Posts

Showing posts from March, 2016

Mula Bisnes Modal Rendah Melalui Sistem Dropship

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: GoogleAntara dilema suri rumah yang ingin jana pendapatan di rumah adalah MODAL. Kita sering dengar untuk memulakan apa jua bisnes memerlukan modal yang besar. Kita perlu ada stok barang dahulu baru boleh berbisnes.Tapi benarkah begitu?Sebahagiannya BENAR. Ya, berbisnes perlukan modal. Tapi nasihat sifu-sifu bisnes, jika baru nak bermula, mulakan dengan modal yang RENDAH. Jadi risikonya juga rendah. Apa jua yang berlaku, kita tak kerugian besar. Dan dalam masa yang sama, kita belajar selok-belok berbisnes.Saya mahu fokus kepada menjadi EJEN DROPSHIP. Yang mana kaedah ini adalah sesuai bagi mereka yang baru nak menceburkan diri dalam bisnes. Selain suri rumah, suri bekerja juga boleh lakukan secara sambilan untuk mendapat pendapatan tambahan. Bagi saya sendiri, saya juga lebih senang memilih menjadi ejen dropship, selain hanya perlukan modal yang rendah, sistem ini juga tak memerlukan anda untuk MENYIMPAN STOK DAN URUS PENGEPOSAN. Urusan ini akan dilakukan ol…

Bisnes Nasi Lemak Depan Rumah

Image
Teks: Hifzaila HafniDulu-dulu semasa saya masih bekerja dan menghantar anak ke taska, selalu singgah belikan sarapan di sebuah rumah yang mana di depan pagarnya diletakkan meja nasi lemak bungkus dan kuih-muih.Disebabkan lokasinya amat strategik untuk saya, iaitu memang menjadi laluan saya setiap hari serta dekat pula dengan taska, memang kakak nasi lemak tersebut sering menjadi pilihan saya. Nak parking pun senang, berhenti depan pagarnya sahaja. Jadi sangat mudah.Biarpun dia hanya menjual nasi lemak bungkus dan 2-3 jenis kuih, saya tetap singgah dan beli apa yang ada. Kalau bernasib baik ada juga mihun. Ada ketika, kuih langsung dah habis. Maklumlah kuih yang dibuat pun dalam kuantiti sedikit sahaja. Kalau ada pelanggan yang datang sebelum saya dah memborong, bermakna bukan rezeki sayalah hari itu. Kalau saya sampai awal, saya siap bekalkan untuk diri sendiri juga. Nasi lemaknya ringkas sahaja. Nasi semangkuk kecil, telur dadar nipis secebis, sambal 1 sudu. Timun, ikan bilis, kacang…

Realiti Bekerja Di Rumah

Image
Teks: Hifzaila HafniSudah hampir setahun sejak saya serahkan surat berhenti kerja kepada majikan. Ini juga bermakna umur anak saya juga mencecah 1 tahun kerana saya berhenti kerja sebelum melahirkan anak kedua saya. Sepanjang setahun ini, alhamdulillah hidup sedikit tenang. Walaupun tidak bergaji tetap seperti sebelum ini tapi jiwa saya lebih tenteram. Dulu, saya perlu keluar rumah seawal 6.30 pagi dan pulang hampir 7 malam setiap hari. Perlu menghadap kesesakan lalu lintas yang tak pernah surut walaupun jarak tempat kerja dari rumah tidaklah jauh sesungguhnya amat memenatkan.Jadi, seronokkah bekerja di rumah? Antara seronok dan tidak.- Seronok sebab kita punya LEBIH MASA di rumah untuk urus keluarga.
- Seronok juga tak perlu mengadap JEM setiap hari.
- Seronok berpeluang JAGA ANAK sendiri.
- Tak perlu fikir untuk ambil CUTI Yang tidak?- Tiada lagi WAKTU MAKAN yang aman
- Kadangkala stuck dengan RUTIN SAMA setiap hari
- Perlu HATI KENTAL untuk hadapi kerenah anak-anak
- Perlu BERKO…