Posts

Showing posts from February, 2017

Bukan Super Mom (13/44)

Image
Teks: Hifzaila HafniAwal-awal berhenti kerja dulu, ada juga niat nak jadi 'super mom'. Semua nak buat dan rasa semua kerja boleh buat.Suri rumah, kerja freelance, bisnes.Tapi bila asyik menekan diri dan dok set minda rumah kena kemas, dapur kena bersih, hari-hari kena masak sedap untuk keluarga, kain baju semua siap berlipat bergosok -- saya jadi sangat stres.Ya. Menjadi suri rumah tak bermaksud rumah anda sempurna. Tapi ada saja yang ok. Tapi bukan saya! HeheSaya mula belajar menerima yang anak-anak saya sedang membesar. Banyak bermain dan meneroka. Di dalam rumah kecil kami inilah syurga mereka. Kalau dalam ruang ini pun saya larang mereka bermain, bagaimana mereka nak berkembang? Sudahlah jarang keluar rumah, dalam rumah pula dilarang itu ini. Jadi, bagi hal yang tidak begitu penting, saya tutup sebelah mata sahaja. Atau yang boleh ditangguhkan, saya tangguhkan dahulu.Saya sudah tak kisah tak menjadi super mom. Penat. Janji yang mana perlu, dicukupkan.Saya pernah terkena mi…

Menulis Tajuk yang Kita Suka (12/44)

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: GoogleAntara perkara yang seronok bila menulis artikel ni, saya juga banyak belajar benda baru. Baik melalui pembacaan mahupun melalui perkongsian dengan rakan FB.Ya, FB jika digunakan dengan betul, sebenarnya banyak manfaat. Cuma itulah kadangkala boleh terleka juga. Maklumlah FB ni macam-macam ada! HeheBaru-baru ini saya bertanya rakan FB tentang makanan Indonesia yang mereka suka. Respon yang saya terima agak menggalakkan. Input yang saya dapat juga memberangsangkan.Barulah saya tahu banyak makanan-makanan Indonesia yang sedap yang menjadi kegemaran orang Malaysia.Tak kurang juga yang berkongsi nama makanan yang pertama kali saya dengar!Bandeng presto.
Tahu jengrot.
Wedang jahe.
Tempe bacem.Menarik sungguh.Melalui penulisan, kita dapat belajar budaya lain. Bak kata editor saya, kongsilah perkara yang saya sendiri mahu tahu. Begitu.=============================Kelas Asas Blog Penulisan (Online) Sesi Mac 2017 kini dibuka.Hanya 10 tempat setiap sesi.Terdapat…

Bisnes Homestay (11/44)

Image
Teks: Hifzaila HafniSejak beberapa tahun kebelakangan ini, nampaknya bisnes homestay dah makin berkembang.Kalau dulu, homestay banyak guna rumah kampung yang dah tak diduduki atau rumah teres yang dah tak duduk tapi taknak jual. Sekarang ni, ada orang memang beli rumah untuk dijadikan homestay.Memang masyuk juga bisnes homestay ni, kalau kena caranya.Saya pernah juga bersembang dengan salah seorang pengusaha homestay, katanya nak jadi tuan rumah homestay ni, kena rajin dan sabar. Rajin nak kena kemas rumah lepas penyewa dah keluar. Bukan semua penyewa pandai kemas ye. Dan sabar dengan kerenah penyewa yang pelbagai, di samping sabar menjaga rumah kita yang diduduki orang.Homestay pun nak kena jenguk dan jaga selalu. Tak boleh tinggal macam tu aja. Daun-daun kering ke lalang ke, kena la bersihkan baru sentiasa nampak homestay kita 'presentable'. Orang nak duduk pun selesa.Ada orang lagi suka duduk di homestay berbanding hotel. Dari segi kos, ada homestay yang harganya lebih mura…

Jimatkan Waktu Memasak dengan Makanan Disejuk Beku (10/44)

