha. Pedas kan? Tapi tak mahu mengaku pun, ia benar juga. …

Entri 42: Buat Diriku yang Mudah Lupa

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniSetelah membaca buku Ustaz Ebit Lew, Saya Cuma Posmen, saya terpanggil untuk praktikkan amalan taalim di rumah seperti yang disarankan oleh Ustaz.Jadi bermulalah saya mencari bahan bacaan yang sesuai untuk diri sendiri dan anak-anak. Ustaz beri cadangan menggunakan Munkhatab Ahadith, tapi buat permulaan ini, saya cuba baca terjemahan dan tafsir AlQuran dahulu.Lepas tu baru teringat, suami ada beli satu buku hadis yang ada ilustrasi komik. Tajuk bukunya, 101 REKREASI HATI, oleh Dr Zahazan Mohamed & Nik Wafdi Nik Jaafar (Ilustrator).Kandungan buku ini berasal daripada buku 300 Hadis Bimbingan oleh Dr Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam, tetapi diberi pendekatan baru yang menarik dengan setiap hadis disertakan komik untuk lebih faham. Jadi, setakat ini, saya baca buku ini dahulu sebelum beralih kepada buku-buku hadis yang lain, yang lebih detail.Untuk anak-anak, saya gunakan buku Al Quran Pertamaku - Juzuk Amma. Buku Rekreasi Hati tu, say…

Entri 41: Masak Guna Kalendar

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniBila terpandang kalendar resipi ni, mesti teringat betapa terujanya saya cuba beberapa resipi dari kalendar ni. Maklumlah, lain dari yang lain kan. Kalau selalu tengok resipi di internet, majalah atau buku. Ini kalendar!Saya memang terpikat habis masa seorang bekas editor majalah masakan berkongsi tentang kalendar resipi ni. Waktu itu, harga pengenalan RM30 termasuk pos. Saya pesan terus sebab berkenan sangat.Dan hasilnya, ya -- resipinya tak mengecewakan. Mudah dan ringkas sahaja. Antara yang saya pernah cuba:- daging masak merah mamak
- udang masak tempoyakMemang sedap!Jadinya di Facebook awal tahun ini, saya berkongsi memori testimonial kalendar resipi ni. Ada pula kawan yang berminat nak dapatkan.Namun malang sekali, kalendar ini sudah tiada (tidak diulang cetak). Kiranya untunglah sesiapa yang beli dulu.Begitulah namanya rezeki. Insya Allah bila berkelapangan, saya akan kongsikan resipi-resipi daripada kalendar ini ya.

Entri 40: Diagnosis 3 Mortuari

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniSaya minat cerita-cerita doktor. Cerita kerja doktor, hospital, penyakit. Tengok buku ni, teringat tahun lepas. Sewaktu melintas gambar buku Diagnosis 3: Mortuari terbitan Dubook ni di Facebook, waktu tu buku ni baru lagi siap cetak. Saya memang terdetik nak beli. Tapi iyalah, peniaga online kecil-kecilan macam saya ni, kenalah tunggu tabung penuh dulu baru boleh beli. Tapi nak dijadikan rezeki, suami nampak gambar buku ni semasa 'tumpang' Facebook saya. Dia pula yang minat dan suruh saya order. Hihi. Memang pucuk dicita, ulam sayur buah semua mendatang lah!Saya order terus daripada salah seorang penulisnya iaitu Dr Noor Hayati Yasmin. Siap bertanda tangan lagi. Seronok!Buku Diagnosis 3 ini adalah kompilasi cerita 3 doktor yang tak lepas daripada berhadapan dengan kematian. Setiap kematian itu ada ceritanya tersendiri, yang mana kita yang hidup ini dapat ambil iktibar dan jadikan pengajaran. Buku yang ditulis oleh Dr Fahd Razy, Dr Noor Hayati Yas…

Entri 39: Sedekah, Tak Kaya Pun Boleh!

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniBerkata Za'ba tentang Sedekah, dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri;"Di sini eloklah juga diambil ingatan bahawa yang dikatakan 'sedekah' itu bukanlah sahaja sedekah memberi-beri wang dan barang kepada orang susah seperti yang perkataan itu bermakna dalam Bahasa Melayu.Misal perbuatan bukanlah mesti yang besar-besar sahaja, samalah perkara-perkara yang kecil pun:- membuang duri atau paku atau najis dari tengah jalan; dan
- seperti menunjukkan muka manis atau senyum kepada orang kecil, orang miskin dan orang yang ketakutan; juga
- seperti mengucapkan sepatah dua kata yang lembut dan bertimbang rasa kepada orang sakit, orang kematian, kehilangan atau kemalangan. Demikian pula menolong binatang yang kesusahan.Semuanya daripada jenis sedekah belaka, dari yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya."----Betapa luas makna sedekah. Jika kita selalu fikir sedekah terhad kepada wang ringgit sahaja, rugi kita ka…

Entri 38: Buku Bahasa Aras Tinggi

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniBuku Peribadi ini sepatutnya saya sudah habis baca, namun terhenti pula pada halaman ke 7. Aduh, sukar juga nak hadam bahasa tinggi ni. Karya Hamka, bukan calang-calang.Alkisahnya, koleksi buku Hamka yang ada di perpustakaan rumah kami, suami yang beli. Tertarik dengan petikan buku Falsafah Hidup yang didengar di radio Ikim, suami terus minta saya carikan buku tersebut. Seterusnya, bila membelek katalog, satu set buku Hamka diborongnya!Ada 7 buah kesemuanya.Falsafah Hidup. Lembaga Hikmat. Lembaga Hidup. Tasawuf Moden. Peribadi. Falsafah Hidup. Lembaga Budi.Saya mahu mulakan dengan buku Peribadi, kerana tertarik dengan tajuknya. Di awal buku pun sudah bermacam input masuk ke kepala. Cuma nak hadam dan khatam itu yang mengambil masa.Bila membaca buku ini, teringat masa saya baca buku Za'ba, Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. Laras bahasa yang tinggi tapi penuh makna dan mendalam maksudnya. Setakat ini, memang dua buku inilah yang mengambil masa yan…

