Posts

Showing posts from January, 2016

Seronoknya Jadi Suri Rumah!

Teks: Hifzaila HafniBismillah.Seronok ya, jadi suri rumah?Definisi seronok atau tidak bergelar suri rumah, terpulang kepada tuan empunya sendiri. Ada yang rasa seronok berada di rumah, dikelilingi anak dan urus rumah tangga. Tapi ada yang merasakan jiwanya sesuai berada di luar rumah. Tak kisah la mana-mana.Bagi saya, seronok juga. Sebab saya jenis yang suka bekerja pada waktu fleksibel. Saya sebenarnya tak menjiwai kerja pejabat yang mengadap komputer atau rutin yang sama dari pagi sampai petang. Dulu masa muda belia, ok lah. Sekarang ni dah kurang menjiwai dah rutin kerja begitu. Kita bagi laluan orang yang kental dan tabah saja terus bekerja macam tu ya.Seronok satu lagi sebab saya tak perlu fikir cuti. Suami kata nak ke mana-mana, saya ok saja. Maklumlah kerja saya banyak secara online saja. Kalau tiba hari check up anak pun, tak perlu fikir nak ambil time off atau time slip. Tapi, dalam seronok tu, ada juga yang taklah seronok sangat. Suri rumah ni mungkin banyak masa sekitar rum…

Solat Dhuha, Bukan Sekadar Menjemput Rezeki

Image
Teks: Hifzaila Hafni

Bismillah.

"Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu." (Riwayat Abu Dawud)

Selama ini, kita memang biasa dengar melazimi solat dhuha untuk memurahkan dan menjemput rezeki. Solat dhuha, boleh dilakukan sebanyak 2, 4 atau 8 rakaat, atau berapa sahaja rakaat yang anda mampu. Waktunya pula sejurus terbit matahari sehingga hampir masuk waktu Zuhur. Jadi, masanya agak panjang untuk kita cuba selitkan dalam rutin harian kita.

Beberapa hari sebelumnya, saya 'ter'tengok satu video yang dimuat turun oleh suami saya. Video slot Fattabiouni yang sering ditayangkan  di TV Al Hijrah. Sementelah kami yang ketiadaan tv di rumah ini, maka video begini lah menjadi peneman sekali sekala. Ada satu video yang bertajuk 'Solat Dhuha - Cara dan Kelebihannya'. Saya agak terpaku menonton episod ini, dan sememangnya amat terkesan. Rupanya solat dhuha bukan sekadar u…

Ingin Mula Perniagaan Tapi Tiada Idea?

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Bismillah.

Nak jadi orang yang berilmu dan berpengetahuan luas, mahu tak mahu kita kena paksa diri membaca. Dan sudah tentu kena pilih bahan bacaan yang sesuai dan membangunkan minda dan kendiri. Elakkan membaca bahan yang negatif dan tidak berfaedah ya.

Bagi yang berbisnes, salah satu buku yang saya ingin cadangkan adalah Nota Jutawan Nota Perniagaan yang ditulis oleh Saudara Irfan Khairi, terbitan Telaga Biru.



Saya cuma nak kongsi satu topik dalam buku ini berkenaan 'Ingin Memulakan Perniagaan Tapi Tiada Idea'. 

Irfan Khairi (IK) menyarankan 2 tips berikut jika seseorang itu mengalami masalah di atas.

Tips #1: Cari Masalah

Dengan mengenal pasti masalah yang berlaku, kita dapat menawarkan jalan penyelesaian atau solusi kepada masalah tersebut dalam bentuk perniagaan. Perniagaan yang berjaya adalah yang dapat menyelesaikan masalah orang lain.

Contoh masalah:
Nak kurus tapi tak boleh kawal nafsu makan

Penyelesaian:
Anda boleh tawarkan produk / t…

Suri Rumah Mesti Pandai Masak?

Image
Teks & Foto: Hifzaila HafniBenarkah menjadi suri rumah mesti pandai masak, dan masak mesti sedap?Tak semua suri rumah pandai masak. Dan kalau masak tak semestinya sentiasa sedap. Yang penting MAHU dan RAJIN memasak. Bukannya perlu masak yang rumit, cukuplah sekadar yang kita mampu dan mudah. Juga yang menjadi kegemaran sekeluarga. Takkan setiap hari nak membeli di luar, sesekali tak mengapalah...tukar-tukar selera. Lagipun suri rumah, pada saya sangat baik kalau mampu masak sendiri. Jimat belanja, kebersihan terjaga. Makan pun lebih puas hati (kalau masakan menjadi hehe).Saya mengaku saya kurang mahir memasak tapi saya SUKA memasak. Dan saya suka juga cuba resipi baru. Tambahan pula suami seorang yang suka makan dan sangat menyokong saya masak. Banyak buku dan majalah masak yang dibelinya. Dan setiap kali masak, dialah pengkritik utama untuk penambahbaikan. Biasalah memasak ni, ada juga fasa tak menjadi, hangit, terlebih masin, terlalu pedas, tawar... begitulah yang dikatakan peng…

