Posts

Showing posts from June, 2015

Cabang Bisnes Lumayan: Homestay

Image
Teks: Hifzaila HafniSaya agak biasa menginap di homestay. Kalau dulu, homestay seringkali diguna oleh pelancong yang ingin merasai suasana hidup sebenar di kampung. Kini, homestay tak mesti rumah kampung, rumah teres pun dah banyak. Cuma kalau rumah kampung, kadar sewa selalunya mahal sikit sebab antik kan.Disebabkan saya dah tiada ibu bapa dan menetap di Selangor, jadi masa saya nak berkahwin dulu, jenuh juga kalau nak booking hotel. Sebab tak mahu menyusahkan saudara-mara, saya sewa je homestay. Satu untuk keluarga saya, satu untuk keluarga suami (mentua). Alhamdulillah tuan rumah kedua-dua homestay sangat mudah berurusan dan rumah-rumahnya pun ok sangat. Kalau sesiapa nak cari homestay di kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang boleh pm saya ye (bukan iklan tau, berkongsi saja).Sebenarnya, daripada dibiarkan rumah terbiar tanpa dihuni, baik disewakan malah lebih baik dibuat homestay. Sebabnya? Pendapatan daripada penginapan homestay boleh jadi berkali ganda berbanding sewa. Kalau anda a…

Tips Cepat Masak Ramadan Part 3

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto & Resipi: Facebook Puan Pnut Syafinaz


Part 3... part akhir. Menu yang paling banyak kegunaan dan praktikal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Terima kasih untuk Puan Syafinaz yang genius!


Menu #9 - Daging Kisar Berempah


Bahan-bahan:
1 bungkus daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging (kalau suka lebih rasa kari, lebihkan sedikit)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Rempah, bawang putih, bawang merah dikisar.
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik minyak.
3. Masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Masak sampai sedikit kering. 
4. Sejukkan ikut portion kecil-kecil, senang sekali guna keluarkan satu portion sahaja.

Tips: Kalau nak buat banyak-banyak buatlah 3-4 bungkus daging kisar, dan gandakan bahan-bahan.

Daging kisar berempah ni boleh digunakan dalam menu-menu berikut:

--> Kuih Cara Berlauk
(Gunakan adunan kuih cara tuna keju …

Tips Cepat Masak Ramadan Part 2

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto: Facebook Puan Pnut Syafinaz

Lagi menu cepat masak...part 2.


Menu #5 - Sambal Gesek / Tuktuk Jawa


Bahan-bahan:
8 biji cili merah
10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai)
8 ulas bawang kecil (warna ungu)
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan (dibakar dulu)
4 biji limau kasturi (atau ikut selera masing-masing)
Garam dan gula
Segenggam ikan bilis (goreng sekejap, jangan garing, goreng sekejap je, biar masih lembik-lembik)
1 sudu minyak masak

Cara-cara:
1. Patahkan cili-cili, belah-belahkan bawang kecil dan bawang putih.
2. Goreng bahan-bahan tadi dengan sedikit minyak masak, sikit je dalam 1/2 atau 1 sudu minyak masak je.
3. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk dengan lesung batu, semua bahan yang digoreng tadi dengan belacan, tambah garam dan gula.
5. Tumbuk lagi dengan ikan bilis.
6. Perah limau kasturi dan gaulkan.

Tips: Sedap sangat makan bulan puasa ni. Buat banyak, frozenkan dalam portion kecik-kecik. Sejam sebelum berbuka keluarkan biar hilang sejuk bekunya, nanti boleh t…

Tips Cepat Masak Ramadan Part 1

Image
Teks: Hifzaila Hafni Foto: Facebook Puan Pnut Syafinaz
Teruja saya tengok menu-menu hasil idea Puan Syafinaz ni di Facebook. Sesuai sangatlah untuk ibu-ibu bekerja dan ibu bekerja di rumah macam saya (wahm). 
Lantas saya pm beliau untuk minta izin saya kongsi di blog ini. Kalau disimpan dalam Facebook saja, susah pula nak cari. Idea dan tips semuanya daripada beliau, saya cuma olahkan saja.
Terima kasih untuk Puan Syafinaz untuk perkongsian tips cepat masak ni. Ada 3 part semuanya. Semoga bermanfaat untuk semua.

Menu #1 - Kuih Cara Tuna Keju

Bahan-bahan: Adunan kuih cara 1 cawan tepung gandum 1 cawan santan pekat 1 cawan air (adjust kepekatan, jangan terlalu cair atau pekat) 1 biji telur Sedikit pewarna kuning atau hijau
Inti tuna keju 1 tin tuna Lada sulah Lada hitam kasar Garam Keju diparut / dipotong
Cara-cara: 1. Masukkan semua bahan untuk adunan dalam mesin dan kisar halus. 2. Sudukan adunan tepung ke dalam acuan kuih cara. 3. Letakkan tuna dan keju di atasnya. 4. Bakar atas dapu…

Tibanya 1 Ramadan 1436H

Image
Salam Ramadan.
Selamat berpuasa & semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik untuk melakukan amal ibadat di bulan mulia ini.