Entri 37: Idea Bisnes Di Rumah

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: ABDRJika diberi pilihan, kebanyakan orang mahu bekerja dari rumah pada zaman sekarang. Sama ada secara sepenuh atau separuh masa untuk menjana pendapatan lebih.Kaum bapa mungkin mahu bekerja sendiri tanpa terikat dengan mana-mana syarikat, kaum ibu pula mahu sangat bekerja di rumah dan menjaga anak sendiri. Cuma masalahnya, kebanyakan kita memang minat nak berbisnes tapi tak tahu bidang apa yang sesuai, bagaimana nak mula. Sebab itulah, perlunya kita analisa dan kaji dahulu, kekuatan yang kita ada sebelum buat keputusan berhenti kerja (bagi yang sedang bekerja sepenuh masa).Kalau suka memasak...Boleh cuba menjual sarapan pagi, penghantaran makanan tengah hari dan makan malam, jamuan majlis hari jadi atau keraian, katering kecil-kecilan.Kalau suka buat kek dan roti...Boleh cuba cipta resipi kek yang sedap dan dihias dengan kreatif. Boleh mula dengan promosi di majlis kahwin atau kawan-kawan. Roti atau kek boleh juga dibungkus dan diletakkan di kedai-kedai, ka…

Entri 36: Screaming-Free Parenting?

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniDulunya, saya in denial untuk beli buku Screaming-Free Parenting ni. Sebab saya dok fikir, saya boleh dan pasti mampu kawal suara atau bahasa mudahnya tak menjerit kat anak. Mesti saya TAK PERLU buku ni. Saya takkan beli kot.Tapi, siapa tahu, kesudahannya saya beli juga. Dan rupanya suami pun beli sebuah dalam masa yang sama. Saya beli online, suami beli kat kedai buku.Jadi, nampak tak akhirnya kami sama-sama PERLU buku ni sebenarnya đŸ˜†Memang tak dapat dinafikan, bila bilangan anak bertambah, anak makin besar, banyak akal, ada pendapat dan keinginan dia sendiri, mak ayah ada ketika memang suara jadi high pitch juga.Grrrrrr.Jadi lepas saya dapat buku ni, saya mula selak-selak dan baca. Buku ni nipis je dalam 114 halaman. Harga pun saya kategorikan sebagai mampu milik, RM13 saja. Tapi mahal untuk ilmu macam ni.Dalam buku ni ada 4 bab. Tapi saya tertarik pada Bab 3, Mencari Tenaga dan Emosi Positif. Bab ni senaraikan 11 latihan yang boleh parents buat untuk…

Entri 35: Belajar Ilmu Keibubapaan Melalui Buku Bestseller Antarabangsa

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: BookcafeMendidik anak memang tanggung jawab yang besar, sesungguhnya. Di kala saya fikir saya mampu laluinya dengan sabar dan tabah, rupanya ia tidaklah seindah yang saya bayangkan.Growing up kids are so challenging to handle!Tapi begitulah, anak amanah yang besar, anak itu ujian. Nak didik anak soleh, tuntutannya besar sesuailah dengan doa mereka nanti mahal buat bekal untuk mak ayah yang dah tiada kelak.Disebabkan itu, saya mula banyak membaca tentang ilmu keibubapaan. Selain baca artikel di internet, ada juga beli buku-buku keibubapaan atau panduan mendidik anak. Antara buku yang berada dalam wish list saya adalah buku Tarbiyatul Aulad (Jilid 1 dan 2) karya Prof Abdullah Nasih Ulwan. Insya Allah, akan masuk ke perpustakaan rumah nanti. Cuma yang terbaru, saya pre order buku 'How To Talk so Kids Will Listen & Listen so Kids Will Talk' Edisi Bahasa Melayu. Dek buku ini yang amat laku keras, saya mahu juga buat koleksi. Cetakan pertama hampir 3 k…

Entri 34: Segalanya Sambal!

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniCili siap kisar memang sentiasa ada di rumah saya. Kalau tak ada, guna juga cili giling tapi rasanya tak sama. Suami tak berapa suka. Jadi jarang amatlah ada cili giling atau cili boh di rumah.Yang paling memikat selera, cili kering siap kisar sendiri. Cili kering dipotong serong dan dibuang biji, direbus hingga lembut. Kemudian ditoskan dan dikisar bersama bawang besar dan bawang putih. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Nak buat sambal tumis jadi mudah, boleh saja bila-bila masa.Kadangkala masa mengisar, saya ada masukkan minyak masak untuk mudahkan proses mengisar dan cili tadi tahan lebih lama. Lagi satu sebab cili kisar sentiasa ada di rumah adalah sebab penghuni rumah ni peminat sambal belaka. Baik suami dan anak-anak. Saya pun sama cuma saya kurangkan sementara waktu kerana menyusu anak.Kalau boleh, hari-hari nak sambal tumis. Hehe.