Suri Rumah Positif, Keluarga Gembira

Teks: Hifzaila Hafni

Menjadi suri rumah lebih10 bulan ini, alhamdulillah sahaja saya mampu ucapkan. Saya tahu peluang begini turut menjadi idaman sebilangan ibu yang bekerja juga, namun percayalah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, sama ada berstatus suri rumah atau ibu bekerja - itulah yang terbaik yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Selama tempoh ini, saya tak nafikan memang pada awalnya agak sukar saya nak mengawal emosi dan masa antara anak-anak, urusan rumah tangga dan bisnes online. Sememangnya menuntut komitmen yang besar. Namun dengan bantuan suami, alhamdulillah perlahan-lahan saya sudah mula boleh mengawal emosi dan masa dengan lebih teratur, biar pun ada ketikanya terbabas juga. Tapi, terbabas sedikit sahaja lah ya. Bukan apa, suri rumah amat perlu menjaga emosi kerana seluruh keluarga bergantung padanya. Kenapa saya cakap begitu?

Sebab, jika ibu emosinya stabil dan terkawal, dia akan melakukan kerja-kerja rumah dengan gembira dan lebih baik. Dia akan fikir kerja yang d…

Ebook Persediaan Mula Bisnes Di Rumah untuk WAHM

Image
Teks & Imej: Hifzaila HafniSuri rumah atau suri bekerjaya yang berniat untuk mula bisnes di rumah, amat perlu ada ilmu walaupun sedikit.Ilmu apa?Ilmu mula bisnes, ilmu bisnes yang boleh beroperasi di rumah dan ilmu untuk bina kedai online/maya sendiri.Untuk suri rumah atau suri bekerjaya yang ingin menjana pendapatan sendiri di rumah sama ada full time atau part time, boleh ambil idea daripada ebook 101 IDEA HOME BASED BISNES.Khas untuk para wahm, jika masih tercari-cari cara menguruskan masa antara kerja/bisnes dengan urusan rumah tangga dan anak-anak, yang jika tidak diurus dengan baik amat mengganggu emosi dan urusan kerja - jemput hadamkan ebook SUPER WAHM SUPER MOM. Ramai suri berkongsi pengalaman masing-masing yang mana setiap kita boleh mengambil contoh dan menggunakannya dalam hidup kita pula.Mahu mula bisnes online tapi buntu bagaimana caranya, jemput baca ebook 10 LANGKAH MUDAH BINA KEDAI ONLINE. Ikut langkah yang disarankan dan anda mampu memiliki kedai online anda send…

FAQ Kelas Asas Blog Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Image
Teks: Hifzaila Hafni

Memulakan blog sebenarnya tidaklah sukar. Tapi bagi sebahagian kita yang mungkin kurang mahir atau kurang terdedah kepada blog akan merasa menghasilkan blog adalah sesuatu yang BESAR dan MENCABAR.

Tapi, bagi yang sudah ada blog pula, mungkin nak KONSISTEN menulis itu yang dirasakan mencabar. Ada yang kata dah tak pandai nak karang ayat, takde idea nak menulis atau dah jemu.

Jadi sebenarnya, senang atau sukar berblog bergantung kepada individu. Tapi yang pasti, biarpun ada Facebook, Instagram atau lain-lain media sosial, BLOG tetap relevan untuk menyampaikan konten (terutamanya bagi yang berbisnes).

Kenapa?
1. Konten di blog akan kekal dan boleh dicari sepanjang masa melainkan blog ditutup. Dan kontennya mudah dicari dan dijumpai oleh sesiapa sahaja, bila-bila masa.

2. Bakal pelanggan atau pelanggan mudah akses dan mendapat info tentang produk atau servis yang kita tawarkan dengan lebih terperinci. Nak cerita panjang lebar di blog pun tak ada masalah.

