Ulasan Ebook Yeay! Mama Sudah Resign (Puan Iyda Juhar)

Teks: Hifzaila Hafni
Sumber: Iyda Juhar

Antara ebook terbaharu daripada Akademi Bekerja Di Rumah adalah Yeay! Mama Sudah Resign.


Ikuti ulasan Puan Iyda Juhar tentang ebook ini.

Alhamdulillah!! Selesai sudah membaca e-book dari Puan Masayu Ahmad iaitu Yeay! Mama Sudah 'Resign'. Saya sangat teruja dan seronok membacanya, ini kerana saya benar-benar ingin tahu tentang WAHM dan bagaimana mereka bermula. Kandungan e-book ini sangat memberikan inspirasi dan membuat mata dan minda saya yang masih tercari-cari tentang WAHM. Di sini, saya akan memberikan sedikit ulasan tentang e-book ini dari sudut pandangan saya.

Bermula dengan tinta pengarang, sedikit pengenalan dari Puan Masayu Ahmad yang menceritakan bagaimana beliau sendiri bermula menjadi WAHM dan melakukan penghijrahan yang besar dalam hidupnya.

e-book ini mengandungi perkongsian daripada 5 wanita berjaya yang kini sudah bergelar WAHM. Saya amat teruja membaca kisah-kisah mereka dan bagaimana mereka bermula. Subhanallah!! Sesungguhnya sebaik-baik perancangan itu datangnya dari Allah swt.

"Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana perndapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah" - (Puan Nor Atiqah Hamidi)

"Saya mahu buktikan, ibu yang tidak bekerja, jika bersungguh-sungguh, akan mendapat penghormatan yang baik. Letakkan harga diri kita lebih tinggi, kita adalah apa yang kita sangka." - (Puan Nora Afzam)

Berikut adalah merupakan petikan daripada perkongsian 2 orang WAHM yang berjaya. Ayat-ayat berikut amat terkesan dihati. Saya membacanya berulang-ulang kali.

Bahagian seterusnya, sesi Soal Jawab mengenai bagaimana dan apakah persediaan sebelum menjadi WAHM. Kepada mereka yang tertanya-tanya seperti saya, perlu menjawab soal jawab ini. Setiap persoalan dirungkai dengan pencerahan.

Dan, bahagian yang terakhir pula adalah Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah). Dimana, 10 pengalaman yang berbeza telah dikutip dan dikongsi. Bukan mudah untuk kita bertemu atau mendengar perkongsian yang terperinci begini.

e-book ini boleh dijadikan panduan dan juga memberi idea dan pencerahan kepada ibu-ibu yang baru mahu melangkah ke dunia WAHM. Dan boleh juga dijadikan pencetus inspirasi dan motivasi.

BERMINAT UNTUK DAPATKAN EBOOK INI, BOLEH TERUS HUBUNGI:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Whatsapp: 0194603094

Ebook ini juga didatangkan dalam pakej dengan harga yang lebih JIMAT!

Pakej Ebook Ogos (RM50)

Yeay! Mama Sudah Resign

DAN

10 Langkah Mudah Bina Kedai Online

BONUS

101 Idea Home-Based Bisnes


Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage (Puan Leeya Mokhtar)

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes)

Nama pelajar : Pn. Leeya Mokhtar
Guru Online : Pn Zaila Mohamad
Sumber : http://norliaamatmohtar.blogspot.com/2015/05/bisnes-bakeri-di-rumah-testimoni-kelas.html

Teks : Norlia Amat Mohtar
Gambar : Sumber google


Assalamualaikum

Diam tak diam sudah tiga dekad lebih usia ini. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah tujuh bulan saya menjadi working at home mom (WAHM). Banyak suka, duka, tangis dan tawa yang ditempuhi sepanjang tempoh ini. Menguruskan anak-anak sambil bekerja memang bukan sesuatu yang mudah tetapi ini jalan yang saya pilih demi untuk membesarkan anak-anak tanpa jagaan orang lain.

Menyingkap kenangan apabila saya buat pertama kali menyatakan hasrat untuk berhenti kerja kepada teman sepejabat, pelbagai respon yang diterima. Rakan-rakan rapat menggalakkan tetapi bagi mereka yang agak berumur mengkritik hebat keputusan yang saya buat. Ada yang kata saya tidak fikir panjang, buat keputusan terburu-buru, mana boleh berniaga dengan anak-anak kecil dan tidak kurang juga yang melaga-lagakan saya. Bagi mereka tiada istilah ibu bekerja dari rumah. Saya pula pada masa itu, hanya senyum dan pergi. Tidak mahu memanjangkan atau bertengkar dengan mereka. Biarkan sahaja. Itu pandangan mereka.