Entri 33: Belajar Secara Online

Teks: Hifzaila HafniZaman sekarang ni, nak buat kelas tak semestinya face to face dengan cikgu, tak semestinya kena hadir pada hari tertentu. Zaman sekarang ni, boleh saja kelas atau coaching dibuat secara online.Sekitar 2014, walaupun kedengaran agak asing, saya cuba saja daftar kelas online. Sebab?Saya tak ada kesempatan ke kelas offline. Masa tu saya bekerja. Sabtu pun kadangkala overtime. Ahad saja tinggal untuk keluarga. Kelas online waktunya fleksibel. Tidak terikat janji tugasan siap. Tapi cabaran juga nak siap sebab cikgu tak ada depan kita kan. Apapun syukur siap juga akhirnya.Sejak tu, dah biasa dah dengan kelas online, coaching dan diskusi secara online. Mudah sangat untuk saya sebab saya tak perlu ke mana-mana. Walaupun perasaannya tak sama seperti kelas offline tetapi sekurang-kurangnya ada juga peluang hadir kelas dan tambah ilmu. Tak faham, mesej guru online dan tanya. Kalau silap, buat sampai betul.Kelas online saya yang pertama?Kelas asas blog dan fanpage melalui Akad…

Entri 32: Travelog, Kembara dengan Buku

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: BookcafeJujurnya saya tak minat sangat buku travelog. Disebabkan tu, saya juga kurang promosi buku-buku travelog padahal banyak je buku travelog, backpacker yang terbit. Sehinggalah ada suatu hari tu, kawan tanya saya ada jual tak buku KEMBARA AFGHANISTAN oleh Siti Noridah Abdul Rahman. Saya check katalog, ada. Banyak. Dan dari situlah, saya tahu buku travelog banyak yang best. Iyalah, kita nak pergi ke sesebuah negara ni ada kalanya tak berpeluang, atau tak berkemampuan. Atau mungkin juga tak berani. Jadi dengan baca buku-buku travelog ni boleh juga dapat tahu tentang sesebuah negara yang asing bagi kita. Bermula dengan buku Kembara Afghanistan itulah, saya tahu buku-buku travelog lain antaranya Namaste India, Kompilasi Travelog 7 Benua dan siri buku I'm A Backpacker. Kemudian tak tahan baca review buku-buku Dr Jamilah Jaafar (Dr Hayya Bilal), saya akhirnya beli buku travelog beliau - Laki Aku Negro dan Afrika Aku Mai Lagi. Disusuli buku Moving Out oleh…

Entri 31: Hujan Rahmat

Image
Teks: Hifzaila HafniSepagi yang panas, petangnya hujan lebat membawa rahmat. Alhamdulillah sejuk dan nyaman.Berkira-kira mahu keluar ke pasar malam petang ini, niatnya mahu mencari barang dapur basah yang segar tapi nampak gaya tak jadi dek hujan. Dengan anak kecil, tak sesuai nak meredah hujan ni melainkan kecemasan. Lagipun, boleh ditangguh ke esok sahaja.Selalu bila hujan petang begini, saya selalu terfikir apakah nasib orang yang berniaga pasar malam atau tepi jalan. Stok makanan untuk dijual mesti dan siap awal lagi tapi kalau hujan menderu-deru begini pasti tak banyak sikit, pelanggan berkurang. Atau boleh jadi sebaliknya, barang jualan tetap juga habis. Misalannya, pelanggan datang selepas hujan reda atau berhenti. Kita takkan tahu kan.Tapi begitulah adat berniaga pasar malam. Ada hari cuaca baik, ada hari kurang baik. Terpaksalah hadapi.Kadang-kadang saya perhatikan, ada yang bawa sekali anak-anak ke tempat niaga. Pandai pula anak bawa diri. Buat kerja sekolah atau bantu yang …

Entri 30: Raising Readers

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniAwal tahun ini, saya berniat mahu lebih giat bacakan anak buku. Jika sebelum ini, sekadar memperkenalkan buku, kini mahu anak lebih libatkan diri dalam proses 'read aloud' dan membaca.Keliru juga mahu gunakan buku apa, sebab terlalu banyak pilihan. Nak pula saya jual buku, rambang mata dibuatnya!Tapi sebagai permulaan, saya belikan buku-buku cerita yang nipis saja tetapi dengan ilustrasi yang menarik dan cantik. Ada 2 buah buku yang saya beli, yang mana ilustrasinya oleh Emila Yusof, pelukis yang saya kagumi. Anak-anak suka juga, tapi biasalah lama-lama dah jemu, kena tukar buku lain pula.Ada juga saya gunakan buku cerita dan aktiviti terbitan Ana Muslim. Buku ni memang anak suka sangat, sampai saya pula yang jemu nak baca banyak kali. Hehe.Kini saya dalam proses menambah lagi buku untuknya. Kali ni mahu tambah buku agama pula. Buku hadis, cerita daripada AlQuran dan kisah rasul. Alhamdulillah banyak pilihan juga dan harap-harap anak suka dan say…

Entri 29: Ummi Ni Garanglah!

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto: GoogleAnak makin membesar, makin bijak. Makin pandai komen, makin pandai berhujah.Mahu tak mahu, saya terpaksa terima hakikat cara melayan dan mendidik juga perlu diubah seiring usianya.Tadi, serabut mata dan kepala tengok mainan bersepah di ruang tamu. Biasalah kan pemandangan begini. Bezanya tadi, dengan keserabutan tu, anak-anak pula tak menyempat, sibuk minta dipasang Upin Ipin di Youtube. Adik baby pula dah mula berbunyi-bunyi panggil ummi. Aduh..Bila disuruh kutip semua mainan masuk bakul, buat lembik lutut. Tak larat, penat. Padahal baru lepas makan dan mandi. Saya nak suruh lagi, memang tak jalan ni nampak gayanya. Tiba-tiba teringat satu cara yang saya pernah terbaca (tak ingat di mana), bila nak minta anak buatkan sesuatu, perhatikan ayat kita, cara kita bercakap padanya. Contohnya macam tadi, kalau biasa saya kata,"Kemas mainan ni cepat, kalau tak kemas, tak boleh tengok Upin Ipin" Tukarkan (rephrase) kepada,"Lepas habis kemas semua…