Itu antara k…

Review Al Rayyan Homestay, Bertam, Pulau Pinang

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Homestay Malaysia
Bulan lepas, saya sekeluarga balik ke kampung agak lama untuk meraikan dan menguruskan majlis bertandang adinda saya. Disebabkan mak ayah saya dah tak ada, dan kami adik beradik pun semuanya bekerja dan menetap di Lembah Klang, jadi kami tiada penginapan tetap di kampung melainkan rumah saudara mara. Tapi saya lebih senang memilih homestay, abang saya memilih hotel atau hotel bajet untuk menginap bila balik ke kampung. Tak adalah menyusahkan saudara mara pula.
Masa balik kampung tempoh hari, saya pilih untuk menginap di Al Rayyan Homestay, Bandar Bertam Perdana 3, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Walaupun ada banyak pilihan homestay tetapi berdasarkan gambar yang saya dan suami perhatikan di FB page mereka, dekorasi rumah beserta kemudahan yang ada sangat menarik dan lengkap. Jadi kami pilih menginap di sini dengan bayaran RM150 untuk 1 malam.
Tuan punya homestay juga sangat peramah dan mesra. Mudah berurusan dengan mereka.
Kami sekeluarga men…

Jadi Surirumah Sihat dengan Gerua Workout

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: GoogleMenyahut seruan untuk menyingkirkan lemak-lemak degil tahun ini, selain jaga pemakanan (yang adakalanya sukar), saya masukkan rejim workout supaya badan lebih mudah bakar lemak dan terbentuk cantik (insya Allah).Buat permulaan, saya mula dengan Gerua Workout, yang dikongsikan oleh Tuan Shai Samsuri, seorang coach fitness. Mudah sahaja dan workout yang dicadangkan saya kira sesuai untuk saya. Nak baca lanjut cerita saya workout, di SINI ya.Suri rumah, sebenarnya kalau tak workout dalam erti kata sebenar pun, seharian melakukan kerja rumah dan mengasuh anak juga kita berworkout secara tak langsung. Dukung anak, kemas rumah, menyapu, mengutip mainan dan lain-lain. Jadi suri rumah sepatutnya lebih kurus, ya tidak?Misi kurus tahun ini masih terus. Kawal pemakanan, bersenam dan add on suplemen. Kita semua boleh!Salam inspirasi kurus,
Hifzaila Hafni

Tip Meredakan Marah Pada Anak

Teks: Hifzaila Hafni

Menjadi suri rumah, bersama anak-anak 24 jam sehari, tipulah kalau saya katakan saya tenang sepanjang masa.

Ada ketikanya semacam hilang sabar, maklumlah dengan kerenah anak-anak makin membesar, sukar juga nak mengawal perasaan.

Dengan hadirnya anak-anak syurga ini...

- di mana ummi ada, di situ mereka berkumpul
- di saat ummi buka laptop nak buat kerja, saat itu jua lah mereka nak tengok CD kegemaran
- di saat ummi sibuk di dapur, saat itu jua lah si abang buka tutup peti sejuk, si adik meneroka almari
- di waktu ummi cuba nak khusyuk solat, waktu itulah si adik meluru datang dan menarik-narik telekung
- di waktu ummi nak makan, waktu itu jua lah tiba-tiba si abang juga lapar

Pelbagai lagi ragam anak-anak sebenarnya. Memang memenatkan tetapi mereka membesar hanya sekali.

Saya, jika berasa nak marah sangat, saya tarik nafas je dalam-dalam. Kalau rasa marah sangat pada anak pun, saya simpan dulu dan cuba istighfar. Saya adakala cuba elak bercakap dengan dia sekejap…

2016: Memperkasa Potensi Suri

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: photoportrays.com
Alhamdulillah. Kita sudah pun melepasi seminggu pertama di tahun 2016 ini. Semoga kita semua masih meneruskan azam dan menjadi lebih baik daripada tahun lepas ya.
Berkenaan blog ini, untuk ke sekian kalinya bertukar lagi tajuknya.



Saya pilih tajuk Jurnal Inspirasi Suri; saya kira sesuai dan lebih bertepatan dengan misi saya tahun ini untuk mencatatkan segala pengalaman dan berkongsi cerita saya sebagai ibu, isteri dan suri yang bekerja di rumah dan berbisnes online. Saya juga sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dengan ibu semua dalam menguruskan keluarga dengan lebih tenang dan gembira, menjadi suri yang mampu menjana pendapatan sendiri dengan hanya beroperasi di rumah.
Kisah dan entri berkenaan Tips Pemakanan Anak saya kompilasikan dalam satu kategori, akan diupdate dari semasa ke semasa. Mana mungkin saya tinggalkan bab ini, bab pemakanan anak sudah pasti amat dekat dengan seorang ibu, bukan? Saya tidaklah ahli dalam bidang …