Anak Cerewet Makan, Nak Susu Saja?

Teks: Hifzaila Hafni

Mak ayah mana yang tak risau kalau anak susah nak makan, bukan?

Disua nasi, geleng kepala.
Dipujuk dengan lauk kegemaran pun kadangkala tak menjadi juga.
Adakalanya mahu makan tapi beberapa suap cuma.

Yang dia nak, susu sahaja.

Cukupkah nutrisi anak kalau minum susu sahaja?

Untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas yang sepatutnya sudah putus susu ibu, susu formula bukanlah makanan terpenting untuknya. Hanya sebagai salah satu sumber kalsium dan nutrien lain, sama seperti makanan-makanan lain juga. Dan perlu diingat, kalsium mungkin banyaknya terkandung dalam susu tetapi kalsium juga boleh diambil dalam produk tenusu atau sayuran lain juga. Jadi bergantung semata-mata pada susu, bukanlah satu cara yang bijak memberi nutrien kepada anak.

Saya juga dalam keadaan serba salah beberapa bulan ini sebab anak saya kerap sangat minta susu, sedangkan sebelum ini dia bukanlah jenis yang suka minum susu sangat. Apabila dia kerap minta susu, saya kira oh dia sudah mahu minum susu dan kita pun rasa senang hati - sekurang-kurangnya mahu juga dia minum. Tapi selepas beberapa ketika saya perasan dia kurang selera nak makan dan asyik nak susu sahaja.

Tak boleh jadi ni.

Kadang-kadang kita dah masak makanan yang dia suka pun dia tak begitu berselera nak makan. Mati kutu saya dibuatnya.

Awal bulan ini, saya minta suami sengaja beli susu jenama lain. Saja nak tukar selera anak. Sebab agak lama juga dia dengan jenama susu sekarang. Kami beri dia Friso Gold Tahap 4. Dengan usianya menginjak 4 tahun, saya sebolehnya tak mahu dia terlalu bergantung kepada susu begini sahaja. ANAK SAYA PERLU MAKAN MAKANAN SEBENAR!

Kami tukar kepada Fernleaf. Beli paket kecil sahaja untuk test.

Ditolaknya mentah-mentah!

Langsung dia tak mahu. Dan sejak itu dia tak pernah minta dibuatkan susu langsung. Sampaikan saya pula nak kena fikir macamana pula nak habiskan sepaket susu dia ni!

Bermula dari situlah, baru dia mula pandai minta nasi, mi, cekodok. Dan minum air masak banyak sikit. Baru tahu selama ni dia dah kenyang minum susu, jadi dia dah tak mahu makan.

Sekarang ni, saya pula yang kadang-kadang tak terlayan dia punya selera. Hehe.

Rupanya begitu. Ada hikmahnya juga tukar susu dia tu. Tapi saya tetap juga masukkan susu tu dalam makanan lain yang dia akan makan secara tak langsung. Bukanlah tak minum susu langsung cuma nak kurangkan kebergantungan dia pada susu tu. Lega saya sekarang!

Antara makanan yang saya masukkan susu tu adalah kek atau bila bancuh hot chocolate atau vico. Akan datang nak buat aiskrim dan puding bersusu. Jadi lama-lama mesti habis juga susu tu.

Anak... macam-macam ragam nak membesar :-)

Promosi Ebook untuk Suri Bekerja dan Berbisnes

Teks: Hifzaila Hafni
Imej: Akademi Bekerja Di Rumah

Masih berbaki 2 hari untuk dapatkan ebook-ebook ini dengan HARGA PROMOSI!

Pada saya, ebook-ebook ini amat berguna dan bermanfaat bagi ibu yang bekerja (walaupun di rumah) untuk dapatkan idea berbisnes. Kalau sudah ada bisnes, bagaimana mahu mengembangkannya lagi.

Dengan penulisan yang santai dan mudah difahami, keempat-empat ebook ini amat berbaloi dimiliki dengan harga RM100 sahaja (biasanya ini harga untuk 2 ebook).

