Posts

Showing posts from May, 2016

Raikan Kegembiraan Walaupun Kecil

Teks: Hifzaila HafniRaikan yang kecil untuk peroleh yang lebih besar.Betul, raikan kejayaan atau kegembiraan yang kecil dahulu, dan syukur. Doakan semoga selepas ini yang kecil-kecil itu berkembang besar.Sebagai seorang yang berniaga online, walaupun ada yang sekadar bertanya atau minta pm pun saya dah rasa gembira. Apatah lagi kalau berjaya close sale, memanglah itu kegembiraan berganda, walaupun komisen tidaklah sebesar mana.Kenapa saya rasa begitu?Rupanya ada juga yang sudi singgah blog saya seterusnya berminat dengan produk yang saya niagakan. Atau mungkin mereka mencari sesuatu produk di Google dan terjumpa blog saya. Mungkin juga kesan beriklan di FB page atau Instagram. Dari mana sahaja pelanggan yang datang, saya cuba meraikan sebaik yang saya mampu. Mereka sudi menyapa, walaupun pada akhirnya tidak berjaya close sale pun tidak mengapa, mungkin rezeki di masa akan datang. Atau dari kenalan-kenalan mereka. Allah Maha Tahu.Dan hari ini, saya sangat gembira ada kawan yang ingin m…

Bidang Kerja yang Sesuai untuk Suri Rumah

Image
Teks: Hifzaila HafniPerlukah suri rumah 'bekerja'?Suri rumah pada zaman sekarang amat berbeza berbanding dengan suri rumah zaman dahulu. Dari segi peluang, pada saya suri rumah zaman sekarang terdedah kepada pelbagai jenis peluang, tinggal sahaja mahu merebut dan mencuba, atau tidak.Dengan kemudahan online, banyak peluang yang boleh dipertimbangkan jika suri rumah tersebut benar ingin melakukan sebarang kerja yang bersesuaian walaupun hanya daripada rumah.Antara bidang-bidang kerja yang sesuai untuk suri rumah bermula adalah:1. Servis makanan
Bidang yang agak popular menawarkan pelbagai jenis peluang. Katering, bakeri, penghantaran, kuih-muih, sarapan, makanan ringan dan sebagainya. Boleh masak sendiri dan mengambil tempahan, boleh juga anjurkan kelas masakan, atau ada juga yang hanya menguruskan order dan promosi tetapi makanan dimasak oleh pihak yang telah dipilih. Bidang kerja ini boleh dilakukan di rumah sahaja. 2. Jahitan
Satu lagi bidang yang popular dalam kalangan suri …

Hargai dan Hormati Tugas Editor

Image
Teks: Hifzaila HafniAmukan editor?Terpana seketika bila membaca satu status Tuan Zamri Mohamad, trainer kursuspenulisan.com tentang editor. Jika sebelum ini, beliau banyak berkongsi tentang penerbitan buku, menjadi penulis dan kursus penulisan tetapi beberapa hari lepas tentang penghubung antara penulis dengan penerbit iaitu editor. Boleh baca luahan beliau di SINI.Saya sebagai editor (biarpun saya editor buku sekolah) amat memahami apa yang Tuan Zamri perkatakan. Betul, tugas editor adakalanya 'mungkin' disalah anggap atau disalah guna oleh penulis. Bukan semua ya. Sebilangannya sahaja. Berdasarkan pengalaman saya sendiri yang tidaklah berapa lama sangat ini, saya hampir bersetuju dengan apa yang beliau utarakan.Benar, editor tugasnya menyunting dan mencantikkan sesuatu karya. Bukan senang tahu, lebih lagi jika manuskrip yang tiba di tangan tidak mengikut spesifikasi yang diberi. Bukan semua penulis mampu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Disebabkan itu, adakalanya …

Nikmat Sihat sebelum Sakit

Image
Teks: Hifzaila HafniKadangkala Allah beri sakit dan ujian untuk kita lebih ingat kepada Dia. Malam tadi, saya diserang sakit perut yang amat sangat. Memulas-mulas hinggakan baring pun mengerekot menahan sakit. Seksa benar rasanya bila angin dalam badan tak keluar. Bergelora rasa dalam perut. Masa tu barulah terfikir apa yang dimakan sepanjang siang tadi. Ikan masak pindang (terlebih masam), terung cili (angin dan pedas), buah kedondong 7 biji sederhana. Makan malam pula lewat tadi. Ha! Kombo sangatlah penyebab angin.Saya sapu sedikit minyak kayu putih di perut. Suami tolong sapu dan urut kaki, tengkuk dan belakang. Alhamdulillah banyak kali juga sendawa. Tapi tak puas rasa macam banyak lagi angin yang belum keluar. Lepas tu cuba minum air suam. Sendawa lagi. Disebabkan terlalu mengantuk, akhirnya tertidur hinggalah sakit perut datang lagi dan memerlukan saya ke tandas. Alhamdulillah lega sedikit setelah berpeluh-peluh nak mengeluarkan segala isi perut. Agaknya sembelit juga tapi saya …

Bukan Ibu Sempurna

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: PinterestPernahkah kita terfikir, adakah kita boleh jadi seperti mana mak atau mak mentua kita?Anak sulung saya kurang sihat 2-3 hari ini. Kurang makan, kurang minum, main pun ala-ala saja tapi bercakap tu banyak jugalah kalau ada perkara yang tak diturutkan. Saya pula bila dah berkali-kali pujuk dia untuk makan atau minum, tetap tak jalan, saya jadi putus asa dan penat. Manakan nak melayan adiknya pula. Mujur adiknya tak memilih makan, apa saja saya suapkan, dia terima saja dan makan hingga kenyang alhamdulillah.Kadang-kadang saya terfikir, adakah ibu yang baik akan melakukan begitu? Mesti akan diusahakan juga memujuk betul tak? Tapi saya tak mampu. Bab makan, macam-macam dah saya usulkan dia tetap tak mahu. Saya xah mati kutu. Yang dia nak makan semuanya yang tak ada di dapur. Dan saya pula tak ada kenderaan nak keluar. Ada ketika dia langsung tak makan. Tunggu sampai abahnya balik kerja lewat petang baru dia makan. Abahnya paksa dia makan, baru dia makan.…