Mulai dari saat itu saya berusaha untuk memajukan diri sendiri. Saya ada terfikir berkemungkinan ada komuniti bagi WAHM ini tetapi langsung tidak tergerak hati untuk mencari di internet sehinggalah saya terbaca satu artikel yang di tulis oleh salah seorang ahli WAHM atau lebih dikenali sebagai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Tertarik dengan perkongsian artikel tersebut saya terus mencari artikel-artikel berkaitan dengan ABDR dan cara untuk mendaftar sebagai ahli. Di situlah titik mula saya bersama ABDR. Saya kemudian diperkenalkan dengan Cikgu Zaila Mohamad bagi penulisan blog dan fanpage. Di bawah bimbingan guru online saya diajar untuk membina blog yang berpengaruh, menggunakan bahasa yang betul dan menulis dari hati. Saya juga diajar untuk membina fanpage untuk beriklan dan berniaga.

Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.

Bagi saya guru-guru yang mengajar sangat komited, tidak lokek ilmu dan bersedia membantu. Ini kerana apabila belajar dalam talian masa pelajar membuat tugasan adalah sangat tidak menentu. Acap kali guru online memberitahu penjenamaan diri amat penting dalam bisnes yang berpaksikan alam maya ini. Kita mungkin tidak kenal siapa pelanggan dan dari mana mereka datang, jadi jika kita menggunakan penjenamaan diri kita sendiri dengan mudah pelanggan akan megingati kita berdasarkan perkongsian di dalam blog. Jadikan setiap entri yang kita kongsikan sebagai kad bisnes dengan meninggalkan nombor untuk dihubungi. Perkara sebegini jika saya tidak menjadi ahli ABDR memang saya tidak akan ambil pusing. Padahal inilah cara yang sebenar berbisnes dengan menggunakan blog.

Secara keseluruhannya, saya sangat berterima kasih kepada pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana telah mengasaskan Akademi Bekerja Dari Rumah. Komuniti ini benar-benar sangat membantu suri-suri yang mahu menjadi WAHM yang mungkin mereka tidak tahu mahu bermula dari mana. Segala perkongsian dapat membantu insan yang baru bertatih sebagai WAHM seperti saya. Saya juga berharap lebih ramai ibu-ibu diluar sana untuk bekerja dari rumah dan mendidik sendiri anak-anak, memandangkan semakin ramai muda-mudi terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Didikan sepatutnya bermula dari rumah dan kita tidak boleh mengharap kepada guru-guru untuk mengajar anak-anak kita semata. Marilah kita sama-sama membina masa hadapan.

Jika anda berhajat untuk turut serta dan belajar bagaimana untuk membina blog dan fanpage berpengaruh bolehlah bergabung dengan kami. Disamping dapat menjadi ahli ABDR yang akan menyokong diantara satu sama lain bagi WHAM. Di sini kami akan berkongsi cerita dan pengalaman untuk menjadi panduan kepada yang lain. Jika mahu berniaga tetapi tidak tahu dimana mahu bermula, pilihlah untuk bersama kami. Terdapat beberapa pakej kelas asas blog yang boleh dipilih mengikut keselesaan.

SERTAI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH DENGAN MENDAFTAR KELAS ASAS BLOG DAN FANPAGE SEKARANG!

BERGABUNG DENGAN KAMI DAN BLOG ANDA AKAN DIPAUTKAN KEPADA HAMPIR 2000 BLOG.

UNTUK MENDAFTAR, BOLEH TERUS MELALUI:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Whatsapp: 019 460 3094


Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan (Puan Khairunnisa Hamzah)

Teks: Hifzaila Hafni

Kelas Asas Blog dan Penulisan di bawah Akademi Bekerja Di Rumah di tawarkan sama ada secara ONLINE atau OFFLINE.

Daftar untuk jadi sebahagian daripada jemaah ABDR dan blog anda akan DIPAUTKAN KEPADA HAMPIR 2000 BLOG!

Kelas ditawarkan sepanjang tahun (online) dan berkala (offline).

Ikuti ulasan salah seorang alumni ABDR, Puan Khairunnisa Hamzah, yang mempunyai kepakaran menghias dan mereka bentuk kediaman.

Pelajar: Khairunnisa Hamzah
Blog: http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/

"Subhanallah, sungguh tak sangka saya menerima email dari MHI untuk masuk ke segmen menghias kediaman secara LIVE di MHI pada minggu ini.