Ebook 1 - BELAJAR ASAS BLOG (Masayu Ahmad)



Ulasan oleh Nuraida Mohd Harith 

Ebook ini sangat sesuai dijadikan sebagai langkah permulaan bagi memasuki dunia blog. Ia berfungsi sebagai nota yang menerangkan pembelajaran dari segi teori bagi mempelajari asas membina sebuah blog. Ebook ini menekankan perkara penting yang harus diketahui bagi membina penjenamaan diri melalui blog.

Sebelum penjenamaan diri dapat dibina, beberapa maklumat penting diperlukan bagi membuat analisa. Antaranya ialah latarbelakang akademik, pengalaman dan kemahiran. Menerusi soalan analisa yang disenaraikan, pembaca diajak berfikir, mengenal dan menilai kelebihan yang ada pada diri bagi menonjolkan kemahiran yang ada dan menumpukan matlamat yang ingin dicapai.

Antara intipati penting yang ditekankan adalah pentingnya menggunakan nama penuh bagi email, blog dan facebook. Ia akan memberi impak penjenamaan yang lebih profesional.

Selain itu, Ebook ini juga mengupas tentang ciri-ciri blog yang disukai pembaca. Antaranya ialah blog mesti mempunyai fokus, konsisten dengan penulisan, santai dalam penyusunan perkataan, menjaga tips penulisan yang berpengaruh, berinformasi dan mempunyai pembaca sasaran. Ini amat penting supaya kita dapat mengumpul pembaca tetap, seterusnya mendapatkan kepercayaan dari pembaca. Apabila kepercayaan pembaca diperolehi, lebih mudah lagi kita untuk melangkah ke tahap seterusnya yang lebih tinggi iaitu menjana pendapatan melalui blog.

Melalui Ebook ini juga, kita dapat mempelajari gaya tips penulisan yang betul, kepentingan untuk tidak bercampur aduk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mengelakkan dari menggunakan bahasa pasar, kepentingan menggunakan ejaan penuh dan tanda bacaan yang betul serta menjaga tatabahasa asas. Kelebihan ini dapat membantu kita menyediakan blog yang mudah dibaca oleh pembaca, seterusnya membuka peluang untuk menambah bilangan pembaca setia sedia ada.

Ebook ini juga dapat membantu kita menajamkan lagi kemahiran penulisan. Dengan adanya kemahiran dalam bidang penulisan, kita boleh kembangkan lagi dengan memilih salah satu sebagai fokus utama kita sama ada entri penulisan, entri pengiklanan atau menerbitkan Ebook sebagai salah satu dari sumber untuk menjana pendapatan.

Kesimpulannya, Ebook ini merupakan sumber yang baik untuk dirujuk bagi mereka yang ingin belajar asas blog. Harganya yang berpatutan amat berbaloi untuk dijadikan sebagai pelaburan ilmu bagi memantapkan lagi ilmu dalam bidang penulisan dan ilmu menjana pendapatan melalui media secara percuma.


Ebook 2 - 10 LANGKAH MUDAH BINA KEDAI ONLINE (Masayu Ahmad)


Ulasan oleh Arbee Ali 
(http://arbeeali.blogspot.my/2015/09/ulasan-ebook-10-langkah-mudah-bina.html)

Ebook Edisi 1


Tinta Pengarang

Bab 1: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 2: Asas Pemasaran Online
Bab 3: Bisnes Konvensional
Bab 4: Modal Bukan Faktor Utama
Bab 5: Mula Modal Minima
Bab 6: Dropship
Bab 7: Memaksimakan Pemasaran Percuma
Bab 8: Asas Kedai Online 

Ia khusus untuk: 
① kumpulan yang mahu mula bisnes, 
② kategori bisnes di rumah atau skala kecil, 
③ yang mahu bisnes dengan apa yang ada yakni minat dan kemahiran sedia ada, 
④ tanpa modal atau modal rendah, 
⑤ pemasaran online 100 peratus.

Bayangkan zaman kecil kita golongan perempuan dewasa berniaga di rumah. Ibu berniaga 
kuih karipap diletakkan di warung simpang tiga, makcik berniaga ulam sayur di pasar yang dipetik 
dari belakang rumah atau nenek berniaga tikar mengkuang yang dijalinnya sendiri. Ebook ini 
menukarkan idea bekerja di rumah zaman dahulu kepada bekerja di rumah idea internet canggih 
zaman sekarang.