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniAlhamdulillah semalam tercapai juga niat mahu sediakan makanan sejuk beku untuk kegunaan hari bekerja.Sebelum ni asyik tertangguh sahaja dek pelbagai kekangan. Bila ada kesempatan semalam, terus buat dan siap tiga menu untuk tiga hari 😊Menu yang saya siapkan bukanlah bombastik pun, sekadar ayam goreng, kari ayam dan sup ayam berempah.Ayam goreng yang siap diperap garam kunyit dan sedikit rempah ratus. Kari ayam dan sup berempah dimasak pekat.Semuanya dibekukan.Tinggal sahaja, sewaktu mahu guna, keluarkan dari peti sejuk, nyah beku seketika, masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air untuk kuah. Didihkan dengan api kecil dan tambahkan garam. Sedia dihidang dalam 10 minit, insya Allah.Menjadi suri rumah juga sama sibuknya dengan suri bekerja bila ada anak kecil dan turut bekerja dari rumah. Bila dapat menjimatkan masa memasak dengan cara begini, tidaklah terkejar-kejar di dapur.Semoga dapat istiqamah begini untuk hari-hari seterusnya.

Bisnes Dropship untuk Suri Rumah (9/44)

Image
Teks: Hifzaila HafniBermula 2016, saya memulakan satu lagi 'kerja' sebagai ejen dropship buku.Disebabkan minat membaca dan suka pada buku membuatkan saya terpaksa tambah satu lagi cabang kerja hehe.Menjadi sebahagian daripada syarikat menjual buku online yang agak besar di Malaysia, saya sangat enjoy lakukannya dan alhamdulillah masih bertahan hingga kini. Saya turut mendaftar sebagai ejen dropship dengan salah satu syarikat penerbitan tersohor di Malaysia juga.Alhamdulillah, kini saya adalah ejen dropship untuk dua 'syarikat' dan jika diizinkan Allah, mungkin akan bertambah satu lagi tahun ini, dengan institut yang menjalankan kerja terjemahan pula.Kenapa saya pilih bisnes dropship?1. Saya tak perlu keluar rumah untuk menjual atau mengurus stok.2. Saya tidak punya modal besar untuk sediakan stok sendiri.3. Saya sukar untuk gerak keluar rumah dengan anak-anak kecil melainkan dengan suami. Jadi urusan ambil stok atau pos akan mengambil masa lebih lama atau sukar.4. Saya…

Belajar Jual Produk Orang Dahulu

Teks: Hifzaila HafniSaya pada awalnya memang tak pernah sangka atau ingin terlibat dalam bisnes pun. Matlamat saya hanyalah mahu jana wang dengan kerja freelancing dan menulis blog sahaja.Namun, ditakdirkan, dikelilingi ramai rakan bisnes, banyak pula peluang yang ada depan mata serta boleh dapat duit poket lebih cepat berbanding kerja freelance semata, membuatkan saya akhirnya terjebak juga.Menjana wang semata-mata dari blog melalui trafik yang tinggi dan iklan sangat mencabar dan menuntut komitmen yang agak tinggi, di samping memerlukan sedikit kemahiran teknikal. Dulu, saya fikirkan mudah saja untuk jana wang dengan cara begini, tetapi dengan kemunculan semakin banyak blog dan janaan wang yang mengambil masa yang agak lama, mahu tak mahu saya perlu belajar berjualan.Memilih produk juga sedikit sukar pada saya di awalnya. Tetapi akhirnya saya jalan sahaja, promosikan produk-produk yang ditawarkan oleh ABDR dan makanan tambahan Shaklee. Saya jalankan kedua-dua bisnes serentak. Pernah…

