Posts

Showing posts from January, 2017

Inspirasi Bekerja Di Rumah

Teks: Hifzaila HafniIbu yang bekerja di rumah ini, tak banyak sikit mesti ada rasa segalanya mahu dibuat sendiri.Maklumlah, katanya berada di rumah.Mahu masak apa saja yang ahli keluarga ingin makan.Mahu jaga anak sendiri.Mahu ajar anak mengaji.Rumah sentiasa berkemas rapi.Baju selalu berlipat sempurna.Namun, realitinya ibu yang bekerja di rumah hatta ibu suri rumah sekali pun ada ketika tak mampu juga nak sempurnakan semuanya, tambahan lagi bila beranak kecil. Seringkali kita fikir kita punya banyak masa di rumah untuk siapkan semua tetapi hakikatnya setiap hari berlalu kita hanya mampu lakukan yang mana perlu sahaja.Ibu-ibu yang berada di rumah ini, adakalanya jatuh lelah dengan hanya mengurus anak-anak. Apalagi mengurus rumah dalam masa yang sama.Namun, tetapkanlah dalam hati bahawa semua ini hanya sementara. Syukur mempunyai anak yang aktif dan bertenaga. Anak-anak dan suami adalah ladang pahala buat kita.Tak salah makan di luar sekali-sekala. Begitu juga jika mahu tinggalkan anak…

Tahun Baru 2017

Teks: Hifzaila HafniBerpeluang melangkah lagi ke tahun baru, kali ini kami sudah berlima.Alhamdulillah.Azam, ada tapi pada saya tak mesti hanya setiap tahun baru. Yang pasti, saya mahu lebih realistik dalam merancang apa yang mahu dicapai tahun ini. Mahu lebih banyak membaca dan banyak menulis. Tahun ini tahun menjana pendapatan dengan melakukan benda yang saya suka. Fokus dengan itu, jalan terus.Semoga Allah bukakan jalan, mudahkan urusan kita semua.Selamat datang 2017!