Ebook ini panduan dan bantu mudahkan kalian yang tak tahu nak bermula dari mana, bagaimana. 
Gaya bahasa mudah bersahaja. Soalan tak tahu nak bermula dari mana diterangkan dalam bentuk 5W1H.
Mesti jelas apa itu asas bisnes dan pemasaran online supaya tak jadi bidan terjun yang terkubur. 
Jadi pada bab permulaan, baca dan jawab dulu 5W 1H mengikut kes masing-masing. 

Kemudian, boleh mula rancang bisnes berdasarkan senarai semak yang diberi. Langkah 
satu persatu, kemudiannya rancang cara gandakan jualan dengan maksimakan pemasaran percuma, 
masih dengan modal rendah. Kira sasaran jualan setiap hari dari contoh mudah yang diberi.

Juga ada pengalaman menarik usahawan online bermula dengan modal rendah. Jika ada yang kata 
sungguh bosan membaca pengalaman berapi-api. Tahukah kalian, pengalaman itu mereka bina dan 
rasai jatuh bangun bertahun-tahun lamanya. Tapi kita memperolehinya dengan membaca beberapa 
minit sahaja tanpa rasa susah payah jatuh bangun itu.

Sudah khatam edisi 1, langkah seterusnya kita bina kedai online berpandukan tutorial dalam
10 Langkah Mudah Bina Kedai Online Edisi 2, berdasarkan apa jenis produk, perkhidmatan atau 
bisnes yang telah kalian jawab dalam 5W1H tadi.

Bab 1: Langkah Demi Langkah Bina Kedai Online
Bab 2: Contoh Blogshop 
(Edisi 2 telah terbit pada 1 Oktober 2015)


Ebook 3 - PANDUAN MULA BISNES BUTIK ONLINE/OFFLINE (Masayu Ahmad)


Ulasan oleh Munirah Yusoff

Membuka bisnes butik bukanlah sesuatu yang boleh di pandang ringan. Silap percaturan, modal 
akan ‘hangus’ dan stok barangan pula memenuhi ruang simpanan. Lebih malang lagi, jika anda 
memulakan bisnes dengan berhutang. Mahu tidak mahu, hutang tetap perlu di bayar walaupun bisnes
anda tidak berjalan.

Melalui pembacaan eBook Bisnes Butik Online Offline, mencari pengalaman dengan bekerja di 
butik serta penyellidikan produk dan pasaran adalah aspek yang perlu di titik beratkan. Ia 
dapat memberi gambaran terhadap produk pemasaran atau perkhidmatan kita, sama ada kita 
mempunyai produk yang sama di pasaran atau mempunyai kelebihan tambahan yang tidak terdapat 
pada orang lain.

Dengan panduan daripada kisah orang yang berpengalaman dalam bidang bisnes butik, saya dapat 
simpulkan bahawa pengurusan produk, kewangan serta khidmat pelanggan adalah perkara asas perlu
di kuasai. Tanpa asas yang kukuh, sehebat mana pun produk anda, pelanggan akan lari jika khidmat 
pelanggan tidak di jaga dengan baik.

Antara inti pati ringkas di dalam eBook Bisnes Butik Online Offline adalah:
1. Produk pakaian untuk dijual, sama ada pakaian wanita, pakaian lelaki atau pakaian kanak-kanak.
2. Fokus produk berasaskan gender yang di pilih. Jika produk anda adalah pakaian wanita, tetapkan 
fokus produk kepada beberapa kategori seperti aksesori, koleksi kasut, pakaian kasual atau pakaian 
bekerja.
3. Kenal pasti sasaran pelanggan
4. Kenal pasti kemahiran dalam bisnes dan kuasai kaedah promosi supaya dapat menarik pelanggan 
baru serta mengekalkan pelanggan sedia ada.
5. Kenal pasti sumber bekalan produk dan kelengkapan butik
6. Kaedah mengumpul modal dan strategi pengurusan modal bagi mengelakkan ketirisan wang.
7. Panduan dalam mendaftar dan mengurus pentadbiran bisnes.
8. Memahami kaedah berkesan dalam promosi dan pemasaran produk
9. Kuasai teknik khidmat pelanggan ketika berurusan dengan mereka

Apa yang penting, usaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah berpuas hati atau sentiasa berada 
dalam zon selesa. 


