Ulasan Buku: Memulakan Bisnes Sendiri

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Buku Memulakan Bisnes Sendiri (MBS) ini ditulis oleh Puan Ainon Mohd, Pengerusi Syarikat-syarikat PTS. Kali terakhir buku ini dicetak adalah pada tahun 2007 dan dicetak semula pada tahun 2016 sebagai Edisi Kemas Kini.

Buku MBS ini merupakan buku terlaris PTS pada tahun 2006 dan harus menjadi bacaan wajib bagi bakal-bakal usahawan, tak kira dalam bidang apa yang diceburi. Dengan jumlah muka surat sebanyak 145 halaman dan bersaiz kecil, buku ini sangat handy, ringan dan mudah dibaca serta dibawa ke mana-mana.

Isi kandungan buku ini terbahagi kepada 11 bahagian, antara topik yang dibincangkan adalah Mitos Dalam Dunia Bisnes, Motivasi Memulakan Bisnes, Memilih Rakan Kongsi dan Perniagaan Gerai dan Restoran.

Penyampaian yang santai, lebih kepada perkongsian pengalaman dan pemerhatian Puan Ainon sendiri menjadikan buku ini agak ringan dibaca dan mudah difahami.

Buku MBS ini berbeza daripada buku bisnes yang biasa, yang mana kandungannya tidak menjurus kepada teori bisnes semata-mata tetapi lebih kepada realiti dan contoh sebenar yang dilalui oleh usahawan semasa mahu memulakan atau setelah menjalankan bisnes.

Bagi mereka yang ingin memulakan bisnes gerai dan restoran, amat digalakkan membaca Bahagian 10, yang memberikan faktor kejayaan restoran mamak, kedai makanan Cina dan restoran masakan Padang.

Menurut Puan Ainon dalam catatan 'Daripada Pengarang' menyebutkan:

"Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh 3 tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri."

Jika anda mempunyai perancangan mahu menceburi bidang bisnes, sama ada kecil atau besar, digalakkan membaca naskhah ini dahulu sebelum bertindak. Sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran kasar realiti sebenar dunia bisnes sebelum anda terjun ke bidang yang mencabar ini.

=============================

Berminat untuk dapatkan buku ini, boleh klik di sini .


Tip Konsisten Menulis

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: theodysseyonline

Selalu kita dengar orang mahu menulis tapi tiada idea, atau tak tahu mahu menulis apa. Ada sesetengahnya ada idea tapi seolah tersekat untuk alirkan idea tersebut.

Menulis, walaupun di blog, tetap perlu idea, inspirasi dan motivasi untuk terus konsisten. Di sini saya kongsikan beberapa tip yang boleh dijadikan motivasi untuk menulis.

1. TETAPKAN TUJUAN ATAU NIAT MENULIS

Kita menulis untuk apa? Jika di blog, menulis untuk sebarkan kebaikan, ilmu atau semata-mata untuk naikkan trafik? Cuba fikir kembali niat menulis sama ada untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, atau sebab seronok lihat orang lain ada blog atau untuk promosi bisnes anda. Jika menulis buku, adakah untuk berkongsi kebaikan atau semata-mata untuk royalti?

Setelah kita kenal pasti tujuan dan niat menulis, barulah jelas dan kita tak hilang arah dan minat.

2. CARI SATU KATA HIKMAH ATAU MUTIARA KATA DAN TULIS MENGENAINYA

Cuba cari di internet poster kata hikmah/mutiara kata atau apa-apa 'quote' berkaitan satu topik. Kemudian tulislah mengenainya. Kita boleh tulis pendapat mengenai kata hikmah tersebut atau pengalaman kita berdasarkan kata hikmah itu. Pasti ada kisah atau cerita yang boleh ditulis.

3. BANYAK MEMBACA

Ambil satu bahan bacaan. Boleh jadi artikel majalah, buku, artikel di web, sisipan berita atau sebarang jenis bahan bacaan. Boleh tulis komen atau buat ulasan tentang tajuk yang dipilih. Membaca boleh mencetuskan idea menulis. Banyak membaca, makin mudah menulis.

Menurut saudara Khairul Hakimin Muhammad, beliau membaca 4 buah buku seminggu dan berjaya menulis hampir 10 manuskrip untuk diterbitkan sebagai buku dalam setahun.

Baca perkongsian beliau di Apemazing.

4. SERTAI KUMPULAN SOKONGAN MENULIS

Sekarang ini, banyak kumpulan sokongan yang saling membantu dalam bidang penulisan. Tak kiralah sama ada menulis blog atau buku. Boleh cari di Facebook atau di web. Sertai kumpulan ini dan belajar daripada mereka yang berpengalaman. Pasti sedikit sebanyak meningkatkan motivasi menulis bila berkongsi minat dan mengambil semangat orang lain.

Suri rumah atau suri berkerjaya yang minat menulis boleh sertai kumpulan sokongan online seperti Akademi Bekerja Di Rumah yang menawarkan kelas asas penulisan.

5. FOLLOW OTAI PENULISAN

Di Facebook, bukan sahaja kita berkawan-kawan, tetapi juga mampu jadi ruang menambah ilmu. Cuba cari dan follow otai-otai dalam bidang penulisan dan belajar cara menulis melalui status mereka atau hadir ke bengkel yang mereka anjurkan. Otai penulisan boleh jadi daripada mereka yang dalam kalangan jurulatih kursus penulisan, bekas wartawan, editor majalah, penulis buku, novelis atau pensyarah penulisan. Kita boleh aplikasikan ilmu yang mereka kongsi untuk kita terus menulis.

Jadi, tidak kira sama ada kita menulis di blog atau buku, pada asasnya perlu terus berusaha menulis dan konsisten. Insha Allah jika kita sebarkan kebaikan dan ilmu, mudah-mudahan menjadi saham akhirat untuk kita.

Semoga bermanfaat dan bersemangat untuk terus menulis!

Hz
Menulis sebab minat

6 Cara Atasi Masalah Lipat Kain

Teks: Hifzaila Hafni
Gambar: Google

Dalam banyak-banyak kerja rumah, saya kira kerja yang paling merunsingkan kebanyakan suri rumah atau suri bekerja adalah untuk MELIPAT KAIN.

Kerja melipat kain ini agak mengambil masa jika ahli keluarga yang ramai dan jika dibasuh dalam kuantiti yang banyak.

Kain yang lama dikumpul dan tidak dilipat ini masalahnya adalah kesukaran untuk mencari pasangannya (stoking atau baju anak-anak sepasang) dan berkedut seribu. Maka, sedikit sebanyak mengundang stres bagi sesetengah orang. Manakan tidak, nak mencari baju sudah satu hal, nak menggosok satu hal lagi dek terlalu berkedut.

Namun begitu, ada suri yang bijak mengatasi masalah ini sekaligus tidak menjadikan isu melipat kain ini suatu yang serius. Walau bagaimana pun, terpulang kepada keselesaan dan kemampuan masing-masing untuk atasi masalah kain bertimbun tidak berlipat ini.

Saya kongsikan 6 cara untuk atasi masalah untuk lipat kain ini.

Cara 1
Jemur baju menggunakan penyangkut, setelah kering, terus gantung dalam almari atau ampaian dalam bilik.


Pro: Sangat menjimatkan masa, baju tak terkedut.
Kontra: Perlukan banyak penyangkut dan ruang atau almari untuk gantung baju dalam bilik.

Cara 2
Baju yang telah kering dikumpul dan diasingkan dalam bakul berlabel (nama ahli keluarga, kategori lain).



Pro: Mudah untuk cari baju masing-masing, angkat baju dan terus masukkan ke bakul berkenaan.
Kontra: Baju berkedut jika dikumpul terlalu lama, perlu banyak bakul dan ruang yang besar untuk muatkan semua bakul (jika anak ramai).

Cara 3
Hantar ke kedai dobi.


Pro: Baju siap dicuci dan dilipat, jika mahu boleh siap sekali gosok.
Kontra: Memerlukan kos.

Cara 4
Gunakan servis melipat kain, hubungi individu yang tawarkan khidmat melipat kain atau cleaner yang datang kemaskan rumah untuk melipat kain sekali.

Pro: Tak perlu penat melipat, tak perlu fikir masalah baju bertimbun.
Kontra:  Memerlukan kos.

Cara 5
Guna alat melipat kain (pelipat kain ajaib).