Hutang Kita Pada Anak-anak

Teks: Hifzaila HafniPagi ini suami saya kongsikan satu artikel tentang 'hutang ibu bapa kepada anak-anak' di group Facebook kami.Hutang pada anak-anak, bagaimana ya? Kita sering marah-marah anak. Iyalah, ada saja yang tak kena di mata kita, sedangkan anak bukannya tahu dia sedang melakukan kesalahan. Dan kita pula, salah dia sedikit sahaja tapi bukan main kita marah padahal anak langsung tak faham.Anak pula akan terus senyum dan minta maaf pada kita. Datang peluk kaki kita. Mereka dah lupa yang kita marah tadi. Dalam situasi saya setiap hari, saya terpaksa mengaku ada harinya memang saya tertinggi suara juga pada anak-anak. Sedang saya terkejar-kejar dengan urusan rumah, seorang demi seorang anak minta perhatian -- sedangkan saya sendiri pun tak sempat menguruskan diri saya, memang cepat benar angin naik ke kepala.Waktu si kecil lena, teruja kita merencana pelbagai kerja dalam kepala. Malangnya lenanya terganggu dek abang-abang. Ibu tertangguh kerja lagi.  Belumpun sempat meng…

Sebab Utama Saya Pilih ABDR (Sambungan)

Teks: Hifzaila HafniBaiklah, saya senaraikan satu persatu kenapa saya akhirnya memilih untuk bersama dengan Akademi Bekerja Di Rumah: 1. Nama akademi sangat dekat dengan saya. Sangat straight forward dan benar-benar menggambarkan niat saya.2. ABDR menawarkan peluang yang saya cari. Saya memang biasa menulis blog. Sejak awal tahun 2000 lagi. Disebabkan saya kurang minat bisnes, niat saya cuma mahu jana wang melalui penulisan di blog sahaja. Jika sebelum ini saya menulis sekadar untuk menyimpan kenangan, saya mahu blog menjadi platform saya meraih pendapatan bila saya mula bekerja di rumah nanti. Saya sertai ABDR untuk tujuan itu, setelah melihat Puan Zaila telah berjaya melakukan demikian.3. Kelas dijalankan secara online sahaja, melalui group Facebook. Juga antara faktor yang menyebabkan saya tidak berbelah bagi untuk mendaftar. Saya tiada masa untuk ke kelas offline. Dan kelas online juga antara kelebihannya nota kelas boleh diakses bila-bila masa. Pada waktu itu, kelas online agak &…

Sebab Utama Saya Pilih ABDR

Teks: Hifzaila HafniSaya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah pada awal tahun 2014. Matlamat saya ketika itu, mahu memperkasa penulisan blog dan mahu menjana pendapatan melalui penulisan. Saya sebenarnya dalam rangka menyiapkan diri dengan kerja sambilan atau dalam erti kata mencari peluang menjana pendapatan pasif pada waktu itu.Rancangan saya, mahu resign dengan ada kerja sambilan jika Allah takdirkan saya mengandung pada tahun tersebut.Alhamdulillah, memang saya disahkan mengandung dan akan bersalin pada Mac 2015. Bila mengetahui berita ini, saya semakin nekad untuk resign. Tambahan pula, fokus saya di tempat kerja makin berkurang dan perjalanan dari rumah ke pejabat setiap hari adalah amat memenatkan, membuatkan saya fikir resign adalah jalan terbaik.Saya mula serius berfikir apakah kerja yang saya boleh lakukan di rumah. Saya perlu bermula seawal mungkin. Lagi lambat saya mula, lagi lambat mahu melihat hasilnya. Apatah lagi saya ini belum pernah melakukan apa-apa kerja di rumah sel…