Entri 28: Jumaat Berkat

Teks: Hifzaila HafniAlhamdulillah. Alhamdulillah.Masih bertemu Jumaat yang mulia, hari yang penuh barokah.Suami sudah bergerak tempat kerja, anak-anak masih lagi dibuai mimpi. Ummi macam biasa terus saja dengan rutin suri rumah dan penulis bebas seawal pagi.Selesai Subuh dan 10 ayat Al Kahfi, sekejap lagi mahu sarapan. Ibu menyusu memang menggigil lapar di waktu pagi. Dan perlu bersarapan seawal boleh untuk pastikan bekalan susu cukup untuk pagi ini.Salam Jumaat. Semoga hari ini Allah mudahkan dan lancarkan urusan kita semua :-)

Entri 27: Inspirasi Prof Faridah Awang, Profesor Melayu di US

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Facebook Prof Faridah Awang (Ida Awang)Teks asal di Facebook saya, yang saya post pada 26 Disember 2016. Post ini telah di-share sebanyak 52 kali, jumlah yang besar untuk saya.Walaupun jumlah like, comment dan share tidaklah tinggi mana, tetapi saya sangat seronok dan puas hati dapat menulis tentang anak Melayu yang menjadi profesor penuh di Amerika Syarikat ini.Bertambah manis kerana Prof sendiri like dan sudi komen di post tersebut.Semoga ia bermanfaat dan memberi inspirasi kepada ramai lagi di luar sana.---Perkongsian di Ikimfm, slot Inspirasiku oleh Prof Dr Faridah Awang, Profesor dan Koordinator Program Komunikasi Korporat dan Teknologi, Eastern Kentucky University, Amerika Syarikat.1. Praktis 'active learning'Study siap-siap sebelum masuk kelas. Semasa dalam kelas, hanya dengar dan fikirkan apakah bentuk soalan yang mungkin pensyarah akan tanya dalam exam berkenaan bab yang dipelajari. Adakah soalan yang berbentuk pengetahuan, aplikasi atau teo…

Entri 26: Saya Cuma Posmen

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniAkhirnya habis juga saya baca buku Saya Cuma Posmen, himpunan status Facebook Ustaz Ebit Lew. Lama jugak ambik masa baca ni sebab tebal bukunya, 414 muka surat.Lepas tu nak baca sambil baring pun payah sebab berat. Tapi tak apa, berbaloi, puas hati setelah selesai membaca. Banyak sangat input berguna dan menyentuh hati.Kebanyakan kita mungkin dah biasa dengar suara Ustaz Ebit di radio, kan. Jadi bila baca buku ni, feeling dia sama atau hampir lah, sebagaimana kita dok dengar dia dalam radio tu. Cara dia bercakap, gaya dia menyampaikan.Sila bayangkan.Kalau kita rasa lost, stres, rasa nak meletup, nak marah orang tapi tak termarah...Boleh la selak-selak buku ni untuk kembali waras. Banyak panduan dan tip yang Ustaz berikan. Tapi yang saya paling suka, Ustaz Ebit punya doa. Bukan yang diambil daripada mana-mana surah, yang tu kita boleh refer kat buku lain. Ni doa yang kita sebut dalam setiap keadaan. Kalau pernah baca buku Bertanya Allah Dahulu, haaa macam…

Entri 25: Keputusan SPM

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Literacy Educators AustraliaSaya menduduki SPM pada tahun 1999 dan mengambil keputusan pada tahun berikutnya, 2000.Semasa keputusan keluar, saya sedang menyambung pelajaran di Tingkatan Enam, di sekolah bersebelahan. Jadi pada hari yang dinantikan itu, saya hanya berjalan kaki sahaja ke sekolah kerana saya tinggal di asrama. Sebagai pelajar yang pencapaian sederhana, saya sendiri tidaklah meletakkan apa-apa harapan tinggi terhadap keputusan yang akan saya terima. Namun, saya tetap berharap saya mendapat Gred 1 dengan kredit pada semua subjek.Berdebar juga jumpa cikgu kelas waktu nak ambil keputusan. Setiap pelajar akan duduk berhadapan dengan cikgu, dengan slip keputusan diterbalikkan. Bila dah duduk dan bertukar khabar, cikgu akan serahkan slip dan pelajar sendiri akan buka dan lihat keputusan masing-masing.Sejurus slip dibuka, mata laju memerhati kalau-kalau terjumpa P7, P8 atau F9. Alhamdulillah tiada.Paling teruk saya dapat adalah C5 untuk subjek Fizik, …

Entri 24: Pelanggan Online Pertama

Image
Teks & Imej: Hifzaila Hafni

Pertama kali mahu uruskan pembelian ebook, rasa panik pun ada. Tak tahu nak balas apa, apa yang perlu dibuat seterusnya. Maklumlah pelanggan pertama.

Saya ada memuat naik iklan pakej ebook Berpantang di Facebook, kemudian ada seorang kawan pm mahu membeli. Teruja sungguh waktu itu dan bersyukur iklan tersebut mendapat perhatian. Dan dia bukan sekadar bertanya, memang terus close sale. Mana tak gembira!



Setelah bermesej dengan Guru Online saya Puan Zaila Mohamad tentang langkah-langkah seterusnya, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Pembelian pertama tersebut memberi keyakinan kepada saya untuk terus berniaga. Hingga sekarang saya ingat pelanggan pertama saya itu.

Terima kasih sangat-sangat kepadanya. Disebabkan dia juga saya jadi bersemangat untuk terus beriklan. Tidak lama selepas itu, saya berjaya menjual satu pakej ebook Berpantang lagi. Alhamdulillah.