Cara Mendisiplinkan Anak dengan Berhemah

Image
Teks: Hifzaila HafniTamat sudah cuti sekolah. Ibu kembali sibuk urus anak dan 3 hari lagi, umat Islam dijangka akan memulakan ibadah puasa. Dengan pelbagai tugas di bahu seorang ibu, kadangkala stres juga bila anak buat-buat tak dengar arahan kita atau ada saja perkara nak bagi kita naik angin.Kena banyak berdoalah dikurniakan kesabaran mendidik anak diselain tambah ilmu-ilmu keibubapaan. Selain tu kalau nak ajar dia disiplin, kita pun kena sama disiplin. Barulah betul.Di sini, saya nak kongsikan 6 tips untuk disiplinkan anak yang dikongsikan oleh seorang penulis, Sarah Scott.
Tips #1 - Arahan yang Jelas dan SpesifikJelaskan apa yang kita harapkan daripada anak-anak. Dan spesifikkan perkara yang perlu diselesaikan. Jadi anak mudah faham dan akan bertindak selari dengan itu. Kita cakap jelas dengan dia, contoh:
Fuaad, tolong angkat pinggan kotor letak di sinki.
Fuaad, tolong simpan mainan dalam bakul nanti abah balik terpijak mainan tu.Ibu bapa boleh tetapkan matlamat yang kecil dahulu …

Menu Mudah untuk Anak - Mi Suah Sup

Image
Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Salah satu menu kegemaran anak bujang saya adalah mi. Kalau mi goreng tu bukan main laju dia makan siap bertambah. Mi sup pun sama. Sebab dia suka sangat mi, saya cuba pelbagaikan jenis mi. Kadang-kadang pasta. Yelah asyik makan nasi pun jemu juga kan. Mi dan pasta pun sumber karbohidrat juga sama macam nasi.

Mi suah ni memang mudah sangat nak masaknya, dalam 10-15 minit dah siap. Mi ni tak boleh dimasak lama sebab cepat kembang. Jadi lepas siap masak kena makan terus, baru sedap.

Saya kongsikan cara saya masak mi suah sup ni kalau ada ibu yang nak cuba masakkan untuk anak atau keluarga.

Bahan-bahan:
1 peket mi suah (ada 2 gulung mi)
Sedikit sotong (atau protein yang lain)
Suku labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci carrot (dipotong julienne/batang mancis)
1 batang daun sup & daun bawang (dipotong kasar)

Cara masak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sotong. Biar sotong masak.
3.…

Resipi Ekspres Mee Bandung

Image
Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Bismillah.

Dengan adanya dua orang anak kecil, saya memang akan memilih menu yang ringkas, senang dan cepat disediakan. Saya tak boleh habiskan terlalu banyak masa di dapur, nanti tak sedar adik dihempap abang atau kena gigit. Jadi, resipi yang mudah macam ni memang sesuai lah dengan saya.

Sebenarnya suami belikan pes mi bandung dari Johor. Jadi kami teruja nak mencuba, sedap katanya. Senang pula nak masaknya. Jadi saya pun cuba.

Sedap!

Cuma mungkin saya masukkan terlebih air jadi kuahnya sedikit cair. Terasa udang keringnya dan sedikit manis. Saya rasa macam gula merah atau gula melaka. Pedasnya pun sedang-sedang saja jadi anak saya pun boleh makan.

Sepeket pes Mee Bandong Demuara ni harganya RM5. Sepeket untuk setengah kilo mi kuning (1 peket kecil mi). Senang nak bajet. Dan sesuai juga nak hidang untuk tetamu sebab sekejap aje ambil masa memasak mee bandung ni.

Cara memasaknya, hanya didihkan air atau air rebusan daging dan masukkan pes. Kemudian masukkan d…

Bagaimana Saya Bermula Sebagai Ibu yang Bekerja Dari Rumah

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Foto: catemontana.com

Bismillah.

Pada tarikh ini, 9 tahun lalu, saya memulakan kerjaya pertama saya sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan. Biarpun belum seminggu selepas ayahanda saya kembali dijemput Allah, saya tak minta untuk tangguhkan hari melapor diri sedangkan saya boleh mohon kalau saya mahu.



Biar saya mulakan hidup yang baru dengan suasana baru - supaya kurang ingat kepada arwah.

Bukan bermaksud melupakan, tapi mengurangkan rasa sedih.

Berbalik kepada kerjaya pertama.

Alhamdulillah, kerjaya ini bertahan selama hampir 7 tahun. Saya pun tak sangka saya jadi editor sebab ijazah saya bukan bidang penerbitan atau komunikasi. Tapi, saya memang suka kerja-kerja yang berkaitan dengan buku dan membaca. Selama saya di situ, banyak yang saya belajar sebab saya ada ramai senior dan bos yang tak kedekut ilmu.

Saya kira keputusan saya menerima tawaran bekerja di situ adalah antara salah satu keputusan yang terbaik yang saya pernah buat sepanjang hidup saya. Alha…