Ebook 4 - 101 IDEA HOME-BASED BISNES (Masayu Ahmad)


Ulasan oleh Haryati Dulbahri

Alhamdulillah. Selesai sudah saya membaca Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes yang 
ditulis oleh Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad. Ebook ini 
mengandungi 180 muka surat dan ditulis khusus untuk para suri mahupun sesiapa sahaja yang ingin 
mula bisnes. 

Pertama kali saya baca Bab 1, fikiran saya sudah mula berangan-angan. Ya terlalu banyak sebenarnya 
idea bisnes yang boleh dilakukan. Lihat dan analisa kepakaran dan kemahiran yang kita ada. 
Sebagai contoh, bisnes makanan. Sekiranya kita suka memasak, kita boleh mula dengan menjual 
makanan atau masakan yang kita mahir dan pakar. Sesuai dengan fitrah kita sebagai wanita 
sememangnya memasak tidak boleh dipisahkan daripada dunia kita sebagai suri. Apatah lagi 
sekiranya kita ada bakat dalam masakan. Ambil peluang ini untuk sama-sama kita kongsikan 
pengalaman dan kepakaran dengan orang lain. Sebagai contoh, sepupu suami saya, Puan Maszie 
Fatah. Beliau seorang surirumah sepenuh masa dan kepakaran beliau adalah dalam bidang masakan. 
Oleh kerana minat yang amat mendalam dalam bidang masakan, beliau mula kongsikan 
pengalaman tentang masakan melalui blog. Baru-baru ini beliau telah menceburkan diri dalam bisnes 
kuih talam dan pelbagai jenis kek. 
Kisah lanjut blog beliau boleh baca di sini: www.maszie.blogspot.com

Pendek kata, daripada bidang masakan pelbagai cabang bisnes makanan kita boleh jalankan. Antara 
contoh lain ialah bisnes menjual sarapan pagi, bisness roti dan kek, bisness khidmat katering, bisnes
makanan sejuk beku dan banyak lagi. Seterusnya apabila bisnes masakan ini boleh dikembangkan 
lagi dengan membuka kelas atau bengkel masakan. Semua operasi bisnes adalah dari rumah dan 
dimulakan secara kecil-kecilan dahulu. 

Saya merujuk pada muka surat 14 Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, dikongsikan juga kisah
inspirasi kejayaan seorang usahawan yang bermula dari rumah.

"Beliau melakukan usaha ini secara kecil-kecilan dari rumah selama tiga tahun. Selepa itulah baru 
mengorak langkah memiliki kedai sendiri. Selepas berhenti kerja, dengan menggunakan wang 
simpanan sendiri, sebanyak RM50,000 untuk dijadikan modal. 30 Jun 1999, membuka kedai Kek
Hidayah Hidayah. Kisah lanjut inspirasi ini boleh dibaca di sini: http://mingguanwanita.karangkraf.com/wanita/wanita-bisnes/impian-jadiusahawan-kek-terlaksana-1.119518".

Saya baca lagi bab seterusnya didedahkan pula tentang mula bisnes tanpa modal dengan bisnes dropship. Antara petikan bab yang menarik untuk dikongsikan tentang bisnes dropship:

"Mula bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan. Dropship ialah 
menjual produk fizikal, yang dibekalkan pembekal tanpa perlu agen jualan menyimpan stok.
Kalian hanya bertindak sebagai orang tengah atau agen yang mempromosikan barang-barang 
tersebut di facebook, fan page, web jualan dan sebagainya.

Caranya, pembekal akan menyediakan gambar dan bahan promosi, agen hanya copy paste gambar 
tersebut dan masukkan di dalam facebook, web jualan atau blog. Kemudian mempromosi kepada 
pelanggan. Selepas pelanggan mahu membeli, agen menerima wang transaksi. Kemudian mengambil bahagian komisyen. Wang yang sudah ditolak komisyen (bahagian agen), baki (kos produk dan kos 
penghantaran) dibayar pula pada pembekal. Pembekal akan menguruskan penghantaran produk".