Yang pertama itu yang sering diingat dan jadi pemangkin. Juga kenangan yang indah untuk dikenan…

Entri 23: Kedai Buku Kegemaran

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniSaya sejak kecil, memang dah dibiasakan dengan buku. Ayah saya seorang yang rajin membaca dan banyak koleksi bukunya. Masa kami bersekolah dulu, ayah ada juga bawa ke perpustakaan daerah. Kedai buku, selalu juga. Sampai lama-kelamaan jadi hobi saya ke kedai buku. Biarpun tak membeli, saya tetap nak masuk.Masa bujang, di hujung minggu, kerap juga ke Popular, MPH. Ada masa rajin, ke Kinokuniya KLCC atau Borders di Berjaya Times Square. Sekarang, kalau dapat ke kedai jual majalah pun rasa seronok dah. Terakhir, ke Karangkraf Mall. Tapi tak boleh duduk lama sebab anak teruja sangat meneroka buku. Tak sempat nak pilih-pilih atau belek-belek buku pun.Sekarang, nak belek buku secara online sahajalah. MPH Online. Karangkraf Mall Online. Dubook Press. DBP Niaga. Kinokuniya Online. Bookcafe.com.my.Betapa mudah nak beli buku sekarang. Klik, bayar, sampai. Tapi macamana pun tetap tak sama dengan melawat kedai buku. Tapi sekurang-kurangnya boleh juga jamu mata :-)

Entri 22: Merantau ke Afrika

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniMembaca buku-buku Dr Jamilah Jaafar (Dr Jem) ni, kalau dah mula tu payah juga nak berhenti selagi tak habis.Buku pertama beliau, Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa terbitan Puteh Press, saya baca dalam sehari sahaja. Buku kedua, Afrika, Aku Mai Lagi, self-published, saya baca dalam 5 hari.Kedua-dua buku adalah travelog beliau ke negara asal suaminya, Afrika.Gaya penulisan yang santai, mencuit hati, bersahaja dan diselit pula loghat Utara sesekali, memang buatkan saya tersengih-sengih dan senyum sendiri.Pengalaman perjalanan Dr Jem ke Afrika yang dikongsi melalui buku-buku ini, mengajar pembaca banyak perkara.Antaranya budaya mereka yang pelik pada kita, keadaan sebenar di sana (yang kebanyakannya bertentangan daripada apa yang kita bayangkan) dan serba sedikit tentang sejarah Afrika.Saya paling seronok baca part sejarah. Saya boleh baca part ni tanpa menguap tu kira terbaiklah tu. Sebab saya ni dengan sejarah tak pernah ada chemistry yang baik. Haha.Part yan…

Entri 21: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: GoogleSekitar bulan April-Mei setiap tahun, akan berlangsung pesta buku terbesar yang ditunggu-tunggu oleh para peminat, penulis dan semua yang terlibat dalam industri perbukuan dan penerbitan.Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 akan diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula 28 April hingga 7 Mei 2017.Tahun lepas PBAKL diadakan di MAEPS Serdang.Setiap kali datangnya PBAKL, mesti saya teringat zaman saya bekerja dahulu. Setiap editor perlu hadir ke PBAKL untuk buat survey buku penerbit lain dan juga membeli buku rujukan tambahan yang terkini. Semasa awal bekerja dulu, setiap editor diwajibkan datang 1 slot shif untuk menjaga booth. Menjaga booth sebenarnya bermaksud memberi maklumat yang lebih lengkap kepada bakal pelanggan kerana editor sendiri yang tahu luar dalam tentang buku yang diterbitkan, berbanding salesman yang lebih kepada tugas menjual. Bos juga mahu editor sendiri mendapat maklumat dan feedback daripada pelanggan dan pemba…

Entri 20: Mukmin Profesional

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Telaga BiruPagi ini ambil masa selak buku Mukmin Profesional ni sekejap, sambil minum Ovaltine panas dan biskut.Buku ni hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Saya beli buku ni hampir 6 tahun lalu sebagai hadiah hantaran semasa bertunang. Saya bagi kat suami saya tapi nampaknya saya yang membaca ni.Sempat baca sepintas lalu bab-bab awal. Antaranya menceritakan kisah memberi. Betapa Allah sayang, semua Allah beri sebelum kita minta. Kita saja yang selalu tak perasan dan leka. Allah bagi oksigen kita bernafas, walaupun kita tak minta. Dan macam-macam lagi nikmat yang Allah beri walaupun kita selalu lupa Dia.Hasil tulisan Ustaz Pahrol memang tak jemu dibaca. Penulisan yang ada roh macam ni, bila kita baca meresap dalam hati. Insya Allah baca benda baik, yang baik itulah yang akan meresap pada kita.

Entri 19: Majalah dan Vivy Yusof

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniMasa bujang dulu, suka beli majalah Rapi, Cleo. Menjelang hari kahwin, beli majalah Pengantin. Dah mengandung dan ada anak, beralih kepada majalah Pa&Ma. Kini dengan usia di pertengahan 30-an, anak pun dah tiga, saya selesa membaca majalah kekeluargaan atau majalah masakan sahaja. Contohnya majalah Keluarga, Mingguan Wanita, Her World, Nona, Rasa dan Saji.Seiring dengan pertambahan usia, selera majalah pun berubah. Tumpuan dan minat juga sudah beralih.Sesekali bosan membaca buku, saya belek-belek majalah. Boleh tahu perkembangan semasa dan trend. Selain mencari ilham dan idea menulis. Terkini, saya beli majalah Her World. Saya teruja nak membeli kerana penghias muka depannya Vivy Yusof, co-founder Fashion Valet. Saya adalah di antara yang kagum dengan wanita ini. Memulakan bisnes pada usia muda, kreatif dan paling kagum dia bermula sebagai seorang blogger fesyen.Bagaimana dia mengembangkan empayarnya melalui blog hingga kini. Seronok baca kisah-kisah…

Entri 18: Ada Apa Dengan Nama?

