Posts

Showing posts from October, 2015

Apa yang Perlu Ada dalam Kabinet Ubat Anda?

Teks: Hifzaila HafniBila ada anak kecil di rumah, amat baik jika ada peti pertolongan cemas atau sediakan satu kabinet/almari ubat-ubatan. Ini untuk memudahkan ibu bapa mengambil ubat di waktu kecemasan selain menyimpan ubat-ubatan di tempat yang selamat.Antara cadangan apa yang perlu ada dalam kabinet ubat anda adalah:1. Termometer
Penting untuk periksa suhu badan anak. Jika suhu terlalu tinggi melebihi 38C, anak perlu segera dirawat atau terus ke klinik untuk rawatan selanjutnya. Suhu badan perlu diambil dengan termometer untuk lebih tepat. Ada pelbagai jenis termometer. Yang menyukat suhu melalui telinga atau dahi lebih mudah digunakan.2. Paracetamol / ibuprofen
Sebagai penahan sakit dan penawar demam. Tapi awas, jangan berikan ibuprofen kepada anak yang mengidap asma.3. Sudu penyukat/ picagari
Digunakan untuk memberi ubat pada anak dalam sukatan yang betul.4. Antihistamin
Digunakan dalam kes alahan atau tindak balas alergi.5. Larutan rehidrasi oral
Kebanyakan anak akan minum air b…

WAHM Pilihan Ibu Masa Kini

Teks: Hifzaila HafniAlhamdulillah. Mudah anak-anak tidur malam ini. Hari lain, berperang juga nak tidurkan masing-masing. Hari ini agaknya kepenatan setelah sepagi membuat lawatan ke Pasar Pagi.Seronok anakanda berdua, dapat mainan dan baju baru. Sesekali makan di luar dengan abah dan ummi.Sejak ummi bergelar wahm, memang sepanjang hari anak-anak di rumah sahaja. Hikmahnya, sebelum ini jerebu dan kini kerap benar dengar percubaan menculik kanak-kanak. Jadi jika keluar pun, perlu tunggu abah cuti. Dan lebih selamat dan yakin jika sekeluarga keluar bersama. Ummi seorang memang tak termampu buat masa sekarang. Lagipun tiada keperluan untuk ummi keluar. Ummi kerja dari rumah 😊Itu salah satu kelebihan bekerja di rumah. Ibu boleh rancang waktu sendiri dan jika ada keperluan sahaja baru keluar rumah. Sebenarnya banyak peluang untuk ibu bekerja di rumah, di samping menjaga keluarga dapat juga cari duit tambahan sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Ada rezeki, dengan usaha sungguh-sungguh d…

Cara Atasi Cabaran Bekerja Di Rumah dengan Anak Kecil

Teks: Hifzaila HafniBismillah.Jadi ibu yang bekerja di rumah, saya sebetulnya tak menyangka komitmen dan disiplin diri yang tinggi sangat memainkan peranan dalam menentukan produktiviti harian. Jika kita fikir berada di rumah itu boleh sepanjang masa menggomol anak, sentiasa mampu masak yang hebat-hebat, rumah sentiasa kemas dan bersih, baju semua siap berlipat...hakikatnya ibu bekerja di rumah juga seringkali dihambat dengan masa - sama juga seperti ibu yang bekerja pejabat.Namun, kelebihannya, ibu bekerja di rumah tak perlu fikir kesesakan lalu lintas dan bersiap ke tempat kerja. Sepatutnya ada masa yang lebih panjang (masa yang lebih di rumah) berbanding ibu bekerja pejabat namun jika harinya tidak dirancang dengan betul, 24 jam di rumah berlalu begitu sahaja.Saya tak nafikan saya juga kadangkala terbabas mengikut jadual, ke laut orang kata. Ada masa terasa terlalu penat dan jemu. Ada masa banyak sangat masa melayan anak. Maksud saya bukan tak boleh layan anak, dah tentunya niat be…