Posts

Showing posts from October, 2016

Tip Konsisten Menulis

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: theodysseyonlineSelalu kita dengar orang mahu menulis tapi tiada idea, atau tak tahu mahu menulis apa. Ada sesetengahnya ada idea tapi seolah tersekat untuk alirkan idea tersebut.Menulis, walaupun di blog, tetap perlu idea, inspirasi dan motivasi untuk terus konsisten. Di sini saya kongsikan beberapa tip yang boleh dijadikan motivasi untuk menulis.1. TETAPKAN TUJUAN ATAU NIAT MENULISKita menulis untuk apa? Jika di blog, menulis untuk sebarkan kebaikan, ilmu atau semata-mata untuk naikkan trafik? Cuba fikir kembali niat menulis sama ada untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, atau sebab seronok lihat orang lain ada blog atau untuk promosi bisnes anda. Jika menulis buku, adakah untuk berkongsi kebaikan atau semata-mata untuk royalti? Setelah kita kenal pasti tujuan dan niat menulis, barulah jelas dan kita tak hilang arah dan minat. 2. CARI SATU KATA HIKMAH ATAU MUTIARA KATA DAN TULIS MENGENAINYACuba cari di internet poster kata hikmah/mutiara kata atau apa…

6 Cara Atasi Masalah Lipat Kain

Image
Teks: Hifzaila Hafni Gambar: Google
Dalam banyak-banyak kerja rumah, saya kira kerja yang paling merunsingkan kebanyakan suri rumah atau suri bekerja adalah untuk MELIPAT KAIN.
Kerja melipat kain ini agak mengambil masa jika ahli keluarga yang ramai dan jika dibasuh dalam kuantiti yang banyak.
Kain yang lama dikumpul dan tidak dilipat ini masalahnya adalah kesukaran untuk mencari pasangannya (stoking atau baju anak-anak sepasang) dan berkedut seribu. Maka, sedikit sebanyak mengundang stres bagi sesetengah orang. Manakan tidak, nak mencari baju sudah satu hal, nak menggosok satu hal lagi dek terlalu berkedut.
Namun begitu, ada suri yang bijak mengatasi masalah ini sekaligus tidak menjadikan isu melipat kain ini suatu yang serius. Walau bagaimana pun, terpulang kepada keselesaan dan kemampuan masing-masing untuk atasi masalah kain bertimbun tidak berlipat ini.
Saya kongsikan 6 cara untuk atasi masalah untuk lipat kain ini.
Cara 1 Jemur baju menggunakan penyangkut, setelah kering, terus…

Kisah Inspirasi SOHO Mum untuk Mereka Yang Ingin Resign

Image
Bukan suatu keputusan yang mudah bagi ibu yang biasa bekerja untuk berhenti dan berada di rumah. Namun, dalam sesetengah keadaan memerlukan ibu terpaksa berbuat demikian.
Perjalanan seterusnya pasti penuh cabaran namun kita tak keseorangan. Yang merangka mahu berhenti, atau sudah pun berhenti, boleh ambil inspirasi daripada kisah mereka yang terlebih dahulu mengambil langkah untuk 'resign'. 
Semoga apa jua perjuangan dan tujuan seseorang ibu selepas berhenti kerja, saya doakan semuanya berjaya.
Ikuti ulasan ebook Yeay! Mama Sudah Resign berikut.


Dipetik dari blog Puan Eko Salina. http://ekosalina.blogspot.my

"Apabila kita sudah bersedia dan berlapang dada, maksudnya kita tidak ada lagi keluh kesah dalam kehidupan. Keluh kesah akan dugaan dan cabaran. Kerana manusia itu sendiri adalah khalifah, selagi mana masih dapat membuka mata, maka tujuan dan matlamat kehidupan adalah memberi sebaik-baik manfaat"  - Masayu Ahmad -
Setelah sebulan diperam di dalam inbox email akhirnya ber…

Ulasan Kelas Asas Blog ABDR - Puan Nor Mahsuri

Di Akademi Bekerja Di Rumah, setiap ahli yang telah menamatkan 44 entri blog perlu membuat ulasan kelas dan dikongsi oleh ahli-ahli yang lain. Kali ini, saya memilih ulasan daripada Puan Nor Mahsuri Mhd Nordin. Jemput baca ulasan beliau tentang kepentingan berblog dengan guru di ABDR. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Teks : Nor Mahsuri Mhd Nordin Blog: Bisnes Online Suri Berkerjaya ( https://normahsurinordin.blogspot.my ) Guru Bimbingan : Anys Idayu Zakaria
Assalamualaikum w.b.t. pengunjung blog BOSB
Hampir 2 tahun rasanya saya sudah tidak menggunakan laptop untuk menaip entri di dalam blog ini. Ini disebabkan broadband yang saya gunakan telah diblock. Salah saya sendiri sebab sudah lama tidak top-up untuk aktifkan semula broadband tersebut. Jadi, terpaksalah saya menggunakan talian internet pada handphone untuk menaip entri pada blog saya. Rasa payah juga menaip teks yang panjang menggunakan handp…

Tugas Pengurus Online ABDR

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Pengurus Online (PO), macam hebat saja bunyinya kan? Tapi, itulah 'jawatan' ahli dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang aktif dalam mempromosi produk-produk ABDR seperti kelas blog, kelas akaun dan ebook.