Pro: Baju terlipat kemas, anak-anak boleh membantu.
Kontra: Masih perlu peruntukan masa untuk melipat.

Cara 6
Lipat ikut kategori, baju dewasa dengan anak atau baju kerja dengan baju basahan, ikut batch.

Pro: Tak perlu kos, masih lagi baju berlipat dengan cara sendiri, guna masa yang tak terlalu panjang (sebab by batches).
Kontra: Perlu cari sedikit masa, masih perlu melipat. Aduhai.

Biarpun setinggi mana gunung baju, janganlah terlalu stres. Uruskan yang termampu. Semoga berjaya!

Hz
Lipat kain sebelum anak bangun

Kisah Inspirasi SOHO Mum untuk Mereka Yang Ingin Resign


Bukan suatu keputusan yang mudah bagi ibu yang biasa bekerja untuk berhenti dan berada di rumah. Namun, dalam sesetengah keadaan memerlukan ibu terpaksa berbuat demikian.

Perjalanan seterusnya pasti penuh cabaran namun kita tak keseorangan. Yang merangka mahu berhenti, atau sudah pun berhenti, boleh ambil inspirasi daripada kisah mereka yang terlebih dahulu mengambil langkah untuk 'resign'. 

Semoga apa jua perjuangan dan tujuan seseorang ibu selepas berhenti kerja, saya doakan semuanya berjaya.

Ikuti ulasan ebook Yeay! Mama Sudah Resign berikut.



Dipetik dari blog Puan Eko Salina.


"Apabila kita sudah bersedia dan berlapang dada, maksudnya kita tidak ada lagi keluh kesah dalam kehidupan. Keluh kesah akan dugaan dan cabaran. Kerana manusia itu sendiri adalah khalifah, selagi mana masih dapat membuka mata, maka tujuan dan matlamat kehidupan adalah memberi sebaik-baik manfaat"
 - Masayu Ahmad -

Setelah sebulan diperam di dalam inbox email akhirnya berjaya juga khatamkan ebook Yeay! Mama Sudah Resign.


Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca ebook ini .  Ebook ini sangat sesuai dibaca oleh wanita yang bekerja dan boleh dijadikan panduan buat mereka yang bercita-cita untuk menjadi WAHM.


Melalui ebook ini, kita dibawa bersama dalam perkongsian impian wanita yang bekerjaya untuk menjadi suri rumah. Namun begitu, menjana wang dari rumah adalah pilihan utama mereka.  Perkongsian yang diberikan sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar bukannya sesuatu yang mudah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dimana memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal.  Namun dengan persediaan yang rapi dan dengan izin Allah, mereka dapat menjadi WAHM yang berjaya.



'Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-'Alim (Maha Mengetahui)'. - Surah Al-'Ankabut: Ayat 62


Saya begitu teruja dengan perkongsian cerita dari 10 orang usahawan SOHO (Bisnes dari Rumah).  Mereka adalah dari pelbagai latarbelakang akademik yang berbeza, namun punyai matlamat yang sama iaitu menjadi suri rumah dan menjana pendapatan dari rumah. Pelbagai cabaran dan dugaan yang mereka tempuhi sebelum menjadi usahawan yang berjaya. Berkat kesabaran dan sokongan daripada keluarga membuatkan mereka terus berada di dalam bidang perniagaan. Ini secara tidak langsung dapat memberi kita inspirasi dan motivasi kepada suri yang bekerjaya yang masih mencari-cari jalan untuk menjadi WAHM.



'Jika kita mula berniaga dalam keadaan kita mahu menggantikan pendapatan kita dalam keadaan terdesak, impaknya kita akan mudah berputus asa sekiranya pendapatan dari perniagaan itu tidak setimpal dengan pendapatan sewaktu bekerja. Kita perlu ingat, dalam perniagaan ada masa kita untung besar, dan adakalanya kita untung sedikit. Bersedia dan merancang'. - Nora Afzam


Selain itu, bahagian dua ebook ini yang mempunyai Q&A dapat memberi kefahaman yang lebih jelas ke mana hala tuju kita sekiranya kita memilih untuk menjadi WAHM. Secara keseluruhannya tidak rugi kita memiliki ebook ini.  Tahniah kepada penulis ebook ini Puan Masayu Ahmad kerana telah menghasilkan ebook 'Yeay! Mama Sudah Resign'.  Ebook yang mudah untuk difahami serta santai tetapi padat dengan perkongsian yang menarik.


Kepada wanita bekerja di luar sana yang mempunyai keinginan untuk bergelar bos kepada diri sendiri suatu hari nanti jangan lepaskan peluang untuk memiliki ebook ABDR terlaris ini.

Berhasrat untuk memiliki ebook ini, boleh isi borang pesanan di SINI .

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR


Ulasan Kelas Asas Blog ABDR - Puan Nor Mahsuri

 
Di Akademi Bekerja Di Rumah, setiap ahli yang telah menamatkan 44 entri blog perlu membuat ulasan kelas dan dikongsi oleh ahli-ahli yang lain.
 
Kali ini, saya memilih ulasan daripada Puan Nor Mahsuri Mhd Nordin. Jemput baca ulasan beliau tentang kepentingan berblog dengan guru di ABDR.
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
Teks : Nor Mahsuri Mhd Nordin
Blog: Bisnes Online Suri Berkerjaya ( https://normahsurinordin.blogspot.my )
Guru Bimbingan : Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum w.b.t. pengunjung blog BOSB

Hampir 2 tahun rasanya saya sudah tidak menggunakan laptop untuk menaip entri di dalam blog ini. Ini disebabkan broadband yang saya gunakan telah diblock. Salah saya sendiri sebab sudah lama tidak top-up untuk aktifkan semula broadband tersebut. Jadi, terpaksalah saya menggunakan talian internet pada handphone untuk menaip entri pada blog saya. Rasa payah juga menaip teks yang panjang menggunakan handphone. Alhamdulillah, sekarang sudah beli nombor baru untuk digunakan pada broadband. Mudah nak menaip menggunakan laptop semula.

Alhamdulillah kini saya telah dapat menulis sehingga ke entri yang ke 81. Seingat saya, mulanya saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah ni semenjak bulan Julai 2013. Sekarang dah masuk 3 tahun lebih usia Blog Bisnes Online Suri Berkerjaya ni. Walaupun blog ini bukanlah blog yang hebat, tetapi dengan penulisan yang ada kini saya boleh mencapai entri yang ke 81. Terima kasih diucapkan atas tunjuk ajar dan bimbingan dari Puan Anys Idayu Zakaria, guru online saya di Akademi Bekerja Di Rumah ini.

Segala tunjuk ajar serta dorongan yang diberikan oleh Puan Anys Idayu Zakaria membuatkan blog BOSB ini menjadi lebih matang. Mempunyai guru dalam menulis blog, amat berbeza jika kita menulis sendiri. Jika menulis sendiri, kita tidak tahu hala tuju dan menulis berdasarkan keinginan dan naluri sahaja. Dengan berguru blog menjadi lebih terarah berpandukan bimbingan yang disediakan berdasarkan tajuk utama blog. Jadi blog akan lebih bermanfaat untuk dibaca oleh pengunjung. Selepas ini mungkin saya akan membina blog lain yang menumpukan kepada produk-produk saya sahaja.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Anys Idayu Zakaria dan guru-guru serta rakan-rakan di ABDR, di atas segala sumbangan yang diberikan bagi menjayakan blog BOSB saya ini. Segala jasa kalian akan sentiasa diingati sepanjang hidup saya. Semoga Allah memberkati semua usaha kalian dalam melahirkan usahawan yang berjaya melalui blog.
 
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Ingin menjadi sebahagian daripada Akademi Bekerja Di Rumah dan menjana pendapatan melalui blog?
 
Sertai Kelas Asas Blogshop ABDR dengan yuran bermula dari RM200.
 
Hubungi:
 
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
 
SMS/Whatsapp 019-460 3094

Tugas Pengurus Online ABDR

Teks: Hifzaila Hafni

Pengurus Online (PO), macam hebat saja bunyinya kan? Tapi, itulah 'jawatan' ahli dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang aktif dalam mempromosi produk-produk ABDR seperti kelas blog, kelas akaun dan ebook.

