Posts

Showing posts from March, 2015

Ulasan Ebook: 44 Resepi Berpantang

Image
Teks: Hifzaila HafniMenjadi ibu yang bakal berpantang tak lama lagi, pastinya bahan bacaan yang saya cari berkaitan dengan amalan berpantang. Salah satunya yang memang saya ingin miliki daripada sebelum hamil lagi adalah ebook resepi berpantang.Dalam ebook 44 Resepi Berpantang hasil tulisan Puan Masayu Ahmad ini, dikongsikan 44 jenis menu berpantang yang mana meliputi menu sihat dan berkhasiat untuk ibu yang sedang berpantang. Untuk orang yang berdiet pun boleh juga kalau nak cuba resipi yang dikongsikan.Sewaktu berpantang, tidak semestinya kita perlu makan masak pindang saja, ada lagi menu lain yang boleh dicuba dan diselang-seli untuk mempelbagaikan menu dan elak bosan. Bagi orang yang sudah biasa dengan menu sihat yang ringkas dan mudah mungkin tiada masalah (macam saya hehe). Tapi yang suka makan masak lemak, kari, asam pedas, berempah atau sambal tumis...tempoh berpantang sudah pasti dilalui dengan amat mencabar. Jadi, dalam ebook ini, Puan Masayu ada ketengahkan beberapa jenis m…

Anak Sukar Makan Sayur? Ikuti Tips Berikut.

Image
Teks: Hifzaila Hafni

Pagi ni, saja belek-belek buku Annabel Karmel - What To Feed When; macam lama tak jengah buku tu maklumlah anak dah boleh makan macam-macam. Jadi tak ada nak cari resipi untuk anak sangat dalam buku (padahal anak baru 2 tahun lebih).

Buku ni, saya beli masa KLIBF, 2 tahun lepas kot. Memang murah lah sebab bukan buku baru. Dan saya memang dah berniat sekurang-kurangnya nak ada satu buku Annabel ni. Kalau nak tahu siapa dia, ni haaa.


Annabel Karmel ialah pakar pemakanan dan nutrisi untuk bayi dan kanak-kanak. Beliau telah menulis lebih 22 buah buku yang terjual lebih 4 juta naskhah di seluruh dunia.
Buku beliau yang saya ada yang ini:

Saya banyak rujuk buku ni masa Fuaad dah mula makan makanan pejal hingga umurnya hampir 2 tahun. Lepas dia dah boleh makan apa yang kami makan, saya dah mula lupa dah buku ni. Sebenarnya, dalam buku ni ada panduan pemakanan untuk anak hingga umur 3 tahun. Jadi, lama boleh pakai ni. Kalau Fuaad dah lepas fasa 3 tahun, boleh guna untuk ad…

Kelas Asas Blog & Fanpage Serta Beriklan Di Instagram Di Shah Alam

Image
Teks: Hifzaila Hafni

Jika sebelum ini ABDR banyak menawarkan kelas secara online, kini terdapat juga kelas-kelas offline ditawarkan setelah adanya permintaan.

Antara yang terbaru, KELAS ASAS BLOG & FANPAGE SERTA BERIKLAN DI INSTAGRAM.



Bagi yang mampu meluangkan masa, kelas offline sebenarnya lebih efektif kerana:

pembelajaran selesai dalam 4 jam sahajaboleh berbincang dengan Guru Online secara berdepan 
Siapa yang boleh sertai kelas ini? Surirumah yang tidak mempunyai asas untuk berniaga secara online dan tidak tahu di mana harus bermula.Mereka yang mahu menggunakan platform blog, fanpage dan juga Instagram sebagai tempat untuk membuat promosi atau menjual produk.Mereka yang mahu belajar menggunakan platform percuma melalui blogspot untuk memulakan langkah pertama untuk dikenali di dunia blogging.
Apa yang akan diajar di kelas ini? Cara membina email sebagai penjenamaan diri dan membina sebuah blog yang dikenaliCara membina sebuah fanpage yang akan disukai pembacaCara membuat pautan anta…

Resipi Sup dan Sambal Ikan Mudah

Image
Teks & Foto: Hifzaila Hafni
Macam dah lama saya tak kongsi resipi di sini. Bukan saya tak memasak cuma tak sempat nak kongsi dan ambil gambar. Tapi selalunya pun saya masak menu ringkas saja sebab nak cepat. Maklumlah anak bujang saya tu lepas balik taska, memang dia lapar. Jadi saya selalunya masak menu yang mudah sahaja macam sup atau goreng kunyit. Mujur juga dia bukan jenis yang memilih makan.
Alhamdulillah.
Suami saya ada bawa balik seekor ikan jenahak. Rezeki dia jadi urusetia pertandingan memancing yang dianjurkan tempat dia bekerja. Saya memang teruja sebab saya memang suka ikan jenahak ni. Lagi-lagi yang segar macam ni. Kalau bel kat pasar boleh tahan juga harganya.
Jadi semalam, saya cuba masak sup ikan. Suami saya tak minat sangat ikan berkuah, jadi seketul saja dimasukkan dalam sup dan seketul lagi digoreng kunyit. Cukup la untuk kami bertiga, lagipun potongan ikan agak besar.
Berselera juga anak saya makan, bertambah-tambah. Sejak-sejak saya berikan dia makanan tam…

Seronokkah Bekerja Di Rumah?