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Facebook Nama Anak - Ada Apa Dengan Nama

Mencari nama untuk anak ketiga, empat bulan lepas mencabar juga sebab baby girl kan. Dah biasa dengan nama baby boy :-)

Masih mahu mengekalkan pangkal huruf AF, mahu pilih nama F tu sukar juga nak jumpa yang berkenan.

Beberapa minggu sebelum kelahiran, ternampak status Tuan Zamri Mohamad di Facebook tentang buku Ada Apa Dengan Nama? tulisan Tuan Ahmad Saifuddin Yusof.



Teringin juga nak beli tapi tak beli hinggalah ke Karnival Karangkraf dan beli dengan harga diskaun. Sempat juga baca sebelum baby keluar. Masa nak tetapkan nama anak tu ada juga rujuk buku ni. Sangat membantu.

Buku ni bukan lah bagi senarai nama cadangan tapi lebih kepada panduan sebelum letakkan nama, trend bagi nama, dan kesan bagi nama-nama tertentu terhadap anak.

Bagus jika dapat dibaca oleh ibu bapa yang bakal menerima ahli baru.


Entri 17: Spray Mop Pemudah Kerja

Image
Teks Hifzaila Hafni
Imej: eBay

Antara kerja rumah yang saya paling kurang gemar buat adalah mengelap dan mop lantai. Namun dengan adanya anak-anak kecil di rumah, lantai sentiasa saja 'dihiasi' tumpahan air, sisa biskut, butir nasi, tak kurang juga gumpalan plastisin yang melekat di lantai.

Mahu tak mahu, saya tetap kena lap lantai. Sebelum ni, guna mop biasa yang kena perah tu. Lepas tu saya lebih suka lap guna kain buruk. Lap macam orang Jepun tu. Tertunduk-tunduk lap lantai di setiap penjuru.

Lama-lama tak kuasa juga. Sampailah satu hari saya post status Facebook tentang penatnya nak mop rumah selalu.

Ramai rakan komen dan cadangkan beli spray mop. Katanya mudah sangat nak guna. Harga pun tak mahal mana, boleh beli secara online.

Saya pun tak lama selepas tu, bila dah terima bayaran kerja menulis, terus cari dan order spray mop tu. Saya beli di Lazada.com. Harga dalam RM29 sahaja. Dapat sebatang mop dengan 2 keping kain lap mikrofiber dan satu botol untuk isi cecair pembers…

Entri 16: Kelas Blogshop

Image
Teks: Hifzaila Hafni

Bangun pagi ini, terasa kuat sangat kepala berdenyut. Sakit sungguh. Agaknya kurang tidur. Semalam berganti-ganti anak menyusu, saya jadi agak letih.

Sempat tidur sebentar pagi ini, baru kurang sikit rasa sakitnya. Suami yang tolong kemaskan rumah dan dapur.

Kemudian siap-siap untuk hantar anak ke kelas mengaji pula. Sempat saya sediakan roti jem sebagai bekal. Kelasnya bermula jam 11 pagi dan tamat jam 1 petang.

Untuk kelas kali kedua ini, kami masih menemaninya.

Pagi ini juga berlangsung Kelas Asas Blogshop ABDR di Kota Kemuning, Shah Alam. Tak jauh dari kawasan rumah saya. Dikendalikan oleh Puan Zaila Mohamad.




Kelas yang dijalankan setiap bulan ini akan mengajar cara setup kedai online ankda sendiri menggunakan blog. Pengajar akan tunjukkan cara langkah demi langkah hingga blog lengkap.

Kalau berminat untuk hadir, pendaftaran sesi April 2017 sudah dibuka. Boleh terus hubungi saya melalui Whatsapp 019-4603094 untuk menempah tempat.

Entri 15: Buku Fajar Menyingsing di Ashby Road

Image
Teks & Foto: Hifzaila Hafni
Saya tak sangka di muka-muka surat terakhir saya membaca buku ini, air mata saya bergenang.


Dan terus terang saya akui, sepanjang proses membaca buku ini juga, saya menahan sebak.
Arwah ayah saya, Ahmad Hafni Hj Hashim merupakan salah seorang pelajar STAR Batch Kedua. Seterusnya, adik saya Muhammad Hifzaili, adalah pelajar Batch 41.
Arwah Pakngah saya, Hj Muhammad Hj Hashim, adalah salah seorang tenaga pengajar terawal di sekolah tersebut.
Dulu, saya cuma kenal STAR sebagai sekolah ayah, adik dan pakngah saya sahaja. Tetapi selepas khatam buku ini, baru saya faham yang sekolah ini rupanya lebih daripada itu, bahkan sangat penting dan bermakna dalam sejarah pendidikan negara!
Hebat sebenarnya STAR ni.
Melalui buku ini barulah saya tahu --
Apa itu Penyata Razak dan signifikannya kepada pendidikan orang Melayu,
Siapa sebenarnya Tun Hamdan bin Sheikh Tahir, yang sebelum ini hanya saya kenali sebagai TYT Pulau Pinang sahaja,
Dan...
Siapa di dalam 'circl…

Entri 14: Kari Sardin, Menu Ringkas Ibu Sibuk

Image
Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Di rumah hari ini dengan anak-anak sahaja. Tidak ke mana-mana kerana suami bekerja. Lauk mentah di rumah juga dah habis licin. Yang ada ikan bilis, telur dan sardin. Memang biasa simpan stok lauk begini untuk standby, sebab saya memang tak boleh nak keluar rumah sendirian dengan anak-anak walaupun ke kedai runcit hampir dengan rumah ni. Saya tak boleh nak kawal tiga anak kecil tanpa kehadiran suami.