Gambar: Google


Tugas PO dalam ABDR ini, antara lain merangkumi:
  • urusan pendaftaran kelas blog online/offline atau kelas asas akaun (daftar dan terima bayaran)
  • urusan tempahan ebook (ambil order, terima bayaran, emel pautan ebook kepada pelanggan)
  • membuat ulasan kelas yang disertai
  • membuat ulasan ebook yang selesai dibaca
  • berkongsi promosi bulanan pakej ebook 
  • menjadi penghubung antara Guru Online (GO) dengan bakal ahli


Setiap PO, layak menerima komisen bagi setiap pendaftaran baru bagi mana-mana kelas, serta setiap pembelian ebook. Jika mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Pengasas ABDR, setiap PO berhak menerima imbuhan atau 'reward' yang telah diputuskan untuk bulan berkenaan.
PO juga dikenali sebagai Rakan Niaga dalam jemaah ABDR. 



Melalui ABDR ini, setiap PO berpeluang menjana pendapatan sendiri bermula dengan RM5, RM10 dan seterusnya tanpa had dengan berbekalkan blog dan fanpage, semuanya secara online.

Langkah pertama menjadi PO adalah dengan mendaftarkan diri dalam Kelas Asas Blogshop & Fanpage dengan yuran pendaftaran bermula RM200.

Ahli akan menerima 6 ebook sebagai bonus dan kemudian akan dimasukkan ke dalam Kelas Online yang dijalankan melalui FB group.

Waktu kelas adalah fleksibel, terpulang kepada kesesuaian masa masing-masing. Nota dan modul disediakan dan boleh dirujuk bila-bila masa. Setiap ahli akan dibimbing oleh GO secara langkah demi langkah untuk siapkan blogshop masing-masing.

Latihan menulis blog secara konsisten sebanyak 44 entri akan dipantau oleh GO. Setelah itu, tugasan akan dianggap selesai dan boleh teruskan update blog untuk makluman terkini promosi bisnes yang dijalankan.

Link blog setiap ahli dikumpulkan dan akan dikongsi oleh GO dan rakan yang lain dalam ABDR untuk menaikkan aliran trafik ke blog. Sekaligus dapat menyebarluaskan bisnes atau servis anda kepada klien berpotensi.

Berminat untuk mendaftar kelas?

Rujuk pakej kelas yang ditawarkan di SINI ya.

Penulisan Artikel, Pilih Topik yang Diminati

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Dalam penulisan, saya gemar menulis artikel berfakta atau non-fiksyen. Disebabkan saya lemah sikit bab imaginasi maka saya kurang menulis novel atau cerpen, cuma suka membaca sahaja.

Topik yang saya suka tulis lazimnya berkaitan dengan keluarga dan anak-anak, yang paling saya suka ialah topik pemakanan anak.

Blog saya khusus tentang panduan pemakanan anak boleh dibaca di SINI .

Bab pemakanan sangat dekat di hati saya. Sebenarnya dulu ada juga cita-cita nak menjadi ahli dietetik tapi arwah ayah saya tak izinkan. Tapi minat dalam bidang tersebut tak pernah hilang bahkan sejak ada anak, saya bertambah suka.

Berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya tentang pemakanan anak, saya suka sekali kalau dapat berkongsi dengan ibu-ibu lain dan bertukar-tukar pendapat serta menu sihat untuk anak dan keluarga.

Memang tak mudah nak menerapkan amalan pemakanan yang sihat pada mulanya, tetapi dengan sedikit usaha dan kerjasama daripada suami, perlahan-lahan kami cuba jayakan amalan ini untuk kesihatan anak-anak.

Dan saya juga dalam proses belajar menyediakan sebanyak mungkin menu homemade untuk anak bagi menjamin kebersihan dan keselamatan serta kandungan nutrisi yang seimbang.

Disebabkan minat inilah, menjadikan saya seronok menulis dan terus berkongsi.

Salah satu artikel saya yang diterbitkan di web Mamanet.com, berkenaan pemakanan sayur pada anak, boleh baca pautannya di SINI .

Mereka yang berminat dengan penulisan artikel, boleh saja cuba hantarkan artikel ke mana-mana web atau majalah yang berkaitan. Jika sesuai, artikel akan diterbitkan. Ini juga boleh menjadi titik semangat untuk kita terus menulis dan menyebarkan ilmu serta pengetahuan yang berguna.

Saya juga berharap dengan hasil tulisan saya yang tidak seberapa ini mampu memberi manfaat kepada ibu-ibu lain. Semoga saya dapat menulis dengan lebih baik dan konsisten di masa hadapan.

Hifzaila
Pakar pemakanan keluarga sendiri sahaja

Mengurus Jadual Bekerja Di Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Salah satu cabaran terbesar apabila bekerja di rumah adalah menguruskan masa.

Disebabkan kita punya masa yang fleksibel yang tidak terikat dengan waktu pejabat, kadangkala kita sering terleka dan banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Saya juga tidak terlepas daripada masalah ini, dan hampir saban hari, saban minggu, jadual tetap berubah mengikut kesesuaian dan keadaan. Jika di peringkat awal bekerja di rumah dahulu, tekanan menguruskan masa agak besar, tapi kini dengan sedikit pengalaman dan pembacaan serta perkongsian daripada rakan-rakan lain yang turut bekerja di rumah banyak membantu saya menstrukturkan semula jadual harian.

Tiada satu pun jadual yang ideal atau sempurna untuk diikut. Hanya kita yang tahu situasi dan komitmen yang perlu setiap hari. Kita juga yang paling tahu dan faham kekuatan dan keupayaan diri sendiri. Jadi setiap orang berbeza cara pengurusan dan keperluannya. Maka, mengambil contoh atau menjadikan jadual rakan lain sebagai panduan dibolehkan, tetapi kita sesuaikan dengan situasi kita. Barulah kita kurang stres.

Jika orang lain beranggapan menjadi suri rumah atau suri yang bekerja di rumah ini banyak masa senggang, mungkin ya, mungkin tidak. Di mata kita, seseorang itu seakan banyak masa senggang mungkin disebabkan kerja-kerjanya telah siap awal-awal lagi dan waktu yang ada itulah untuknya berehat seketika. Ada juga antara kita yang mungkin ambil masa 'me time' sebentar, sebelum menyambung semula dengan kerja-kerja lain selepas itu. Yang pasti, memang kerja di rumah tak pernah habis. Itu keadaan biasa, jadi tak perlu terlalu stres. Urus masa ikut kemampuan diri sendiri.

Cuma, saya bersetuju dengan mentor saya, Puan Masayu Ahmad tentang menyenaraikan tugasan yang perlu dibuat setiap hari. Ini untuk mengingatkan kita agar tidak tersasar dan leka dengan perkara yang boleh menghabiskan masa. Saya juga ada mengikuti perkongsian Puan Azura Abdullah tentang disiplin bekerja di rumah.

Memang pada hakikatnya tidak mudah tetapi tidak sukar juga.

Semoga berjaya!

Hifzaila
Beribu kali tukar jadual

Menjadi Editor/Penterjemah yang Bekerja Di Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Selain menjadi editor bebas, saya juga ada menerima kerja-kerja penterjemahan.

Tapi, setakat ini kerja terjemahan yang saya lakukan terhad kepada subjek Sains dan Biologi sahaja. Disebabkan sedikit pengalaman menterjemah teks subjek-subjek tersebut semasa bekerja sebagai editor tetap suatu masa dulu, saya teruskan dengan menjadi penterjemah sambilan.

Namun, saya masih bercita-cita untuk menjadi penterjemah bertauliah pada masa akan datang.

Lazimnya, kerja sebagai editor dan penterjemah boleh seiring. Bahkan sangat berkait rapat antara satu sama lain.

Jika selama ini saya menterjemah berdasarkan ilmu hands on sahaja, kini saya ingin lebih serius mendalami ilmu penterjemahan melalui kelas atau kursus penterjemahan.

Terdapat beberapa institusi atau individu yang menawarkan kelas atau kursus penterjemahan, yang mana amat berguna bagi mereka yang berminat atau ingin melakukan kerja sambilan.

Saya akan kongsikan pada entri yang akan datang, ya.

Hifzaila
Editor di rumah

==========================

Promosi 3 ebook pada RM50 sahaja, masih berjalan sepanjang Oktober 2016.

Boleh buat pilihan ebook mula bisnes, ebook persediaan bekerja di rumah atau ebook motivasi ibu.

Untuk buat pesanan, sila klik DI SINI .

Salam Maal Hijrah 1438H

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur untuk masuk ke tahun baharu Hijrah, 1438.

