Posts

Showing posts from April, 2015

Jurnal 44: Berpantang di Rumah Sendiri

Image
Teks: Hifzaila HafniAlhamdulillah sudah masuk hari ke-28 berpantang dan saya sudah pun pulang ke rumah sendiri dan meneruskan pantang dengan bantuan suami.Sebelum ni terfikir juga sama ada saya mampu atau tidak mengendalikan diri sendiri yang masih berpantang dan menjaga anak-anak di samping mengurus rumah. Tapi alhamdulillah setakat 4 hari ini, keadaan masih terkawal.Mulanya huru-hara juga. Tapi bukan pasal rumah atau baby, tapi nak menangani kerenah anak sulung. Ada saja perangai dia yang menaikkan darah saya. Tapi bila difikir balik, dia masih lagi dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehadiran adik baru, dengan berkurangnya masa saya dengan dia seperti sebelum ini dan perasaan cemburu bila saya asyik dengan adiknya sahaja. Ada juga sekali-sekala terbabas ternaik suara padanya tapi lama-kelamaan saya cuba sesuaikan keadaan dan memahami dia. Memang sukar tapi buat masa ini saya ikut sahaja rentaknya. Asalkan tidak membahayakan adiknya.Adakalanya buntu juga, apalah lagi yang saya bole…

Berbisnes Di Rumah dengan Dropship

Teks: Hifzaila HafniSemalam, pagi-pagi lagi saya terima Whatsapp bertanyakan sambal kentang. Ye, saya jual sambal kentang ye.Tapi macamana saya nak uruskan pembelian dan pengeposan sedangkan saya masih lagi berpantang 8 hari?Orang pantang kan tak digalakkan keluar rumah melainkan terpaksa atau ke klinik aje.Saya masih boleh uruskan sebab saya jual sambal kentang secara dropship. Saya tak perlu simpan stok dan ke pejabat pos untuk tujuan pengeposan sebab semua urusan tersebut dilakukan oleh tuan punya dropship. Mudah kan?Selepas saya menerima order, dan pelanggan sudah membuat pembayaran dan memberikan maklumat pembayaran dan pengeposan, saya hanya perlu memindahkan bayaran kepada tuan punya dropship beserta maklumat pelanggan sahaja. Beliau akan uruskan penghantaran sambal kentang tadi.Selesai. Bisnes dropship adalah bisnes yang paling sesuai dimulakan oleh golongan yang tiada modal atau mempunyai modal yang minimum. Ejen dropship hanya perlu iklankan produk dan menjual, dan mengumpul…

Jurnal 44: Kelebihan Bertungku dan Berbengkung Ketika Berpantang

Teks: Hifzaila HafniBertungku dan berbengkung sangat penting semasa berpantang. Walaupun sekarang sudah diganti dengan peralatan tungku atau revolusi bengkung yang pelbagai; tapi tujuannya tetap sama iaitu untuk mengecutkan rahim dan memulihkan peranakan yang jatuh. Selain mengelakkan perut buncit dan menggeleber.Berpantang kali ni, ada juga hari yang saya terlepas bertungku dan berbengkung tapi selepas diurut dan di'nasihat'kan oleh akak tukang urut tu, insaf jadinya saya. Maka saya cuba untuk konsisten bertungku dan berbengkung sekurang-kurangnya 30 hari tapi sebaiknya sampai habis pantanglah 44 hari. Semoga saya berjaya ☺Kelebihan BertungkuTungku lazimnya menggunakan batu sungai. Tapi ada juga yang guna bata merah atau besi. Saya guna batu sungai. Yang penting haba tu yang kita nak sampai ke urat-urat kita yang tegang sepanjang mengandung dan semasa proses bersalin. Selalunya tungku dipanaskan di atas dapur untuk beberapa minit, kemudian dibalut dengan kain sederhana tebal …

Jurnal 44: Berpantang Anak Kedua

Image
Teks: Hifzaila HafniAlhamdulillah, saya telah selamat melahirkan anak kedua saya seminggu lepas dan kini saya telah bergelar ummi kepada dua anak lelaki.Lebih seminggu berlalu, dan saya boleh katakan berpantang kali ini amat berbeza dengan berpantang masa anak pertama. Antaranya saya sudah ada sedikit pengalaman, jadi ada perkara yang saya boleh lakukan sendiri tanpa menyusahkan ibu mertua saya.Oh ya, saya berpantang di rumah mertua ☺Berpantang kali ini, alhamdulillah dikurniakan kesihatan dan kekuatan yang lebih baik berbanding anak pertama. Kalau dulu, saya ambil masa untuk pulih luka jahitan bersalin dan mengembalikan tenaga yang hilang semasa bersalin. Hampir 2 bulan juga untuk luka sembuh dan saya cukup kuat untuk mengendalikan anak saya dan balik semula ke rumah sendiri. Waktu itu, saya tak perlu memikirkan cuti bersalin sebab saya suri rumah sepenuh masa dan sesekali mengambil kerja freelance sebagai editor atau penterjemah yang beroperasi di rumah. Sama juga dalam situasi saya…