Posts

Showing posts from April, 2016

Pengajaran daripada filem Shrek Forever After

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: dealflicks dot comBenarkah kita benar-benar mahu kehidupan yang dulu yang mana kita bebas membuat apa saja yang kita suka, bila-bila saja yang kita mahu tanpa gangguan anak-anak atau suami/isteri?Filem Shrek Forever After ini sudah lama, mungkin sekitar tahun 2007, cuma saya yang baru berpeluang menonton. Itupun sebab pasang untuk anak-anak. Namun kesudahannya bukan anak yang menonton tetapi saya.Saya tidak dapat nafikan, dengan rutin harian sebagai suri rumah, adakalanya mengundang bosan dan jemu juga. Pernah juga terfikir, alangkah baiknya jika apa yang saya rancangkan setiap hari berjalan seperti yang dirancangkan, apa yang saya ingin buat, saya boleh lakukan tanpa kekangan. Maklumlah dengan anak-anak kecil, yang perlukan banyak perhatian, kadangkala saya terbungkang kelelahan melayan 2 jenis kerenah. Ada juga ketika, ada sedikit masa untuk saya lakukan kerja saya, saya pula sudah kehabisan tenaga. Situasi inilah yang saya lihat dalam filem Shrek ini. Bil…

Alumni ABDR di Majalah

Teks: Hifzaila HafniMasih lagi tentang topik 'keluar majalah'. Sebenarnya sudah ramai alumni Akademi Bekerja Di Rumah telah diberi peluang untuk muncul di pelbagai majalah, dengan pelbagai kisah atau artikel masing-masing. Tetapi, yang pasti, setiap minggu, pengasas ABDR (Puan Masayu Ahmad) wajib muncul di majalah Mingguan Wanita kerana ada kolum tetap iaitu Panduan Bekerja Di Rumah. Beliau akan berkongsi banyak panduan tentang bekerja atau berbisnes di rumah.Antara alumni ABDR yang telah muncul di majalah (kisah sendiri atau artikel) boleh dilihat di link berikut:1. Puan Zaila Mohamad (Guru Online ABDR)
http://zailamohamad.blogspot.my/2014/10/jadikan-akademi-bekerja-dari-rumah.html2. Puan Anys Idayu Zakaria (Guru Online ABDR)
http://anysidayu.blogspot.my/2016/04/perkongsian-kisah-saya-di-majalah.html3. Puan Siti Naimah Norman
http://naimahnorman.blogspot.my/2016/02/dua-cemburu-yang-wajib.html?m=14. Puan Zeela Lamin
http://zeelalamin.blogspot.my/2015/12/inspirasi-artikel-buat-tuka…

Pengalaman Photoshoot dan Temu ramah di Majalah Keluarga (Mei 2016)

Image
Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah, akhirnya Allah beri peluang muncul di majalah. Itu adalah antara salah satu impian zaman silam. Rupanya Allah perkenan!

Saya terlibat sebagai salah seorang daripada 30 orang ibu muda dengan pelbagai bidang kerja dan latar belakang; yang berkongsi pengalaman bersama ibu masing-masing dalam Edisi Hari Ibu untuk majalah Keluarga keluaran bulan Mei 2016. Memang sangat teruja dan saya pada mulanya juga tidak percaya tapi itulah dikatakan rezeki.




Bagaimana saya boleh terpilih?


Mulanya melintas status Facebook Puan Masayu Ahmad (Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah) yang bertanyakan jika ada ibu-ibu yang bekerja di rumah yang terlibat dalam bisnes servis atau perkhidmatan. Dengan sepantas mungkin, saya pm beliau dan memaklumkan yang saya menawarkan perkhidmatan menyunting (editing) dan menterjemah. Lantas beliau minta saya hubungi Puan Netty Ah Hiyer (Timbalan Editor Majalah Mingguan Wanita) seterusnya Puan Netty menghubungkan saya dengan wartawan majalah Kelu…

Bidang Tugas Seorang Editor Buku

Teks: Hifzaila Hafni
Bila mana saya ditanya apa kerja saya, dan jawapan saya editor, pelbagai reaksi yang selalu saya terima.
Saya akan tetap menjawab editor, tetapi lazimnya jawapan saya akan disusuli dengan muka yang berkerut pada si penanya. Jadi selepas itu saya akan terangkan sedikit bahawa kerja saya buat buku sekolah. Lebih mudah begitu. 
Dalam kalangan rakan-rakan, seringkali jawatan editor dipandang hebat. Kebanyakannya beranggapan saya bekerja sebagai editor majalah! Oh saya belum layak ke tahap itu dan bidang tugasnya amat berbeza. Jadi saya tetap perlu terangkan bahawa saya adalah editor buku sekolah, buku rujukan sains sahaja bukan majalah fesyen atau majalah lifestyle. Hehe.
Editor boleh datang dari pelbagai bidang. Selain editor majalah, editor buku  (seperti saya), juga terdapat video editor. Semuanya dengan skop kerja yang berbeza. Tapi saya hanya terangkan lebih lanjut bidang tugas editor buku sahaja ya. Mengetahui bidang tugas editor buku sedikit sebanyak dapat mem…

Kerjaya Sebagai Editor

Teks: Hifzaila HafniMenjadi editor bukanlah satu kerjaya impian saya tetapi mungkin atas minat Allah lorongkan saya ke arah itu.Saya sedari sekolah, sangat minat dengan penulisan dan penerbitan. Semasa bersekolah, sering juga sertai pertandingan penulisan dan menghantar artikel untuk majalah sekolah. Sewaktu di kolej, melibatkan diri dalam sidang redaksi majalah. Dan subjek kegemaran saya sudah tentulah subjek bahasa (Bahasa Malaysia dan Inggeris). Bermulanya kerjaya saya sebagai editor apabila berjaya dalam temuduga untuk jawatan editor sains di salah sebuah syarikat penerbitan buku-buku pendidikan dan sekolah. Saya ternampak iklan jawatan kosong tersebut semasa sibuk mencari kerja dan menghantar resume bila mana kontrak saya sebagai pembantu penyelidik di USM ketika itu hampir tamat. Saya hanya ingin mencuba nasib walaupun syarat kelayakan yang diperlukan adalah berpengalaman. Saya ini sudahlah tiada pengalaman, tiada asas dalam bidang penerbitan pula (menyunting, membaca pruf). Tap…