Namun apakan daya, terpaksa menolak tawaran ini kerana tidak ada di rumah minggu ini. Mungkin ada rezeki di lain kali. Alhamdulillah syukur nikmat. Katanya, mereka nampak saya di blog. Ini pengalaman saya, kongsikan kisah , pengalaman, kepakaran dan seciput ilmu di laman blog, mungkin ia boleh dimanfaatkan untuk orang lain. Berbanding ia tercatat di diari atau sekadara terpahat diminda, ia hanya untuk kenangan peribadi. Semua orang boleh merealisasikan impian kecil menjadi sebuah kejayaan besar! Ayuh mulakan." Catatan 25 September 2013.

Blog bersiaran di majalah Era Muslimah

Alhamdulillah, blog "panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini telah bersiaran di Majalah Era Muslimah versi majalah Fizikal. Allah maha hebat. Sungguh Dia maha kuasa. Inilah yang selalu dikatakan Kuasa Minda, Berfikir, laksana, Doa, Tawakal, Minta keberkatan, perkara Mimpi boleh jadi realiti. Allah mendengar doa setiap hambanya. Teruskan berdoa. Niat ku hanyalah satu "mahu berkongsi selagi masih bernyawa"

Artikel sulong bakal lahir di majalah Era Muslimah pada keluaran bil 19 ini. Dapatkan majalah era muslimah. Insyaallah jika diizinkan oleh Allah, saya akan terus berada di Era Muslimah pada keluaran setiap bulan sebagai kolumnis "kediaman idaman" . "Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman" versi alam maya kini dah jadi versi fizikal dan boleh di dapatkan dengan melanggan majalah era muslimah.

Jika ada yang nak melanggan majalah ni boleh hubungi saya ya. Moga Allah terus salurkan idea-idea semasa untuk saya ketengahkan kepada orang ramai. Terasa seperti ada satu tanggungjawab sudah. Bagi sahabat senibina (arkitek) yang lain, jika ada isu untuk dikedepankan, boleh lah berkongsi dengan saya untuk saya menulis artikel tentang isu berkenaan. Moga inilah permulaan kepada satu perubahan besar dalam dunia senibina dan dunia seni kehidupan di kediaman. Ini tagline saya untuk semua "Hiasi Kediaman, Hiasi Peribadi" Terima kasih kepadamu ya Allah dan juga kepada Editor kak Nik Fauziah Nik Hussin
dan Majalah Era Muslimah di atas pengalamanan dan peluang ini. Ya Allah, keranamu lah "aku lakukan keputusan ini , Ya Allah"

-Untuk sahabat yang berkerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa-“Mengapa orang tidak melihat suri rumah itu sebagai satu profesyen, sedangkan si isteri mungkin berpendidikan tinggi tetapi sanggup berkorban untuk menjaga sendiri anak-anak di rumah dan menguruskan rumah tangga. Kalau seorang ibu mempunyai enam orang anak, hakikatnya dia ibarat seorang guru yang mengajar enam buah kelas. Ini kerana setiap anak tidak sama serta memerlukan pendekatan yang berbeza dalam mendidik mereka.” Dato' Dr Johari Mat.

Saya sangat sarankan yang ada kepakaran, ada ilmu turut berkongsi dengan orang ramai. Blog adalah tools yang terbaik dan percuma saja. Belajar bina asas blog yang gemar dikunjungi dan bermanfaat pada orang lain. Elakkan pembaziran masa dan minat di mana ramai yang ada blog tetapi sayangnya ia hanya untuk melepaskan gian sorang diri, namun ramai yang boleh membacanya. Adalah lebih baik jika kemahuan untuk menulis itu disalurkan dengan cara yang betul dan boleh dimanfaatkan.

Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sendiri telah lihat dan rasa kesenangan dan keseronokkan bekerja di rumah dengan menggunakan laptop, internet dan handphone. Mudah bekerja, menjana pendapatan, dalam masa yang sama anak di asuh dan dijaga dengan tangan sendiri begitu juga dengan urusan dan kebajikan rumah. Jika kalian adalah suri yang berijazah, saya sangat alau-alaukan kalian untuk berkongsi kepakaran dan ilmu kalian dgn orang ramai. Mula daftar sekarang sebelum yuran kelas mula meningkat. Sementara masih berbaloi dan harga mampu serta, mari kita mulakan hari ini :)

SERTAI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH DENGAN MENDAFTAR AHLI SEKARANG!

Pertanyaan pakej kelas beserta BONUS ebook boleh terus kepada:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Whatsapp: 019.460.3094

Peluang Belajar Bina Blog Bisnes

Teks: Hifzaila Hafni

Anda ada bisnes sendiri?