Tugas PO dalam ABDR ini, antara lain merangkumi: urusan pendaftaran kelas blog online/offline atau kelas asas akaun (daftar dan terima bayaran)urusan tempahan ebook (ambil order, terima bayaran, emel pautan ebook kepada pelanggan)membuat ulasan kelas yang disertaimembuat ulasan ebook yang selesai dibacaberkongsi promosi bulanan pakej ebook menjadi penghubung antara Guru Online (GO) dengan bakal ahli

Setiap PO, layak menerima komisen bagi setiap pendaftaran baru bagi mana-mana kelas, serta setiap pembelian ebook. Jika mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pengasas ABDR, setiap PO berhak menerima imbuhan atau 'reward' yang telah diputuskan untuk bulan berkenaan. PO juga dikenali sebagai Rakan Niaga dalam jemaah ABDR. 


Melalui ABDR ini, setiap PO…

Penulisan Artikel, Pilih Topik yang Diminati

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniDalam penulisan, saya gemar menulis artikel berfakta atau non-fiksyen. Disebabkan saya lemah sikit bab imaginasi maka saya kurang menulis novel atau cerpen, cuma suka membaca sahaja.Topik yang saya suka tulis lazimnya berkaitan dengan keluarga dan anak-anak, yang paling saya suka ialah topik pemakanan anak.Blog saya khusus tentang panduan pemakanan anak boleh dibaca di SINI .Bab pemakanan sangat dekat di hati saya. Sebenarnya dulu ada juga cita-cita nak menjadi ahli dietetik tapi arwah ayah saya tak izinkan. Tapi minat dalam bidang tersebut tak pernah hilang bahkan sejak ada anak, saya bertambah suka. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya tentang pemakanan anak, saya suka sekali kalau dapat berkongsi dengan ibu-ibu lain dan bertukar-tukar pendapat serta menu sihat untuk anak dan keluarga.Memang tak mudah nak menerapkan amalan pemakanan yang sihat pada mulanya, tetapi dengan sedikit usaha dan kerjasama daripada suami, perlahan-lahan kami cuba jayakan …

Mengurus Jadual Bekerja Di Rumah

Teks: Hifzaila HafniSalah satu cabaran terbesar apabila bekerja di rumah adalah menguruskan masa. Disebabkan kita punya masa yang fleksibel yang tidak terikat dengan waktu pejabat, kadangkala kita sering terleka dan banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.Saya juga tidak terlepas daripada masalah ini, dan hampir saban hari, saban minggu, jadual tetap berubah mengikut kesesuaian dan keadaan. Jika di peringkat awal bekerja di rumah dahulu, tekanan menguruskan masa agak besar, tapi kini dengan sedikit pengalaman dan pembacaan serta perkongsian daripada rakan-rakan lain yang turut bekerja di rumah banyak membantu saya menstrukturkan semula jadual harian.Tiada satu pun jadual yang ideal atau sempurna untuk diikut. Hanya kita yang tahu situasi dan komitmen yang perlu setiap hari. Kita juga yang paling tahu dan faham kekuatan dan keupayaan diri sendiri. Jadi setiap orang berbeza cara pengurusan dan keperluannya. Maka, mengambil contoh atau menjadikan jadual raka…

Menjadi Editor/Penterjemah yang Bekerja Di Rumah

Image
Teks: Hifzaila HafniSelain menjadi editor bebas, saya juga ada menerima kerja-kerja penterjemahan.Tapi, setakat ini kerja terjemahan yang saya lakukan terhad kepada subjek Sains dan Biologi sahaja. Disebabkan sedikit pengalaman menterjemah teks subjek-subjek tersebut semasa bekerja sebagai editor tetap suatu masa dulu, saya teruskan dengan menjadi penterjemah sambilan.Namun, saya masih bercita-cita untuk menjadi penterjemah bertauliah pada masa akan datang.Lazimnya, kerja sebagai editor dan penterjemah boleh seiring. Bahkan sangat berkait rapat antara satu sama lain. Jika selama ini saya menterjemah berdasarkan ilmu hands on sahaja, kini saya ingin lebih serius mendalami ilmu penterjemahan melalui kelas atau kursus penterjemahan.Terdapat beberapa institusi atau individu yang menawarkan kelas atau kursus penterjemahan, yang mana amat berguna bagi mereka yang berminat atau ingin melakukan kerja sambilan.Saya akan kongsikan pada entri yang akan datang, ya.Hifzaila
Editor di rumah========…

Salam Maal Hijrah 1438H

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur untuk masuk ke tahun baharu Hijrah, 1438.
Alhamdulillah juga, diberi kesempatan untuk baca doa akhir dan awal tahun dalam keadaan bertenang, di rumah dengan suami dan anak-anak.
Jujurnya saya rasa amat rugi kalau terlepas baca doa-doa ini. Maklumlah, kita doa untuk setahun yang telah berlalu dan juga untuk setahun yang akan datang. Biarpun doanya pendek sahaja tapi bermakna.
Di tahun baharu hijrah ini, tidak banyak yang saya harapkan selain ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga.
Saya percaya bila kita dapat menggembirakan atau membahagiakan keluarga sendiri, rezeki jua akan datang seiring. 
Semoga Allah terus beri saya kekuatan untuk menjadi ibu bekerja di rumah yang kental dan bersemangat, menjadi ibu terbaik untuk anak-anak serta isteri yang melengkapi,  membahagiakan dan menyenangkan suami. 
Salam Maal Hijrah, bersama kita berhijrah kepada hidup dan visi yang lebih baik.
Hifzaila
Hijrah itu perjuangan
===========…