Posts

Showing posts from July, 2015

Resipi Sambal Sotong Kacang Tumbuk

Image
Teks & Foto: Hifzaila Hafni
Inspirasi resipi: 300 Resipi Menu Ramadan & SyawalSambal sotong antara menu kegemaran keluarga saya. Sebelum ni, saya biasa masak sambal sotong hidup saja, tapi semalam saya cuba sotong kembang. Ikut saja permintaan suami ☺Sotong kembang ni sotong yang biasa kita jumpa dalam menu sotong kangkung dan sebagai lauk nasi lemak. Saya ingat susah nak masaknya, rupanya senang je. Tapi untuk permulaan kita ikut lah resipi buku dulu ye. Dan sotong kembang ni kalau buat sambal, memang sedap diletak kacang tumbuk. Sebelah utara (saya tak tahu selatan atau bahagian lain), kalau makan pasembor atau rojak mi ni, biasa mamak tu letak sambal sotong kacang ni.Jom tengok bahan dan cara nak masaknye. Tapi saya ada ubahsuai sikit daripada resipi asal. Sambal Sotong Kembang Kacang TumbukBahan-bahan:
1 ekor sotong kembang (dibersihkan, ditoskan)
1 peket serbuk cili
2 sudu teh pes asam jawa Adabi
1 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Segenggam kacang tanah (disangai d…

Hari Raya 2015 : #syukurselalu

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Imej: GoogleAlhamdulillah sudah hari raya keempat.
Alhamdulillah Allah bagi peluang merasa puasa dan raya lagi tahun ini.
Alhamdulillah tahun ini beraya dengan ahli keluarga baru yakni kami sudah berempat.Banyak yang perlu disyukuri. Betapa Allah masih sayang dan beri peluang dan nikmat walaupun adakala kita terlupa atau lalai tanggungjawab padaNya.Raya memang masa yang indah dan seronok. Tapi dalam masa yang sama menyambut raya juga suatu ibadah. Dah sebulan berpuasa kan. Tapi raya tidak semestinya dirai berlebihan atau berlaku pembaziran. Serta perlu dijaga adab dan kelakuan sopan juga.BAJU RAYA. TUDUNG RAYA. KASUT RAYA.Kalau rasa-rasa poket tu tak setebal mana, masih mengharapkan mak ayah, saya fikir pilihlah pakaian raya yang sederhana sahaja. Cuba fikir, mak ayah kita baju raya mereka berapa ringgit berbanding kita (tak termasuk tudung dengan kasut lagi) padahal mak ayah yang bekerja penat lelah mencari duit (ini kes yang mak ayah masih menanggung hidup). La…

Trend Anak Derhaka Raya

Teks: Hifzaila HafniPernah dengar kisah anak yang derhaka di hari raya? Macamana pula boleh derhaka sedangkan kita saling bermaafan dan mengampunkan ketika hari raya?.................Dalam banyak-banyak status oleh Syed Azmi (organiser I Want To Touch A Dog) di Facebooknya, status yang satu ini agak meruntun hati dan sedih mengetahuinya. Saya tak dapat nak copy paste kan status tersebut, cuma point yang penting adalah bila mana wujudnya trend meninggalkan ibu bapa di bawah jagaan pihak hospital sewaktu musim perayaan.Sedih tak?Kita lagikan tak sabar nak balik kampung jumpa mak ayah, tapi rupanya ada sebilangan kita yang terbeban dengan ibu bapa sendiri lantas 'membuang' mereka di hospital semasa raya. Alasannya, nak pergi melancong atau nak berjalan-jalan. Susah la kan bila ada orang tua. Allahuakbar.Syed Azmi, dihubungi rakannya setiap tahun untuk meminta bantuan beliau datang melawat ibu bapa yang ditinggalkan ini. Sekurang-kurangnya adalah pelawat untuk makcik pakcik yang a…