Alhamdulillah juga, diberi kesempatan untuk baca doa akhir dan awal tahun dalam keadaan bertenang, di rumah dengan suami dan anak-anak.

Jujurnya saya rasa amat rugi kalau terlepas baca doa-doa ini. Maklumlah, kita doa untuk setahun yang telah berlalu dan juga untuk setahun yang akan datang. Biarpun doanya pendek sahaja tapi bermakna.

Di tahun baharu hijrah ini, tidak banyak yang saya harapkan selain ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga.

Saya percaya bila kita dapat menggembirakan atau membahagiakan keluarga sendiri, rezeki jua akan datang seiring. 

Semoga Allah terus beri saya kekuatan untuk menjadi ibu bekerja di rumah yang kental dan bersemangat, menjadi ibu terbaik untuk anak-anak serta isteri yang melengkapi,  membahagiakan dan menyenangkan suami. 

Salam Maal Hijrah, bersama kita berhijrah kepada hidup dan visi yang lebih baik.

Hifzaila
Hijrah itu perjuangan

==========================

PROMOSI EBOOK BEKERJA DI RUMAH

Beli mana-mana 3 ebook pada RM50 sahaja.

Sah sepanjang Oktober 2016.

Untuk pembelian, klik DI SINI .

Perlu Pandai Kawal Emosi Bila Bekerja Di Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Apabila dihimpit deadline, sedikit sebanyak urusan rumah akan terbengkalai seketika.

Ada beberapa urusan yang saya tutup sebelah mata sekejap, sehingga kerja selesai. Kerja rumah, memang sudah kita sedia maklum, memang takkan pernah selesai!

Dan dalam keadaan sekarang, saya tak mampu menjadi super mom yang kononnya boleh buat semua benda. Saya faham diri saya serta kemampuan saya. Dan siang-siang juga saya terangkan pada suami yang ada beberapa kerja rumah yang mungkin perlukan bantuannya atau silalah buat tak nampak sekejap, saya akan selesaikan bila saya dah siapkan tugasan.

Anak-anak, adakalanya waktu inilah nak bermanja setelah melihat ummi asyik di depan komputer. Mula sahaja menaip, ada sahaja permintaan mereka. Sekejap nak tidur, sekejap nak makan, sekejap nak dicebok dan macam-macam lagi.

Jadi, cabaran bekerja dari rumah sangatlah besar.

Biarpun begitu, saya masih cuba menyiapkan tugasan yang diberi biarpun sukar. Itulah salah satu sumber pendapatan saya dan kemahiran yang saya ada.

Ada ketika, terselit juga urusan bisnes. Maka muncullah tangan sotong buat kerja sana sini.

Begitulah bila bekerja dikelilingi anak-anak. Emosi kena kawal selalu. Kalau ada hari yang tak terkawal emosi tu, pergilah ke bucu katil, nangis sekejap. Lepas tu mesti ok :-)

Pengalaman Menjadi Working At Home Mother (WAHM)

Teks: Hifzaila Hafni

Seronokkah menjadi wahm?

Itu soalan yang ditanya kawan kepada saya. Seronokkah?

Bagi saya yang mempunyai pengalaman menjadi wahm sebanyak 2 kali, jika ditanya seronok atau tidak, setakat ini saya boleh katakan saya selesa begini.

Nak kata seronok mungkin agak subjektif, bagi saya keadaan selesa itu lebih sesuai.

Selesa bagaimana?

Selesa dari segi menguruskan keluarga. Selesa tanpa memikirkan karier. Selesa mengatur jadual harian. Selesa menjaga anak sendiri.

Tapi, dari segi kewangan, emosi ada kalanya kurang selesa juga. Biasalah setiap keputusan akan ada pro dan kontranya.

Memang betul, menjadi wahm tidaklah seindah yang dibayangkan sebenarnya. Indah apabila berada di rumah dikelilingi anak sepanjang masa, namun wahm sebenarnya amat ingin 'me time' yang sering kali terlepas pandang dek kesibukan mengurus rumah tangga.

Mahu juga sedikit masa untuk diri sendiri, rehat dan cuti. Namun hakikat sebenarnya kadang kala memang sukar. Seharian berlalu dengan kesibukan urus kerja rumah dan bisnes (bagi yang berbisnes).

Tak dinafikan bila ibu diulit dengan komitmen rumah tangga, seolah tiada masa untuk diri sendiri. Kadang kala sukar juga mahu mengawal emosi bila dihimpit dengan kekalutan mengurus anak-anak dan rumah tangga. Maka cepat benar migrain dan stres.

Jadi bila berada dalam keadaan begini, perlu kembali fikir apa tujuan menjadi wahm.

Ingin mengurus dan mendidik anak sepenuhnya sendiri, ingin bebas daripada waktu kerja 9-5, ingin lebih banyak masa bersama keluarga, atau apa saja tujuan asal - fikirkan kembali.

Setelah jelas dengan tujuan, barulah mampu bertenang dan meneruskan langkah.

Saya juga mengalami fasa emosi tak terkawal, tak stabil dan rendah diri. Tapi, usah dibiar terlalu lama.

Cuba berkawan dengan atau mengikut orang-orang positif mampu kembalikan emosi dan gelombang yang positif dan baik-baik.

+ Di Facebook contohnya, carilah kawan yang sentiasa bersemangat dan mampu memberi getaran positif kepada hidup seharian kita. Tinggalkan, unfriend atau hide rakan yang negatif. Kita tak perlukan tenaga negatif di Facebook kita.

+ Jika tonton tv, pilih program yang berinformasi dan mendatangkan manfaat. Elak menonton drama yang kebanyakan bukan berpijak di bumi nyata.

+ Baca buku yang memberi inspirasi dan motivasi. Cuba juga baca terjemahan atau tafsir Al Quran.

+ Lakukan kerja rumah dengan senyuman dan anggap ia adalah ibadah. Peluang menambah pahala, menghapus dosa-dosa.

+ Perlahan-lahan namun konsisten. Fokus dan teruskan jalan.

Jika terlalu lelah, rehatlah. Wahm juga manusia.

Salam Rabu.

Hifzaila
Wahm yang sering turun naik juga emosinya

Buah Tangan Sewaktu Ziarah, Pentingkah?

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Buah tangan, pentingkah ketika berziarah?

Saya teringat suatu ketika saya dan adik ingin berziarah ke rumah nenek saudara yang kami gelar Toklang. 

Toklang merupakan antara saudara yang paling rapat dengan kami dan jika berkesempatan kami akan singgah ke rumahnya bila pulang ke kampung untuk bertanya khabar. Itu beberapa tahun dahulu, Toklang kini sudah tiada, sudah hampir 2 tahun Toklang meninggal dunia.

Suatu hari kami dalam perjalanan ke sana, waktu itu terfikir apa yang boleh dibawa sebagai buah tangan.

Singgah sajalah beli apa-apa yang terjumpa dalam perjalanan, kata saya pada adik.

Rasa tak sedap hati kalau berziarah dengan tangan kosong. Biarpun sedikit atau ringkas, tetap juga mahu bawa sesuatu.

Alhamdulillah gerai tepi bendang yang menjual kuih-muih buka pada hari itu. Kami berhenti dan membeli pisang goreng dan beberapa jenis kuih. Tidaklah banyak sangat, kami beli setakat yang mampu sahaja. Maklumlah waktu itu masing-masing masih bujang, bolehlah kalau nak berkongsi seorang sedikit.

Sesampainya kami di sana, seperti biasa keluarga Toklang menyambut mesra. Kami bersembang-sembang hinggalah sampai satu ketika, Toklang seakan bergenang air mata.

Rupa-rupanya pisang goreng dan kuih-muih yang kami bawa itu penyebabnya.

Katanya, dia rasa sangat terharu dan menghargai buah tangan yang kami bawa walaupun tidaklah banyak.
Kami terkedu dan terdiam. Tak sangka perkara sekecil itu menjadi besar pada sesetengah orang. 

Mungkin pada pandangan orang tua, berbeza berbanding kita orang muda.

Pada mereka, itu tanda ingatan. Tanda hormat, tanda adab yang baik. Pada kami, semata-mata untuk berkongsi rezeki yang ada. Padahalnya, kami lebih lagi menerima rezeki yang jauh lebih banyak di sana, bila dijamu hidangan kampung yang sedap-sedap seperti masakan arwah mak yang kami rindui. Tak setanding pun dengan buah tangan yang kami bawa.

