Posts

Showing posts from September, 2015

Kenapa Perlu Mula Beri Makanan Pejal pada Usia Anak 6 Bulan?

Teks: Hifzaila HafniAlhamdulillah, Faheem sudah pun menjangkau usia 6 bulan. 6 bulan yang sangat cepat saya rasakan berbanding Fuaad dahulu. 6 bulan yang mencabar, tapi yang pastinya saya sangat bersyukur Allah bagi rezeki pada saya untuk menjayakan penyusuan eksklusif selama tempoh ini. Memang ianya tak mudah, tapi tidak bermakna tak boleh dilakukan. Dengan sokongan suami dan pengalaman terdahulu, saya lebih bersedia dan yakin meneruskan penyusuan, insya Allah hingga Faheem berusia 2 tahun.Menginjak 6 bulan, pasti ibu teruja nak mula bagi anak makan, bukan? Jangan terlalu teruja, sebab di usianya ini kita bukan nak bagi makan untuk anak kenyang tapi lebih kepada memperkenalkan makanan pejal dan melengkapkan nutrisi yang susu ibu tak mampu nak bekalkan. Apabila anak sudah 6 bulan, ibu kena bagi makanan pelengkap untuk tampung keperluan zat besi terutamanya, kerana susu ibu sahaja tidak memadai dan tubuh bayi juga kini perlukan nutrisi yang lebih seiring usia. Jadi, anak kena diberi ma…

Apa Nak Buat Bila Badan Anak Tiba-tiba Panas?

Teks: Hifzaila HafniJangan Panik!Bila tiba-tiba badan anak panas, ibu bapa mana yang tak panik dan risau, bukan? Ini kerana suhu badan anak yang naik tiba-tiba boleh mengundang bahaya dan perlu diambil tindakan segera. Sedikit sahaja terleka atau bertangguh boleh meningkatkan risiko anak terkena sawan atau lebih bahaya boleh mengundang maut. Berikut saya kongsikan apa yang saya dan suami lakukan di rumah bila badan anak kami tiba-tiba panas. Tapi ini untuk langkah penjagaan dan pemantauan di rumah sahaja. Adakalanya suhu badan anak turun selepas dipantau. Tapi kalau makin panas, kami bawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Antara perkara yang boleh dilakukan bila terasa badan anak panas?1. Pertama sekali, PERIKSA SUHU BADAN anak dengan termometer untuk bacaan suhu badan yang tepat. Pastikan termometer diletakkan pada tempat yang mudah diambil kerana kita akan perlukannya bila-bila masa. Dan pastikan juga termometer berada dalam keadaan yang baik untuk berfungsi. Walaupun kita rasa ba…