Jadinya hari ini, masak kari sardin. Ringkas dan sedap. Ibu-ibu sibuk pun boleh buat ni semasa hari bekerja. Sekejap saja siap, mengikut cara sayalah.

Kari Sardin Sedap Senang



Bahan-bahan

1 tin sardin (tin besar)
1 biji bawang besar Holland - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
3 sudu besar rempah kari
Garam secukup rasa

Cara masak

- Panaskan minyak, tumis semua bawang hingga layu
- Masukkan ikan sardin beserta kuah tomato sekali
- Masukkan air (guna tin sardin tadi, sukat air 1 1/2 tin air)
- Kacau rata dengan perlahan, takut ikan hancur
- Mas…

Entri 13: Hadiah Buku untuk Orang Asing

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Puteh Press
Semalam ada seorang kawan nak beli buku. 
Lepas dia bagi senarai buku yang nak dibeli, masa nak bayar katanya nak tambah buku lagi tapi nak dibagi pada stranger.
Buku tu kena pos kena pos berasingan. Tapi dia pula tak ingat alamat stranger tu. Dia janji akan bagi kemudian.
Saya tanya dia, macamana dia boleh nak hantar buku pada stranger?
Katanya dia share satu status Fb, siapa yang first share status tu akan terima satu buku daripadanya.
Barulah saya faham.
Seronok juga kan dapat hadiah buku. Dan buku yang dia nak hadiahkan pun best. Buku baru, Pena dan Picagari tulisan Dr Khairul Hafidz.
Semoga yang terima buku tu nanti gembira lah hendaknya.

Entri 12: Tenang Seorang Suri Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Hari Sabtu, tetapi sebab suami saya kerja hari ini, suasana di rumah sama saja seperti hari biasa yang lain. Tugas saya mengemas dapur, ruang tamu, siapkan sarapan berjalan seperti biasa. Cuma bezanya, bulan ini kena curi-curi menulis di blog dan mengumpul maklumat untuk penulisan artikel seterusnya.

Namun hari ni juga ada sedikit beza berbanding hari lain. Anak-anak mampu tidur siang dengan tenang dan saya juga rasa aman sebentar.

Biasanya si adik tak mahu lena dalam baby cot, hari ni diam dia di situ dengan mata tertutup rapat, sambil peluk bantal. Si abang tengah, juga lena dengan tenang selepas menyusu. Ya dia masih menyusu badan, jadi saya buat tandem nursing sekarang ni.

Si abang sulung, leka menonton video-video lama di laptop sambil bermain Ultraman.

Sepanjang mereka bertenang ni, dapatlah saya menyapu dan mengemop rumah sekejap. Sempat juga mengemas bilik.

Suri rumah, waktu anak tidur atau anak tidur serentak memanglah ditunggu-tunggu. Rumah tenang dan am…

Entri 11: Hif Bookstore

Image
Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Isnin lepas, saya terima satu sms begini.


Buat masa ini, Hif Bookstore hanyalah kedai online sahaja. Di blog, Facebook page dan Instagram. Tapi tak mustahil juga kalau suatu hari akan wujud kedai fizikal.
Masa tu boleh lah nak walk in. Hehe.
Bercakap pasal kedai buku ni, dah lama tak berkunjung ke mana-mana kedai buku sejak ada anak-anak kecil. Terkini, pergi ke Karangkraf Mall dan Karnival Buku mereka tahun lepas.
Punyalah seronok perasaannya. Bau buku, jalan keliling buku, tengok-tengok buku.
Sekarang banyak beli online sahaja, sebab nak tunggu ke kedai, jarang sangat berlaku. Dengan anak-anak ligat ni, akhirnya dok mengejar mereka dalam kedai, tak sempat nak belek buku pun.
Atas sebab itu jugalah akhirnya Hif Bookstore muncul. Untuk memudahkan ibu-ibu yang macam saya nak beli buku. 
Eh, yang bapa, single atau sesiapa saja nak beli pun boleh. Bukanlah untuk ibu-ibu je.
Nak tahu maklumat buku, nak cari buku semua boleh check di kedai online saja. Tak p…

Entri 10: Majalah Masakan

Image
Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Selain buku masakan, saya selalu juga rujuk majalah masakan untuk dapatkan ilham memasak. Antara majalah yang selalu suami beli, majalah Saji dan Rasa.

Selain mahu dapatkan idea menu, satu sebab lain yang membuatkan saya suka majalah masakan adalah susun atur gambar, food styling dan plating gambar makanan yang kita tengok pun dah terbayang kesedapannya.

Cantik gambar-gambarnya.

Dapat tengok gambar-gambar makanan ni, terapi juga buat saya.

Kalau dulu, resipi dalam majalah saya tak suka ikut. Sentiasa ada perasaan, resipi majalah ni tak boleh dipercayai. Entah jadi ke tidak. Haha sekarang ni lah baru ada kepercayaan untuk cuba. Hehe

Suami yang selalu beli majalah ni. Dia tengok tajuk menarik, terus beli. Terbaru, majalah Saji. Ceria sangat warna kaver tu kuning terang.



Banyak resipi menarik juga. Nanti boleh cuba.

Entri 9: Ikan Bilis Pembuka Selera

Image
Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Lauk tengah hari kami hari ini - sambal ikan bilis. Menu mudah dan ringkas sahaja, lagipun anak-anak suka. Anak-anak saya, kalau tak pedas, tak berapa pandang. Nak mereka makan laju dan bertambah nasi, kena ada lauk pedas.