Satu lagi, sepupu saya. Setiap kali berziarah ke rumahnya, dia pasti akan bekalkan apa-apa saja makanan untuk dibawa pulang. Kerepek, kuih atau apa saja yang ada di dapurnya. Sudahlah dijamu makan sedap-sedap, tetamu pula diberi buah tangan. Sebab itu sepupu saya ini sentiasa dimurahkan rezeki mereka. Tetamu sering datang, mereka tak pernah jemu melayan tetamu. Tak pernah tak dijamu makan bila tetamu datang. Dan walaupun rumahnya kecil, tetap menjadi tumpuan saudara-mara datang apatah lagi sewaktu hari raya. 

Sejak itu, saya biasakan diri untuk bawa apa-apa saja buah tangan jika berziarah kecuali benar-benar terkekang untuk membawanya. Biarpun kecil, murah atau ringkas asalkan ada. Tuan rumah pasti amat senang dan berbesar hati menerima.

Begitu juga kalau kita pulang ke rumah mak ayah. Biasakan membawa apa-apa buah tangan biarpun sedikit. Hatta seplastik kecil kuih-muih, sebungkus kerepek atau sebekas jemput-jemput pisang. 



Kalau sekadar pisang sesikat pun tak mengapa. 

Atau apa-apa saja yang mak ayah kita suka.

Mereka pasti rasa teruja dan dihargai.

Dan mak ayah juga jika boleh terimalah dengan hati terbuka dan tidak banyak soal. Mungkin itu sahaja yang termampu oleh anak pada waktu itu.

Tidaklah kita balik 'ngabihkan boreh' rumah mak ayah saja kan. Ayah mungkin tak kisah ke pasar membeli ayam dan ikan segar untuk santapan anak-anak yang pulang. Mak juga mungkin tak berkira mahu memasak menu kegemaran anak-anak biarpun kudratnya tidak sekuat mana. Anaklah yang perlu ada timbang rasa dan belas ihsan. 

Biasakanlah diri kita membawa tak banyak sikit buah tangan ketika berziarah atau pulang ke kampung menjenguk mak ayah. Kita tak tahu asbab perkara kecil itu Allah mudahkan urusan dan tambah keberkatan dalam rezeki kita pula.

Salam Aidil Adha Kedua,
Hifzaila

Serai untuk Menghalau Nyamuk

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Google

Menghalau nyamuk dengan bahan semula jadi.

Saya tertarik dengan berita atau artikel yang dikongsikan berkenaan penggunaan tumbuhan atau pokok yang boleh menghalau nyamuk secara semula jadi. Seboleh-bolehnya ada cara untuk kita usahakan menghalau nyamuk selain menggunakan bahan kimia.

Antara tumbuhan yang dikatakan mampu menghalau nyamuk adalah serai dan jeremin

Lemon yang dibelah dan dicucuk bunga cengkih juga dikatakan mampu menghalau nyamuk atau serangga.

Cuma saya tertarik dengan penggunaan serai. 



Sebelum ini, saya memang ada gunakan penyembur serai wangi di rumah untuk menghalau semut dan lipas. Tapi sudah lama tak gunakan. Tapi untuk nyamuk, saya baru tahu serai juga boleh digunakan.

Saya ada terbaca satu laporan atau kertas kerja yang mengkaji keberkesanan serai dalam menghalau nyamuk. Jika sebelum ini, saya fikir ekstrak serai diambil daripada batang putihnya rupanya bukan. Daun serai yang diekstrak untuk mendapatkan patinya.

Boleh rujuk kajian tersebut di SINI.

Dan ada juga saranan menggunakan minyak pati (essential oil) 'lemon grass' atau 'citronella'. Aroma minyak pati jenis ini tidak disukai nyamuk dan menyebabkan nyamuk menjauhi kita.

Boleh dilarutkan sedikit minyak pati ini dalam 'carrier oil' atau apa-apa jenis minyak sayuran dan dioleskan sedikit pada kulit. Boleh juga diwapkan (diffuse) di dalam rumah, selain dapat menghalau nyamuk dapat juga mengharumkan rumah.

Selain itu, perlu juga jaga kebersihan di sekitar rumah dengan mencuci longkang tersumbat dan melupuskan tin atau bekas kosong dengan sempurna untuk elakkan air bertakung. Pokok-pokok herba yang ditanam di luar rumah juga perlu dijaga rapi supaya tidak terlalu rimbun atau sesak untuk elak lebih banyak nyamuk berkumpul.

Semburan penghalau nyamuk yang berasaskan air juga boleh digunakan jika tiada serai. Sekurang-kurangnya dapat juga bantu mengurangkan nyamuk yang berada dalam rumah.

Semoga kita semua terhindar daripada penyakit bawaan nyamuk seperti denggi, chikugunya dan zika. 


Cara Buat Laksa Ekspres

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Suka makan laksa?

Sebungkus atau sepinggan laksa sekarang harganya RM4 ke RM5 kan? Lepas tu sikit saja, tak puas makan. Rasa macam mahal saja. Tapi apa boleh buat, harga barang pun mahal.

Yang boleh buat, nak makan sepuas hati, masaklah sendiri.

Disebabkan itulah, saya usahakan juga masak laksa sendiri biarpun tak menjadi sangat. Tapi bukan ke practice makes perfect?

Insha Allah, lama-lama pandai lah ye tak.

Sebelum ini, teringin sangat laksa Rizalman. Katanya sedap sangat-sangat. Tengok resipi pun rasa terliur, lalu saya cuba.

Ya! Memang betul sedap tapi agak renyah dan leceh, bagi saya. Jadi lepas tu saya buat laksa versi sendiri saja.

Laksa ni saya namakan Laksa Ekspres, sebab cepat dan pantas saja nak membuatnya. Bahan pun tak banyak dan insha Allah dapatlah melepaskan teringin sekali-sekala.

Ini saya kongsikan resipi laksa mudah, cara saya.

Laksa Ekspres




Bahan:
1 kg laksa panjang
2 tin kecil/1 tin besar sardin
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3-4 sudu besar serbuk cili/cili mesin
1/2 inci belacan bakar
4-5 keping asam gelugur
1 genggam daun kesum
Garam dan gula melaka/perang
Air

Cara masak:
- Kisar sardin, kemudian masukkan dalam periuk. Kuah tomato kalau taknak, boleh diasingkan. Ganti kuah tomato denga air.
- Kisar bawang besar, bawang putih, belacan dan cili. Kemudian terus masuk ke dalam periuk juga.
- Tambah air dan asam gelugur, air ikut kepekatan yang disukai. Kacau rata.
- Masak sampai mendidih.
- Masukkan daun kesum, garam, gula melaka/gula perang.
- Sesuaikan rasa. Sedap kalau masam sikit. Dah ok, tutup api.
- Panaskan air dalam periuk lain. Rebus laksa sekejap. Toskan.
- Dalam mangkuk, letak laksa, bawang besar hiris nipis, daun salad dicarik-carik. Curahkan kuah.
- Sedia dihidangkan.

*Cadangan tambahan bahan hiasan: timun, nenas, telur rebus, daun selom, limau kasturi.

* * *

Saya gunakan sardin dalam tin sebab saya nak cepat. Agak mahal sedikit berbanding ikan sardin mentah.

Dalam membuat laksa, nak mengasingkan isi ikan dari tulang tu yang mencabar sedikit dan ambil masa. Dan satu lagi, saya risau termasuk tulang ikan dalam kuah, jadi kena hati-hatilah ya.

Atau boleh cuba guna ikan tenggiri, lebih mahal tapi mudah juga sebab kurang tulang berbanding ikan sardin.

Selamat mencuba!

Virus Zika: Hati-hati Ibu Hamil!

Teks: Hifzaila Hafni

Terbaca berita pagi ini, tentang virus Zika yang akhirnya muncul jua di Malaysia. Jika sebelum ini kita hanya mendengar kes Zika berlaku di Singapura, kini virus tersebut sudah pun tiba di Malaysia.

Dilaporkan, kes pertama ini direkodkan di Selangor, lebih spesifik di Klang.

Allahuakbar, hampir sangat dengan kawasan rumah saya!