Bertindak dengan Apa Yang Ada

Teks: Hifzaila HafniLega rasanya dapat hantar dua lagi artikel kepada editor. Mencabar sungguh mahu siapkan, dengan kiri kanan depan belakang jenuh dengan kerenah anak-anak. Mujur sahaja semua kerja menulis boleh dilakukan dengan telefon pintar.Suami bermurah hati belikan SD Card dengan 16Gb storan sedangkan saya minta hanya 8Gb sahaja, setelah saya khabarkan tentang kerja yang saya terima ini. Alhamdulillah dengan ruang storan lebih besar, saya dapat muat turun beberapa aplikasi yang membantu kerja penulisan saya serta boleh menyimpan lebih banyak imej dan gambar.Biarpun sedikit terkial-kial, namun lama kelamaan, sudah agak biasa. Saya mula menulis dan simpan maklumat awal di Google Keep. Kemudian dikembangkan idea dan langsung menulis. Seterusnya saya copy paste ke Microsoft Word (aplikasi untuk Android) dan lakukan beberapa suntingan lagi jika perlu. Seterusnya, simpan dokumen dalam bentuk .docx dan .pdf, dalam SD Card dan emel.Setakat ini, selesa begitu. Yang pasti kerja harus jal…

Stres dengan Kerenah Anak, Amalkan Doa Ringkas Ini

Teks: Hifzaila Hafni

Berada di rumah 24 jam bersama anak-anak sebenarnya tidaklah seindah mana yang saya bayangkan sebelum ini. Saya cukup kuat bila masih anak satu. Bertahan sewaktu anak masuk dua. Kini terasa sungguh mencabar untuk kawal emosi bila anak sudah tiga.

Minggu lepas, saya kurang sihat jadi sedikit saja kesalahan anak pun terasa amat serius di mata saya. Maklumlah diri sendiri kurang rehat, tetapi masih perlu mengurus rumah tangga seperti biasa. Saya jadi cepat naik angin dan pemarah.

Bila saya marah, anak jadi lebih agresif, mereka juga marah sepertimana saya memarahi mereka dan sukar menerima arahan malahan semakin berani menjawab dan melawan.

Saya memang putus asa juga. Saya rasa 'lost' sangat dan akhirnya saya menangis di depan anak-anak akibat tak tertahan dengan kerenah mereka serta anak kecil yang menangis mahukan perhatian.

Sampailah satu ketika saya berfikir sampai bila saya perlu jadi begini?

Emosi dan perlakuan anak sangat dipengaruhi oleh emosi dan per…

Terima Tawaran

Teks: Hifzaila HafniAlhamdulillah, selesai hantar 2 artikel. Terlambat sedikit daripada deadline, apa nak buat, anak-anak dan diri sendiri kurang sihat minggu lepas.Syukur awal tahun ini, Allah beri lebih peluang menulis. Tawaran menulis datang daripada seorang editor sebuah laman web informasi yang agak terkenal juga di Malaysia. Saya terus saja terima tawaran tersebut sebagai latihan dan pendedahan awal saya sebagai penulis.Rezeki ini saya langsung tak duga. Tapi saya anggap inilah rezeki anak. Saya baru sahaja habis pantang waktu itu.Mahu menulis, selain menjana pendapatan, dapat juga berkongsi maklumat dengan orang lain. Selagi maklumat yang dikongsi bermanfaat, tulis sahaja biarpun sepatah dua. Kita tak tahu siapa yang akan mendapat kebaikan daripada hasil tulisan kita itu.

Sakinah dan Mawaddah

Teks: Hifzaila HafniPagi ini sedang saya siapkan cili kering untuk dikisar bersama bawang merah dan bawang putih, sambil-sambil itu pasang telinga dengar tazkirah Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin di radio Ikim. Saya terlepas dengar apa topiknya, tetapi berkaitan keluarga sakinah dan mawaddah, begitu. Namun, yang terngiang di telinga saya adalah 'kerja rumah (kerja memasak ke, saya kurang pasti), bukanlah wajib bagi isteri tetapi sebagai ihsan dan memberi mawaddah kepada sesebuah keluarga.Elok benar topiknya dengan kerja yang saya sedang lakukan, nampaknya.Ustaz ada berkongsi, katanya semasa membasuh beras, memasak -- selain zikir, boleh baca doa dan juga surah-surah daripada Al Quran. Semasa memasak, Ustaz sarankan membaca surah Al Kauthar supaya setiap ahli keluarga yang makan masakan tadi diberi kelembutan hati, bersikap baik. Isteri yang masak dengan mood yang baik, diiringi doa-doa lebih baik daripada dok membebel (ops!).Satu lagi, kata Ustaz, berkat doa orang dulu yang doakan …