Bercakap berkenaan bisnes dropship, bisnes ini amat sesuai sekali bagi suri yang mahu mula bisnes 
dari rumah secara kecil-kecilan. Kami di ABDR juga ada menawarkan bisnes dropship untuk produk 
digital dan produk fizikal. Bisnes ini amat mudah untuk dijalankan kerana kita tidak perlu menyimpan
stok dan menghantar produk kepada pelanggan. Kita boleh kumpul komisyen yang diterima 
daripada bisnes dropship ini untuk dijadikan modal bisnes yang berskala besar pula. 

Saya baca bab seterusnya dan baca lagi sehinggalah selesai. Secara keseluruhannya, ebook ini 
merupakan naskhah yang wajib dibaca untuk semua golongan yang ingin mula menceburkan diri 
dalam bisnes. Untuk memulakan sesuatu bisnes, kita jadikan juga ilmu tentang bisnes ini sebagai 
modal kita dalam bisnes. Mengenalpasti idea bisnes amat penting sekali sebagai asas dalam 
memulakan sesuatu bisnes. Pastikan idea bisnes kita sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah dan 
bukan kita buat bisnes kerana kita syok sendiri. Ketahui pasaran bisnes supaya kita boleh fokus atau 
niche bisnes kita.

Saya amat mengesyorkan kalian semua untuk baca dan memiliki ebook ini sebagai panduan dalam 
memulakan bisnes kalian. Antara lain, ebook ini juga turut mendedahkan:

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital Vs. Produk Fizikal
Bab 9: Staregi Pemasaran Gaya Rasullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Demikian ulasan yang dibuat oleh pembeli ebook-ebook ini, yang juga sebahagian daripada ahli ABDR.

INGIN MENDAPATKAN EBOOK INI, BOLEH HUBUNGI:

Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
Tel: 0194603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
Facebook: Hifzaila Hafni





Cara Buat Puri Buah dan Sayur untuk Bayi 6-7 Bulan

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Pada hari-hari awal bayi mulakan makanan pejal, makanan berbentuk puri amat digalakkan. Puri yang sering diperkenalkan adalah pisang, brokoli, kentang, keledek dan lobak merah. Pada umur 6 bulan, makanan perlu bertekstur halus dan lembut untuk pastikan bayi tidak tercekik dan makanan mudah dihadam (mudah diserap oleh usus).

Sebab tu ibu-ibu dilarang memberi makanan selain susu kepada bayi di bawah 6 bulan. Walaupun bijirin halus kerana ia nampak halus pada mata kita tapi tidak pada usus bayi. Sistem penghadaman bayi boleh terganggu.

Nak membuat puri mudah sahaja. Lihat caranya berikut.

PURI PISANG/BETIK/AVOKADO/MANGGA MASAK

-Buah-buahan begini boleh dimakan terus dengan melenyek halus dengan garfu atau menggunakan hand blender
- Lenyek setiap kali hendak makan
- Sesuai untuk perjalanan jauh
- Dimakan segar

PURI LOBAK MERAH/KENTANG/BROKOLI/KELEDEK/EPAL

- Buah atau sayur begini perlu dibersihkan, dipotong dan dikukus atau direbus
- Selepas kukus/rebus, boleh dikisar halus (campurkan sedikit air kukusan atau rebusan jika terlalu kering)
- Boleh dibuat banyak dan disejukbekukan
- Bekukan dalam saiz kecil (dalam bekas kiub atau bekas kecil 1-2 oz) untuk mudahkan pengendalian
- Keluarkan dari peti sejuk dan nyahbeku sebelum dipanaskan/dimasak
- Sebagai permulaan, bayi akan makan 1-2 oz sahaja

Saya selalu buat untuk stok seminggu. Bayi makan 2 kali sehari.  
Saya tiada hand grinder, jadi saya gunakan hand blender. Setakat ini memang mudahkan kerja. Kalau ada bajet lebih, ibu-ibu boleh lah beli. Lebih mudah berbanding blender biasa dan lebih halus serta boleh blend dalam kuantiti sedikit.