Laporan kes pertama Zika, yang mula sekali saya baca di group Facebook Masyarakat Kena Tahu (Ori):

THE FIRST ZIKA VIRUS CASE IN MALAYSIA
1ST SEPTEMBER 2016

On 29th of August 2016, the Ministry of Health Malaysia (MOH) has made an announcement advising those who have been to any country with reported cases of Zika and experiencing the symptoms of this infection are expected to come forward for a medical attention. Following this, the MOH have received report of a patient suspected with Zika virus infection on the 31st August, 2016. This patient is a 58 years-old woman residing in Bandar Botanic, Klang, Selangor and is the mother of a female confirmed with Zika infection in Singapore. The patient, together with her husband had visited their daughter in Singapore on 19th August 2016 and returned to Malaysia on 21st August 2016.

The patient started exhibiting symptom of rash on 28th August, and she sought medical attention at a private clinic in Klang on the 30th August 2016. As the patient had traveling history to Singapore and her daughter was confirmed to have Zika virus infection on 30th August 2016, the Private General Practitioner had diagnosed her as "suspected case of Zika". On the same day, the patient was refered to Sungai Buloh Hospital and the result of the urine PCR (Polymerase Chain Reaction) test on 31st August 2016 was found positive for Zika virus. However, the patient’s blood test result is still pending.

The source of infection is suspected to occur in Singapore since the patient had started experiencing signs of Zika infection on the same day with her daughter in Singapore. The patient's husband and family members who lived in the same house with her, has yet to show any symptoms of Zika infection. For the period from 21st - 28th August 2016 when the patient was returning from Singapore, she had visited several areas in the district of Klang and Kuala Lumpur.

Based on the findings from the investigation, the MOH has already started vector control activities in the residential area of the case and other places that the patient had visited. Control activities carried out include eliminating Aedes breeding sites, larvaciding and fogging. In addition, close contacts to the patient will be examined whether they have any fever or other Zika symptoms.

Information obtained from the Ministry of Health Singapore, revealed that there are 5 Malaysians residing and working in Singapore that has also been confirmed to be infected with Zika virus. For the period from 27th to 31st August 2016, there has been 115 confirmed Zika cases reported in Singapore. Due to the rapid spread of Zika virus infection, Aedes monitoring and preventive activities are continuously performed and intensified in all states, especially in the state of Johor and Selangor.

Malaysians, must focus on cleaning the Aedes breeding places, protect themselves from Aedes mosquito bites and seek early medical attention if they have signs such as fever, rash and conjunctivitis. From the first reported case of Zika, we can conclude that it is rather easy to get infected by the virus when visiting places that has outbreak, including Singapore. The MOH once again call upon any individuals whom had visited countries that reported Zika infection, to come forward to seek immediate medical attention if they are experiencing any symptom as mentioned above. Proactive action from the community can help stop the spread of Zika virus in Malaysia. No Aedes: No Zika, Dengue and Chikungunya.

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

KES VIRUS ZIKA PERTAMA DI MALAYSIA 1 SEPTEMBER 2016

Pada 29 Ogos 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pengumuman agar pelawat yang telah menziarahi negara-negara yang melaporkan kes Zika dan mengalami simptom jangkitan ini untuk tampil membuat pemeriksaan lanjut. Berikutan daripada itu, KKM telah menerima laporan satu kes yang disyaki dijangkiti virus Zika pada 31 Ogos 2016. Pesakit merupakan seorang wanita berumur 58 tahun yang menetap di Bandar Botanic, Klang, Selangor dan merupakan ibu kepada pesakit yang disahkan dijangkiti Zika di Singapura. Pesakit bersama suaminya telah melawat anaknya di Singapura pada 19 Ogos 2016 dan pulang ke Malaysia pada 21 Ogos 2016.

Pesakit mula mendapat gejala ruam pada 28 Ogos dan pada 30 Ogos 2016, pesakit telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang. Memandangkan pesakit mempunyai sejarah melawat ke Singapura dan anak perempuannya yang berada di negara tersebut telah disahkan dijangkiti virus Zika pada 30 Ogos 2016, maka Pengamal Perubatan swasta berkenaan telah mendiagnosa pesakit sebagai “disyaki kes Zika”. Pada hari yang sama pesakit dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil pemeriksaan ujian kencing pesakit untuk PCR pada 31 Ogos 2016, adalah positif untuk Zika virus. Manakala ujian darah pesakit masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan disyaki berlaku di Singapura yang mana hari pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika adalah sama hari dengan anaknya mula sakit di Singapura. Suami pesakit dan ahli keluarga yang tinggal serumah bersamanya, sehingga kini masih belum menunjukkan simptom jangkitan Zika. Bagi tempoh 21 hingga 28 Ogos iaitu sekembalinya pesakit dari Singapura, pesakit telah melawati beberapa kawasan di daerah Klang dan Kuala Lumpur.

Hasil siasatan kes ini, KKM telah pun memulakan kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat-tempat yang telah di lawati oleh pesakit. Aktiviti kawalan yang dilaksanakan termasuk, menghapuskan tempat pembiakan Aedes, larvaciding dan semburan kabus. Di samping itu, kontak terdekat pesakit diperiksa dan dipantau sama ada mereka mengalami demam atau simptom Zika yang lain.

Maklumat yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Singapura, terdapat 5 rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Singapura juga disahkan dijangkiti virus Zika. Bagi tempoh 27 sehingga 31 Ogos 2016, telah terdapat 115 kes dilaporkan di Singapura. Oleh kerana perebakan jangkitan virus Zika adalah cepat, pemantauan dan aktiviti pencegahan Aedes di teruskan serta tingkatkan di semua negeri terutama negeri Johor dan Selangor.

Rakyat Malaysia, perlu fokus kepada membersihkan tempat-tempat pembiakan Aedes, melindungi diri mereka dari gigitan nyamuk Aedes dan mendapatkan pemeriksaan awal sekiranya terdapat tanda-tanda seperti demam, ruam dan conjunctivitis. Kes pertama Zika yang dilaporkan ini, menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak seperti Singapura. KKM sekali lagi menyeru kepada mana-mana individu yang telah melawat negara yang mempunyai jangkitan Zika, untuk tampil membuat pemeriksaan segera apabila mereka mengalami simptom seperti di atas. Tindakan proaktif masyarakat dapat menghentikan sebaran virus Zika di Malaysia. Tiada Aedes: Tiada Zika, Denggi dan Chikungunya.

YB Datuk Seri Dr S.Subramaniam
MINISTER OF HEALTH MALAYSIA

1st September 2016

CC :
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Noor Hisham Abdullah / Hisham Abdullah
Medical Mythbusters Malaysia

* * *

Risau juga, memandangkan beberapa minggu ini memang agak banyak nyamuk di kawasan rumah. Kami cuba pasang ubat nyamuk elektrik tapi kurang berkesan. Beli penghalau nyamuk bentuk gel pun sama juga. Sudahnya suami beli penyembur nyamuk. Alhamdulillah terkawal sikit.

Nak guna ubat nyamuk lingkaran, khuatir bahaya asap dan api. Maklum ada anak-anak kecil di rumah.

Apapun, yang penting kena jaga kebersihan rumah, sama juga seperti denggi.

* * *

Untuk tahu lebih lagi tentang Zika, saya terjumpa pula artikel ini yang diterbitkan di laman web Pa & Ma (Februari 2016). Jom baca.

Hari ini nama virus Zika tiba-tiba menjadi sangat popular. Ia telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat apatah lagi ia dikatakan penyebab bayi yang dilahirkan berkepala kecil seperti yang berlaku di Brazil.

Sumber: childrenshospital.com

Fahami beberapa fakta tentang virus Zika ini supaya anda lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama wanita mengandung.

1. Virus Zika (Zee-ka) ditemui kali pertama pada monyet di Uganda pada tahun 1947. Namanya diambil dari sebuah hutan Zika iaitu lokasi di mana virus itu ditemui.

2. Virus ini berasal dari tropika Afrika dengan wabak di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik dan muncul di Brazil pada tahun lalu.

3. Virus Zika disebarkan melalui gigitan dari nyamuk daripada jenis yang sama dan menyebarkan penyakit tropika yang lain seperti dema denggi, chikungunya dan demam kuning.

4. Pertubuhan Kesihatan Dunia memberitahu virus Zika cepat merebak di Amerika kerana ia sesuatu yang baru di rantau tersebut.

5. Orang ramai masih tidak imun kepada virus ini dan nyamuk Aedes ada di mana sahaja. Hanya Kanada dan Chile tidak mempunyai nyamuk jenis ini.