Gembira yang Kecil

Image
Teks: Hifzaila HafniMenjadi suri rumah yang berniaga kecil-kecilan, dapat 1 transaksi jualan sehari pun dah rasa nak lompat bintang.Alkisahnya, 2 malam lepas saya terima mesej seorang pelanggan mahu beli ebook. Dia tanya, terus setuju nak beli dan buat bayaran sejurus selepas itu. Berbeza dengan kebanyakan pelanggan, yang biasanya saya perlu follow up.Dek terujanya saya dan kagum dengan kesungguhan pelanggan tu, esoknya saya berkongsi ebook-ebook yang kami ada di ABDR di Facebook.Ada seorang rakan Facebook, kami baru sahaja ber'friend'. Saya yang add beliau beberapa hari lepas, dan sudah di'approved'. Tak dijangka, semalam semasa saya sibuk mengemas rumah sebab adik beradik nak datang, masuk mesej daripadanya.Dia bertanyakan ebook-ebook ini.Kemudian terus juga buat bayaran selepas menyatakan tajuk ebook yang mahu dibeli.Alhamdulillah. Alhamdulillah.Rezeki tak diduga. Mudah sungguh pula, Allah aturkan.Dapat jualan, memang rezeki. Dapat pelanggan yang mudah urusan, jua r…

Secawan Kopi, Sebungkus Biskut

Teks: Hifzaila Hafni

Waktu pagi amat kritikal bagi saya, yang mana waktu inilah saya ambil kesempatan membuat kerja-kerja rumah atau menulis sebelum anak-anak bangun.

Pertama-tama selesai solat Subuh, sarapan dahulu. Ini untuk pastikan tubuh cukup sedia untuk menyusukan anak untuk sesi pagi. Jika lapar, susu badan kurang, anak tak kenyang, sepanjang hari ke laut la jawabnya.

Cukup walaupun sekadar biskut dan kopi. Ada ketika, secawan air panas. Roti bun, sandwic atau apa saja yang ringkas.

Selang 2 jam nanti, akan makan lagi. Ibu menyusu memang kuat makan. Maklumlah nak bekalkan makanan untuk manusia lain pula.

Ini baru betul makan untuk 2 orang. Tapi bagi kes saya, makan untuk 3 orang sebab seorang lagi anak pun menyusu juga.

Mahu siapkan 2 artikel hari ini, insya Allah.

Selamat berhujung minggu!
posted from Bloggeroid

Kelegaan Seorang Suri Rumah

Teks: Hifzaila HafniBaju siap dicuci dan dijemur di ampaian, alhamdulillah panas pagi ini. Makaroni goreng tersedia sebelanga untuk sarapan dan mungkin juga makan tengah hari anak-anak.Gulai kentang juga sudah siap seperiuk.Nasi sudah siap ditanak.Ummi juga sudah selesai sarapan nasi goreng ikan bilis, menghabiskan lebihan nasi sejuk semalam. Selesai urusan dapur, baru duduk sekejap meluruskan pinggang, anakanda bongsu sudah memanggil.Ummi jeling jam dinding, jarum jam menunjukkan angka sembilan. Memang dah sampai waktu bangunnya.Meraikan si kecil, 10 minit kemudian anakanda tengah pula menyusul bangun.Alhamdulillah pagi Jumaat, urusan dapur dan baju sempat disudahkan sebelum anakanda bangun.Bolehlah ummi merempit menulis nanti.