Ikan bilis sekarang ni, kalau yang premium, boleh tahan juga harganya tapi memang menang 'memakan'. Puas hati. Ikan bilisnya dah siap kopek, bersih, tak terlalu masin dan rangup bila digoreng garing. Ikan bilis Pangkor, katanya. Memang sedap.




Alkisahnya, suami beli ikan bilis premium ni sebab itu saja yang ada masa beli barang dapur hari tu. Kalau tak, beli ikan bilis kopek yang biasa saja.

Agaknya peniaga nasi lemak memang dah kurang masukkan ikan bilis goreng sebab mahal. Nasi lemak sekarang selalunya ikan bilis hanya dalam sambal, kacang goreng, telur rebus dipotong kecil.

Ah, sedap pula kalau dapat makan nasi lemak. Dengan sambal ikan bilis yang berbaki ni, boleh la sarapan nasi lemak esok :-)

Entri 8: Kelas Mengaji

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Heboh News


Alhamdulillah, akhirnya berjaya daftarkan Fuaad ke kelas mengaji. Bermula minggu lepas, kelasnya seminggu sekali, setiap Ahad jam 11 pagi.

Kami hanya menghantarnya ke kelas mengaji Quran sahaja. Setakat ini, membaca dan kenal nombor saya ajarkan di rumah. Ikutkan abahnya, mahu saya sendiri yang ajar anak. Tapi itulah, tahun depan mahu tak mahu terpaksa juga masukkan dia ke tadika atau prasekolah. Risau juga kalau dia tak dapat sesuaikan diri bila masuk Tahun Satu nanti.

Berbalik kepada kelas mengaji. Saya ada survey di internet, kelas-kelas mengaji Quran yang ada di sekitar rumah. Ada satu pusat, kelasnya hari biasa dan hujung minggu. Ada satu pusat lagi, hujung minggu sahaja. Jadi kami pilih kelas hujung minggu sebab suami saya ada untuk hantarnya ke kelas. Kalau hari biasa, tak sempat sebab suami selalu balik kerja lewat.

Jadi hujung minggu lepas, pertama kalinya Fuaad ke kelas. Menangis juga mahu habiskan satu halaman Iqra', tapi nampaknya …

Entri 7: Buku Edisi Bahasa Melayu

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Bookcafe

Petang tadi, masa nak submit order seorang pelanggan beli buku, sambil-sambil jenguk juga katalog buku.

Penjual buku pun sekali sekala nak juga jamu mata sendiri, kan. Tadi saya saja tengok buku-buku Bahasa Inggeris yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu. Ada banyak buku bestseller luar seperti buku Brian Tracy, Stephen R. Covey dan Robert Kiyosaki dalam Edisi Bahasa Melayu.

Seronok pula kalau dapat baca buku yang bagus-bagus ni dalam bahasa sendiri. Tambah lagi kalau buku kewangan macam Robert Kiyosaki tu, berkali-kali dok ulang halaman sama sebab lambat faham kalau baca versi asal. Sudahnya tak terbaca. Rugi saja.

Rasanya nak beli sebuah lah buku Edisi Bahasa Melayu ni. Buku Law of Attraction (Hukum Tarikan). Sorang-sorang pelanggan beli, kita pun teringin. Kuat betul kuasa 'tarikan'nya!




Entri 6: Laman Goodreads untuk Rekod Membaca

Teks: Hifzaila Hafni

Januari lalu, saya telah meletakkan sasaran untuk membaca 52 buah buku dalam tahun 2017 ini. Ia bermakna membaca sekurang-kurangnya sebuah buku seminggu.

Setakat ini, saya telah selesai membaca enam buah, bermakna sedikit ketinggalan. Sepatutnya saya sudah selesai membaca sembilan buah. Tapi insya Allah akan mempercepat bacaan buku yang sekarang.

Tahu tak ada cara mudah untuk kita rekod dan track kemajuan kita membaca dalam setahun?

Caranya dengan merekodkan buku-buku yang akan dan telah dibaca di Goodreads.com.

Laman ini akan bantu kita check progress kita membaca sepanjang tahun. Jadi kita semangat sikit nak membaca sebab kita simpan rekod semua di situ. Boleh juga dapat inspirasi daripada kawan-kawan lain yang semakin ke depan dalam jumlah buku yang dibaca.

Sepanjang saya gunakan Goodreads ni, bukan sekadar saya dapat check rekod sendiri tapi juga dapat baca review buku-buku lain, boleh tengok buku-buku yang kawan saya baca (kalau best, saya pun nak baca juga) …

Entri 5: Terus Jadi Ejen!

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Karangkraf

Tahun lepas, ada seorang kawan mesej, tanya kalau saya ada jual satu buku ni.

Tajuknya 21 Hari Cabaran untuk Kurus.



Saya check di katalog supplier tak ada. Selalunya kalau tak ada stok pada supplier, saya akan cuba check stok di web penerbit terus. Jadi, pelanggan saya masih tetap boleh dapat buku yang mereka nak.

Macam buku ni, saya check terus di web Karangkraf. Ada stok. Saya kemudiannya walk in saja ke Karangkraf Mall, kedai buku Karangkraf yang tak jauh sangat dari rumah. Tapi malangnya dah habis stok. Aduh sedih betul. Tak tahu bila restock.

Esoknya saya check di web lagi. Masih ada stok online. Saya pun cepat-cepat la submit order. Kawan pun memang dah bank in duit. Alhamdulillah ada juga rezekinya.

Lepas tu saya cuba tanya kawan-kawan lain, ramai pula yang berminat dengan buku ni. Satu, satu saya order. Sampailah ada seorang kawan lagi, buat review di Facebook dan tag saya. Berduyun mahu beli juga sebab tertarik dengan isi kandungannya.

Me…