6. Orang yang dijangkiti virus Zika tidak jatuh sakit. Simptom utama virus zika adalah sakit kepala, ruam pada kulit, sakit sendi dan mata kemerahan.

7. Dikatakan virus ini sama seperti denggi yang sehingga kini belum ada ubat spesifik yang boleh mengubatinya.

8. Paling dibimbangi kesan virus Zika yang merebak akan menyebabkan risiko kecacatan otak kepada bayi dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir dengan masalah kepala kecil berbanding saiz normal atau microcephaly serta mengganggu perkembangan otak.

9. Virus Zika boleh menyerang janin dalam kandungan ibu yang mengandung di awal trimester tetapi ia juga dikatakan memberi risiko jangkitan kepada ibu yang sudah memasuki trimester akhir kehamilan.

10. Walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiada virus ini dikesan di Malaysia setakat hari ini, namun Malaysia mempunyai nyamuk aedes yang menjadi pembawa virus ini.

11. Justeru, semua diingatkan agar melindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes yang paling aktif pada waktu pagi selain menjaga kebersihan kawasan rumah daripada menjadi pembiakan nyamuk aedes.

12. Wanita hamil juga diminta mengelakkan daripada pergi ke 22 negara di benua Amerika Latin iaitu Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname dan Venezuela. Di Caribbean: Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico, Cape Verde, di luar pantai barat Afrika dan Samoa di Pasifik Selatan.

* * *

Semoga Allah lindungi kita semua. Jauhkan kita daripada serangan Zika yang berbahaya ini. Dan semoga kes ini tidak tersebar makin luas.

Anak Kenyang, Ibu Tenang

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Pentingnya memastikan anak kenyang dan cukup tidur atau rehat.

Kenapa?

Mudah ibu nak buat kerja dan anak boleh berdikari bermain sendiri.

Berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ini, anak-anak mudah diurus dan kurang meragam jika cukup kedua-duanya, makan dan rehat. Jadi seawal pagi sebolehnya saya sudah siapkan sarapan dan makan tengah hari. Kemudian saya boleh fokus kerja rumah yang lain dan juga kerja freelance dengan kurang gangguan. Cuma kalau nak tidur, terpaksalah baring sama-sama kalau tak memang anak tak tidur. Tapi kena hati-hati jangan saya pula yang terlajak. Hehe.

Melainkan anak kurang sihat, dah pastilah nak berkepit sahaja. Aktiviti pun agak terhad, namun saya percaya dengan keberadaan ibu dengan anak boleh cepatkan penyembuhan juga. Insha Allah.

Begitulah untungnya bekerja seawal pagi, semasa tenaga masih banyak.

Semoga semua ibu dipermudahkan urusan hari ini.

Hifzaila
Hari-hari bersilat dengan anak

Meter Bahagia Pagi Ini

Teks: Hifzaila Hafni

Selesai basuh baju, selesai masak untuk makan tengah hari. Ummi juga dah siap sarapan roti panggang mentega kacang dengan teh susu kurang manis.

Menu tengah hari, cukuplah menu sup kentang suhun dan ayam goreng. Nasi pun dah siap masak. Petang nanti kalau berkelapangan, menu udang goreng kunyit untuk abah.

Anak-anak pun bangun awal hari ni, sejurus ummi siap masak. Pasang kartun kegemaran, sekejap lagi sarapan dan terus mandi.

Meter bahagia ummi naik sikit pagi ni, bila sebahagian kerja suri rumah selesai awal pagi. Sebahagian kerja lagi, ummi pejam mata sekejap.

Sumber: education.com

Bak kata Kak Masayu, yang mana boleh pejam mata, pejam saja. Contohnya baju yang bergunung belum dilipat.

Lepas dah selesai semua urusan rumah tangga ni, ummi nak kena merempit siapkan kerja terjemahan pula.

Matlamat untuk siapkan Projek 1 hari ini dan teruskan dengan Projek 2 pula.

Salam Jumaat!


Rezeki Anak

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah, semalam terima satu lagi kerja menterjemah. Biarpun sikit-sikit, saya tetap teruja dan gembira.

Kenapa?

Allah masih bagi ruang dan peluang untuk saya jana pendapatan daripada bidang ini. Dan bersyukur Allah gerakkan hati editor yang terlibat untuk menggunakan khidmat saya.

Sumber: englishlanguageguide.com

Awal tahun ini, saya memang sudah berniat untuk lebih fokus kepada bidang freelance berbanding bisnes. Bisnes yang sedia ada, saya teruskan cuma saya mahu fokus utama kepada bidang penulisan, editing dan terjemahan. Mungkin ini lebih dekat dengan jiwa saya. Biarpun adakalanya mengambil masa yang agak lama, dan sangat mencabar dengan dikelilingi anak-anak kecil, tetapi saya teruskan juga.

Mungkin benarlah apa yang kita fikirkan, itulah yang terjadi.

Mungkin juga benar, inilah rezeki anak.

Alhamdulillah.

Pengalaman di Homestay Banghuris, Sepang

Teks: Hifzaila Hafni

Seingat saya, pengalaman pertama saya menginap di homestay adalah di Homestay Banghuris, Sepang sekitar lewat tahun 90-an sewaktu di sekolah menengah. Saya mengikut rombongan mak saudara ke sana.

Sumber: dusuntua.com 


Pengalaman tersebut memang seronok. Waktu itu, jika disebut homestay memang agak asing bagi warga tempatan kerana tumpuan homestay pada waktu itu adalah untuk pelancong asing yang ingin merasai pengalaman tinggal di kampung.

Jadi saya agak bertuah dapat merasai pengalaman tersebut.

Dipilih untuk tinggal bersama keluarga angkat yang mengusahakan perniagaan kerepek, saya berpeluang melihat sendiri proses menghasilkan kerepek dalam skala besar. Pada waktu itu, mereka hanya beroperasi di belakang rumah sahaja. Saya tak pasti kini kalau mereka sudah mempunyai kilang sendiri. Seingat saya namanya Kerepek Rizal, untuk pasaran tempatan. Mereka juga membekalkan kerepek untuk FAMA, yang turut dieksport ke luar negara.

Berbalik kepada pengalaman homestay, banyak juga aktiviti yang diaturkan untuk memperkenalkan kampung dan mengenali budaya orang Jawa. Kami dibawa melawat kampung dan melihat industri kecil yang diusahakan oleh orang kampung di sini. Kebanyakannya mengusahakan kerepek, namun ada juga industri lain seperti membuat mi/kuetiau dan memproses biji kopi.

Kami juga diberi peluang menikmati makanan Jawa dan beramah mesra dengan orang kampung yang terlibat dalam program tersebut.

Sumber: utusan.com.my


Kini, bisnes homestay makin berkembang dan tidak terhad kepada rumah kampung sahaja. Fokus homestay juga untuk memberikan penginapan yang lebih dekat seperti rumah sendiri. Juga menjadi alternatif kepada hotel. Homestay juga sering dipilih jika melibatkan bilangan ahli keluarga yang besar selain menjimatkan. Rumah untuk homestay juga banyak menawarkan rumah teres sama ada 1 atau 2 tingkat.

Jadi bisnes homestay amat laris dan semakin mendapat tempat dalam kalangan mereka yang mempunyai rumah yang masih elok tapi tidak diguna atau disewakan. Selain menjana pendapatan yang agak lumayan terutamanya waktu cuti sekolah.

Amat rugi jika anda ada homestay tetapi kurang dipromosikan secara online, kerana potensi untuk homestay anda dijumpai amat tinggi berbanding hanya meletakkan banner di luar homestay. Bayangkan orang dari Melaka ingin tinggal di Kedah, sudah pasti akan mencari senarai homestay di internet.

Untuk itu, Akademi Bekerja Di Rumah mewujudkan satu direktori atau tapak iklan untuk para pengusaha homestay mengiklan homestay mereka. Dengan beriklan di sini, peluang untuk pelanggan menjejaki homestay anda lebih tinggi.

Sumber: Blog Senarai Homestay Malaysia


Boleh lihat senarai homestay yang telah mengiklan di SINI .

Ini pula komen salah seorang pengiklan tentang peningkatan bisnes homestay beliau setelah beriklan di blog Senarai Homestay Malaysia .