Saya akan kongsikan cara mudah dan cepat untuk sediakan bubur bayi walaupun tanpa periuk tekanan atau slow cooker dalam entri akan datang. Insya Allah.

Semoga bermanfaat.

Kepentingan Blog untuk Pemilik Bisnes Online

Teks: HIfzaila Hafni


Masih rasa mudah nak cari maklumat semuanya di Facebook? Cuba baca sedikit perkongsian salah seorang Guru Online ABDR, Puan Anys Idayu Zakaria tentang betapa ruginya kalau seseorang yang mempunyai kepakaran, pengalaman atau pemilik bisnes jika TIDAK MEMILIKI BLOG.


=====================================================================


KEPENTINGAN BLOG
Teks : Anys Idayu Zakaria

Saja je nak buat survey, nak tau pandangan sahabat semua.

Biasa kalau saya cari apa-apa info atau maklumat, saya mesti buat carian di google. Confirm akan jumpa website dan blog yang penuh dengan maklumat yang saya perlukan.

Jarang sekali saya cari info di fb. 
..
Sahabat semua macam mana ye, kalau nak cari apa-apa info.

Boleh saya tahu, di mana buat carian.

Sariah Awang Senik Assalamulaikum, dah tentulah pak cik ' Google'. Akk gemar cari maklumat tentang jahitan dan juga resipi. Kadang alat-alat gadget

Umai Osman Pak cik google sahabat baik saya tongue emoticon

Norie Publisher Usry untuk info biasa blh dapatkan dari google tapi untuk info akademik, terpaksa menghadap buku dan journal. InsyaAllah info tersebut 90% tepat.

Asma Al Husna google jgk...

Anys Idayu Zakaria Alhamdulillah terimaksih kak Sariah Awang Senik puan Umai Osman Norie Publisher Usrypuan Asma Al Husna. Google masih lagi carta femes nampaknya. smile emoticon

Azuriyah Mohamad Yahoo or google

Norliza Tomiran saya google..yahoo..slow sgt

Nora Majeed Google je ..segala persoalan tejawab...


Nur Fatin Eisa CikKumbang Google smile emoticon

Dila Aris Google..

Azrinbadrinas Abu Bakar google2, jumpa blog like emoticon


Ziadah Zainal Abidin Google dan fb search.

Lily Anna Goggle yg bnyaknya..


Noor Azila Mohamad Untuk fakta sy akan cari kedai buku..cari buku..untuk cari info pengalaman atau isu semasa..google je..smile emoticon

Ini topik yang saya bincangkan di facebook. Saya sedang buat uji kali daripada mana rakan-rakan fb dapatkan info atau maklumat.

Memang tak syak lagi sebenarnya, tentulah di carian google.

Nampak memang betul dikata, google masih carta pertama kan. 

Jadi nampak tak di sini apa yang saya nak kongsikan. 

Tentulah apa sahaja yang kita kongsi, dan tulis di blog pasti akan mudah dijejak pembaca jika kena cara dan penulisannya kan. 

Jadi apa lagi, jangan berlengah untuk kalian yang belum ada blog, jom belajar dulu bina blog. Belajar dulu berkongsi. Kemudian bila nak mula bisnes, dah jadi mudahkan.

Ataupun untuk kalian usahawan online yang hanya gunakan facebook sahaja, aduhai memang rugi sangat.  Apa kata labur sedikit wang dan modal untuk belajar membina blog. 

Insya Allah jika fokus dan belajar hingga selesai pasti blog kedai kalian mudah dijejak pembeli.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bina blog anda sendiri sekarang!

Sertai Akademi Bekerja Di Rumah melalui Kelas Asas Blog Bisnes.

Pakej kelas bermula daripada RM200.

Kelas diadakan secara online, melalui FB group sahaja, mengikut masa anda.

Anda akan dibimbing untuk membina blog langkah demi langkah, membina jaringan bisnes dan belajar menjual.

Untuk pertanyaan / pendaftaran pakej kelas, hubungi:
Hifzaila Hafni
Pengurus Online ABDR
SMS/Whatsapp 0194603094