Dah cuba kembangkan bisnes secara online?

Kalau dah ada bisnes dan ingin luaskan pasaran secara online pula, inilah peluang anda!

Belajar bina BLOG BISNES sendiri, yang mana blog tersebut akan bertindak sebagai kedai online anda.
Tarik pelanggan berpotensi dan berkongsi jaringan bisnes dengan lebih daripada 1000 pautan blog melalui rangkaian blogger Akademi Bekerja Di Rumah.

Selain belajar bina blog, anda juga akan dibimbing membina FANPAGE untuk pemasaran di Facebook tanpa bergantung kepada Facebook peribadi sahaja.

Bonus! Belajar beriklan di INSTAGRAM untuk tarik lebih ramai bakal pelanggan.

Kelas yang ditawarkan adalah secara ONLINE (melalui Facebook) dan OFFLINE (hadir kelas). Anda tentukan.

Kelas online berlangsung sepanjang tahun dan anda boleh daftar bila-bila masa anda sudah bersedia. Kelas offline lazimnya diadakan sekali sebulan, dalam kumpulan yang kecil (6-8 orang peserta MUSLIMAH sahaja).

Berminat untuk belajar buat BLOG, FANPAGE & INSTAGRAM?

Daftar sekarang dan dapatkan slot anda SEKARANG!

Hubungi Pengurus Online anda untuk daftar:

SMS/WhatsApp 019 460 3094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com

Masak Dari Hati, Masak With Iman

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Masak di rumah, selain menjimatkan boleh memberi kepuasan.

Puas tengok keluarga makan.
Puas dapat asah skill.

Masa bekerja dulu, memang saya akui sukar juga nak konsisten masak hari-hari sebab saya sampai rumah pun dah hampir malam. Dengan lapar dan penat, solusinya beli sahajalah makanan luar. Sesekali saja masak itu pun yang mudah saja. Pindang. Ikan goreng. Ayam goreng.

Kini bila saya bekerja dari rumah, memang memasak masuk dalam jadual hari-hari. Dan selalunya saya siapkan makanan di sebelah pagi sebelum anak-anak bangun. Menu kami di rumah, masih simple juga. Tapi saya percaya air tangan isteri dan ibu yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Jadi saya tetap masak walaupun telur goreng kicap hehe.

Memasak kalau dengan hati ikhlas untuk keluarga, insya Allah sedap walaupun menu ringkas. Kalau suami dan anak-anak kata sedap, seronok rasanya nak memasak lagi untuk esoknya. Seronok tengok mereka makan bertambah. Suami sampai kata susah lah macam ni nak kena makan banyak sebab lauk sedap! 😆

Apapun pilihan ibu, masak, food delivery atau beli - yang penting makan. Tak masak tak bermakna anda ibu yang tak ambil berat. Allah Maha Mengetahui.

Salam sayang,
Hifzaila

Bulan Baru. Selamat Datang Ogos!

Teks: Hifzaila Hafni

Alhamdulillah. Dipertemukan lagi dengan Ogos tahun ini. Semoga menjadi satu bulan yang amat bermakna untuk kita semua.

Kami di ABDR juga masih meneruskan perjuangan membantu lebih ramai para suri dan sura yang ingin menjana pendapatan TANPA KELUAR RUMAH. Anda boleh pilih untuk mendaftar mana-mana KELAS ASAS BLOG untuk bermula sebagai RAKAN NIAGA ABDR.

Apa produk yang ABDR tawarkan?

》Ebook (Belajar Asas Blog, Panduan Mula Bisnes Butik, Super Wahm Supermom, Rahsia Khidmat Pelanggan dan pelbagai lagi)

》Kelas Asas Blog & Penulisan / Fanpage Bisnes + Beriklan di Instagram (Online dan Offline)

》Kelas Akaun (Online dan Offline)

》Servis iklan di Soho Directory (Direktori pelbagai produk)

》Servis bina blog (dengan set up asas blog bisnes)

Sebagai Rakan Niaga, anda boleh mempromosikan ebook dan kelas-kelas, serta tapak iklan dan servis membina blog, dan mampu mengumpul KOMISEN (pendapatan) dengan hanya di rumah.

Yang penting anda ada GAJET dan TALIAN INTERNET. Serta kesungguhan dan perasaan ingin belajar.

Kami menuju 1000 pautan blog tahun ini dan jadikan BLOG ANDA sebahagian daripada jemaah kami.

Untuk lebih maklumat pakej kelas atau pendaftaran, boleh terus melalui saya:

Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
WhatsApp: 019 460 3094 (untuk respon lebih pantas)

Posted via Blogaway


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...