Pakej iklan yang ditawarkan berpatutan bagi pengusaha homestay mengiklankan homestay masing-masing. Sertakan gambar-gambar dan butiran lengkap tentang homestay anda dan sedia untuk diiklan.

Untuk mengiklan homestay anda, boleh hubungi 019 460 3094 .

5 Sebab Pemilik Bisnes Kecil Mesti Ada Blog

Teks: Hifzaila Hafni

Pemilik bisnes kecil atau yang berbisnes online di Facebook dan Instagram amat disarankan mempunyai blog bisnes jika merancang untuk membangunkan dan memajukan lagi bisnes yang dilakukan.

Apakah sebabnya?

Saya senaraikan di sini 5 sebab kenapa pemilik bisnes kecil mesti ada blog.

1. Blog sebagai kedai maya.

Blog boleh bertindak sebagai kedai anda, cuma dalam bentuk online. Pelanggan dan bakal pelanggan dapat mengakses banyak maklumat produk melalui blog kerana lebih mudah. Anda boleh kemas kini produk terbaharu, promosi terkini, maklumat lanjut tentang produk, pakej produk yang ditawarkan serta borang tempahan. Pelanggan boleh akses banyak maklumat sebelum bertindak terus menghubungi anda. Lazimnya yang benar-benar serius akan menghubungi anda. Yang serius ber membuat pembelian.

2. Peluang bisnes atau produk anda untuk ditemui prospek lebih tinggi di blog.

Kebanyakan orang mencari maklumat menggunakan Google. Lazimnya, hasil carian yang keluar akan menyenaraikan blog atau laman web. Yang penting, tajuk blog, tajuk entri dan kata kunci (keyword) yang digunakan tepat dan sesuai supaya prospek mudah menjejaki blog kita. Strategi ini boleh juga dipelajari dalam Kelas Asas Blog Bisnes seliaan Akademi Bekerja Di Rumah.

3. Isi kandungan blog kekal dan tidak hilang.

Setiap entri blog, akan kekal di blog melainkan kita yang memadamnya. Jadi, kita tak perlu menulis perkara yang sama setiap kali. Hanya perlu kongsikan link entri tersebut untuk rujukan. Berbanding media sosial lain, sukar untuk menjejak semula post atau status yang telah dibuat tambahan pula jika post tersebut sudah lama ditulis. Berbanding akaun media sosial, akaun anda boleh ditamatkan atau ditutup serta merta jika berlaku sesuatu isu, maka followers dan kandungan anda boleh lenyap sekelip mata sahaja.

4. Boleh berkongsi banyak info bisnes dan produk tanpa mengganggu prospek di blog. 

Tulis atau senaraikan sebanyak mana info produk atau bisnes anda di blog. Boleh dilakukan dalam satu entri post atau beberapa bahagian, dengan disertakan gambar, testimoni dan link berkaitan. Prospek lebih senang mendapat maklumat begini dan tidak merasa terganggu. Ini disebabkan mereka sendiri yang mencari maklumat tersebut dan menjumpainya di blog anda. Prospek merasa lebih selesa untuk mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu produk atau bisnes bila membuat pembacaan di blog. Adakalanya silent reader blog anda yang akan close sale setelah sekian lama mengikuti blog anda dan merasa yakin untuk mencuba.

5. Platform blog percuma kurangkan kos iklan.

Setakat ini, blog dengan platform percuma masih relevan dan paling sesuai bagi pemilik bisnes kecil. Bila sudah terkenal atau bisnes berkembang maju, boleh pertimbangkan untuk wujudkan laman web sendiri atau membeli domain. Dengan platform blog percuma, anda mampu mengiklan produk dan bisnes tanpa mengeluarkan kos iklan yang besar. Yang penting perlu belajar sedikit selok-belok membina blog bisnes dengan ayat iklan (copywriting) yang mampu membuatkan bakal pelanggan membeli. Dalam KELAS ASAS BLOG BISNES atau blogshop akan diajar langkah demi langkah membina blog bisnes hingga lengkap.

============================

Belajar Asas Blog Bisnes/Blogshop melalui Kelas Asas Blog Bisnes bimbingan Akademi Bekerja Di Rumah.



Kelas dijalankan secara ONLINE ( group FB) DAN OFFLINE (face to face dengan pengajar).

Pakej kelas online bermula daripada RM150 hingga RM300 beserta BONUS EBOOK. Pendaftaran dibuka sepanjang tahun.

Whatsapp 019 460 3094 untuk pendaftaran kelas.


Bisnes yang Boleh Bermula Dari Rumah

Teks: Hifzaila Hafni

Untuk mulakan bisnes, tak semestinya perlu premis dan modal besar, bergantung kepada jenis bisnes dan kemampuan kita.
Bagi suri rumah yang ingin mula berbisnes, pastinya bisnes yang boleh beroperasi di rumah menjadi pilihan.

Antara pilihan bisnes yang boleh dipertimbangkan:

1. Bisnes online
Bisnes dijalankan secara online sahaja, berbekalkan telefon pintar atau komputer dilengkapi data internet. Medium bisnes yang sering digunakan adalah blog, Facebook dan Instagram. Kenal pasti produk atau servis yang ingin ditawarkan dan mula mempromosi di medium sosial tadi. Bisnes begini tak memerlukan anda keluar rumah dengan kerap. Jika anda pengguna media sosial tegar dengan jumlah pengikut yang ramai (blogger atau Instagram), boleh tawarkan bisnes review atau iklan berbayar.



2. Bisnes dropship
Konsep bisnes ini amat sesuai bagi suri rumah yang baru nak bermula bisnes. Bergantung kepada pembekal dropship, ada yang tidak perlukan modal tetapi ada juga yang perlukan modal yang rendah sebagai komitmen. Setelah mendaftar sebagai ejen dropship, anda hanya perlu mempromosi dan menerima bayaran daripada pelanggan sahaja. Urusan stok dan pengeposan akan dilakukan oleh pembekal dropship. Lazimnya promosi dan urus niaga secara online. Mudah, bukan?



3. Bisnes makanan
Bagi suri rumah yang ada bakat atau minat memasak, boleh cuba cabang bisnes ini. Boleh mula dengan skala kecil dahulu seperti membekalkan sarapan atau minum petang. Boleh juga ambil tempahan biskut, kek dan kudapan. Sasaran pelanggan di sekitar kawasan rumah atau boleh letakkan makanan di gerai/restoran. Kalau ada minat tapi kurang mahir, boleh laburkan sedikit wang untuk hadir kelas atau membeli buku-buku resipi untuk mantapkan masakan.



4. Bisnes jahitan
Boleh ambil tempahan menjahit pakaian, langsir, sarung kusyen, beg, tudung dan sebagainya. Bisnes menjahit biasa juga dilakukan oleh orang-orang dulu. Bermula dengan bilik jahit di rumah, berkembang menjadi butik. Boleh mula dengan tempahan jiran atau saudara terdekat dahulu. Namun perlukan sedikit modal untuk mesin jahit dan peralatan menjahit yang lain.



5. Bisnes doorgift
Suri rumah yang ada bakat kreatif boleh cuba hasilkan doorgift. Doorgift kini semakin mendapat permintaan bagi majlis-majlis seperti pertunangan, perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Boleh mulakan dengan ambil tempahan berskala kecil dahulu, misalnya untuk majlis kenalan atau saudara mara terdekat untuk melihat respon. Bisnes doorgift berupaya berkembang jika kena caranya.



6. Bisnes menulis
Suri rumah yang minat atau berbakat dalam penulisan boleh jadikan penulisan sebab sumber pendapatan. Boleh tawarkan servis menulis artikel pendek, entri blog, review atau ulasan buku. Boleh juga menulis karya kreatif. Atau ambil upah menulis skrip copywriting (ayat iklan). Satu lagi cabang adalah penterjemahan. Banyak kelas offline dan online tentang menulis yang ditawarkan sekarang. Jika ada sedikit modal, boleh melabur ke kelas menulis untuk belajar menulis atau membaiki penulisan. 

Lebih serius, boleh mula fokus kepada sesuatu topik dan terbitkan buku atau ebook.



* * *

Jika perlu bantuan untuk memulakan bidang penulisan blog yang berfokus, boleh sertai Akademi Bekerja Di Rumah untuk mendapat bimbingan awal.

Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut tentang Akademi Bekerja Di Rumah atau ingin membeli mana-mana buku/ebook di atas. 

Hifzaila
Pengurus Online ABDR
WhatsApp 019 460 3094
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...