Image
Teks: Hifzaila Hafni

Lain benar rasa hari Ahad, semalam. Sebab?

Saya hanya perlu siapkan beg taska anak dan keperluan suami sahaja untuk esok - Isnin. Hari pertama untuk yang bekerja. Ehhh saya pun kerja juga, walaupun di rumah, saya tetap akan 'punch in' macam biasa. Yang bezanya saya tak perlu travel untuk tempat kerja. Hanya dengan beroperasi di rumah.

Alhamdulillah.

Setiap orang diberikan Allah peluang yang berbeza. Saya sangat bersyukur Allah kurniakan peluang untuk saya berehat sebelum bersalin, yakni bercuti awal dan bercuti terus (resign). Tak semua orang berpeluang begitu, tetapi percayalah setiap yang berlaku adalah sesuai dengan keupayaan masing-masing.

Alhamdulillah suami juga menyokong, agaknya melihat isterinya yang makyong ni berjalan pun dah terhoyong-hayang, termengah-mengah. Mana lagi nak kena memandu ke pejabat-menempuh-jem dan mendaki tangga setinggi 3 tingkat, setiap hari! Saya agak mengalah di situ. Dan semakin hampir tarikh bersalin, saya makin kurang tu…

Ulasan Ebook Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes (Zaila Mohamad)

Image
Teks: Hifzaila Hafni
Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada Guru Online saya, Puan Zaila Mohamad dengan terbitnya ebook sulung beliau iaitu 'Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes'.
Jika selama ini, kita fikir suri rumah hanya perlu berada di rumah untuk uruskan rumah tangga sahaja, namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai suri rumah yang makin pandai dan bijak memenuhi masa dan menambah pendapatan membantu suami dengan menjadi suri rumah yang bijak berbisnes.
Dan tidak kurang juga yang berkerjaya sebelum ini, melepaskan jawatan untuk menunaikan tanggungjawab di rumah. Namun, bukan menjadi suri rumah semata-mata, tetapi suri rumah yang masih mampu membantu suami, mengurus anak-anak sambil bekerja di rumah sahaja.
Dalam ebook ini, Puan Zaila berkongsi pengalaman beliau menjadi ibu bekerjaya dan kemudian akhirnya mengambil keputusan menjadi suri rumah setelah dikurniakan 4 orang anak. Berdasarkan pengalaman beliau ini (yang kisahnya hampir sama saja dengan saya), saya amat memaha…

Seminar Mudahnya Buat Bisnes Di Rumah oleh Puan Kaybee Rahim

Image
Teks: Hifzaila Hafni

Mendengar topik seminar pun dah teruja, bukan? Maklumlah, ibu-ibu sekarang kebanyakannya mahu bekerja di rumah sambil menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama ingin menjana pendapatan sendiri. Jadi, seminar yang saya hadiri semalam ini, mendedahkan bagaimana suri rumah juga boleh memulakan bisnes sendiri walaupun hanya di rumah.

Dianjurkan oleh Puan Kaybee Rahim, yang berpengalaman berbisnes sendiri dan bekerja di pelbagai sektor industri sebelum ini, banyak ilmu dan pengalaman yang beliau kongsikan. Antaranya:

- Idea Bisnes Mudah Di Rumah
- Checklist Perkara Yang Perlu Ada Apabila Berbisnes Di Rumah
- Contoh Jadual Orang yang Berbisnes Di Rumah
- Contoh Ayat Marketing Power
- Cara Menghasilkan Poster Iklan yang Cantik dan Mudah

Dan seminar ini terhad kepada WANITA SAHAJA ya. Jadi, peserta lebih selesa bertanya soalan atau berkongsi serta mesra bayi (boleh bawa anak ke sini).

Juga ada perkongsian daripada usahawan wanita, Puan Norizah Ali, pemilik butik Airec…

Menjadi Working At Home Mom (WAHM) yang Berjaya dan Kaya

Image
Teks: Hifzaila HafniAlhamdulillah sudah hari kedua menjadi WAHM semula. Kenapa semula?Sebab 2 tahun lepas saya dah berpengalaman begini. Tetapi kembali menjadi suri bekerjaya setelah menimbangkan keperluan keluarga yang memerlukan saya dan suami bekerja. Dan kini kembali ke 'rumah' semula. Semalam, penuh jadual saya dari pagi hingga petang. Biarpun tidak bekerja di pejabat, tetapi banyak juga urusan di luar. Pagi, lepas siapkan anak ke taska (ya saya masih perlu hantar anak ke taska sepanjang bulan ini untuk menyelesaikan beberapa tugasan), terus gerak ke rumah mentor Shaklee saya untuk perbincangan target dalam fasa seterusnya. Selesai di situ, bergegas pula untuk rutin check up ibu mengandung di klinik kesihatan. Alhamdulillah ibu dan anak dalam keadaan baik. Siap urusan klinik, terus pecut ke GDex (syarikat kurier) untuk ambil barang yang sepatutnya dihantar di rumah tapi waktu itu saya tiada. Mujur pejabatnya dekat sahaja. Sebelum itu, singgah kedai mamak untuk makan tenga…