Posts

Showing posts from December, 2015

Anak Cerewet Makan, Nak Susu Saja?

Teks: Hifzaila HafniMak ayah mana yang tak risau kalau anak susah nak makan, bukan?Disua nasi, geleng kepala.
Dipujuk dengan lauk kegemaran pun kadangkala tak menjadi juga.
Adakalanya mahu makan tapi beberapa suap cuma.Yang dia nak, susu sahaja.Cukupkah nutrisi anak kalau minum susu sahaja?Untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas yang sepatutnya sudah putus susu ibu, susu formula bukanlah makanan terpenting untuknya. Hanya sebagai salah satu sumber kalsium dan nutrien lain, sama seperti makanan-makanan lain juga. Dan perlu diingat, kalsium mungkin banyaknya terkandung dalam susu tetapi kalsium juga boleh diambil dalam produk tenusu atau sayuran lain juga. Jadi bergantung semata-mata pada susu, bukanlah satu cara yang bijak memberi nutrien kepada anak.Saya juga dalam keadaan serba salah beberapa bulan ini sebab anak saya kerap sangat minta susu, sedangkan sebelum ini dia bukanlah jenis yang suka minum susu sangat. Apabila dia kerap minta susu, saya kira oh dia sudah mahu minum su…